Adil Ke?



Kadang-kadang saya rasa dunia ni tak adil. Perasaan ni selalu akan muncul bila kerja banyak. Macam tak tau bilalah kerja nak habis, bilalah nak boleh rilek goyang kaki macam orang lain. Jauh di sudut hati ada terbit perasaan cemburu bila mana melihat individu di sekeliling kita yang tidak dibebani kerja. Sedangkan saya? Mungkin saya yang tak bijak mengurus masa dan kerja sendiri kot. Kan?





Post a Comment

17 Comments

  1. kalau nak jujur, pada pendapat akak dunia ni memang x adil, ad aorang lahir dengan kesenangan, ada orang lahir kena berjuang lebih, Kadang- kadang kita buat baik pun diuji dan orang yang tak jujur pun nampak senang kan..tapi dalam ketidakadilan tu masih ada ruang untuk kita cipta keadilan contohnya kita bantu orang lain, kita jujur dan paling senang..kita lemparkan senyuman bila kita rasa tiada keadilan untuk kita...just my two cents....

    ReplyDelete
  2. Dolu-dolu masa susah rasa macam tak adil dan jeles dengan orang kaya tapi bila semakin berumur dan macam-macam yang telah di hadapi akhirnya bersyukur atas limpah kurnia yang Allah beri. Walaupun tak kaya alhamdulillah ada rezeki yang Allah beri. Kadang-kadang Allah beri sesuatu mengikut keupayaan orang tersebut. Tapi kadang syaitan ni suka membuatkan hati kita berkata-kata tapi apa pun bersangka baiklah dengan Allah. Apa pun Allah lebih tahu yang terbaik buat umatnya.

    ReplyDelete
  3. Kadang boss pun kalau nampak kita boleh deliver & well perform, lagi dia suka bagi pelbagai tugasan. Sbb dia tahu kerja boleh disiapkan dgn cepat dan baik. Cumanya kitalah yg penat kan :(

    ReplyDelete
  4. Jawapan saya, dunia memang tidak adil.
    Namun, kita percaya ketidak adilan ini merupakan ujian utk kita sentiasa muhasabah dan sentiasa berbuat kebaikan. Soal berkerja, for me sama... even fulltime housewife, apatah lagi PJJ, everything on me, kids, kucing, ikan, luar rumah, dlm rumah, sekolah, cuti sekolah dan yadaaa~yadaaa~yadaaa.... no me time. Then the rest tuan asben balik, eh? me again..... (nak mengungkit pun, pahala kita yg padam) so, I just berdamai je la. Cari hikmah dari ketidakadilan itu, tak apa ALLAH ada. Maafkan kita, terpanjang pula hehe~

    ReplyDelete
  5. Jangan down KakMim. Mungkin kita tengok orang lain goyang kaki, sedangkan kita tak tahu dia pernah mengalami kesibukan yang pernah kita alami. Takpe, kita berdamai dengan sibuk jangan bergaduh. Ada hikmahnya setiap sesuatu tu. Kita bersyukur kita ada kerja, sibuk daripada orang lain yang kerjanya tak sebagus kita. Allah maha adil, setiap orang ada ujiannya. Terus sabar KakMim, orang yang sabar akan dapat yang terbaik. InshaAllah..

    ReplyDelete
  6. dunia ni tak adil sbb tu lah ada mahkamah Tuhan nanti di alam sana penentu syurga neraka

    ReplyDelete
  7. kebanyakannya tidak adil di dunia ni kerana bila yang berjawatan dan berkuasa sering kali kebal dan hilang pertimbangan .. ibarat timun dan durian Mim ..

    ReplyDelete
  8. dunia memang tak adil..harapan linda, supaya diri ini dan kita semua boleh berlaku adil walau sekecil2 apa pun pertimbangan yang perlu dilakukan..walaupun, hanya memegang jawatan yang paling bawah di bawah hieraki.

    ReplyDelete
  9. ammi pernah bersuara pasal ketidakadilan masa dibuat "performance appraisal and review". Masa tu baru boss besar macam "ohhh really?... is that what your department is going thru?".... elehhhh acah-acah taktau

    ReplyDelete
  10. Dunia memang tidak adil tapi Allah swt Maha Adil.

    ReplyDelete
  11. situasi setiap orang tak sama, maka org lain tak boleh nak samakan kerja dia dan kerja kita....moga kita sentiasa dikurniakan kekuatan yg tinggi...chill selalu tau.....

    ReplyDelete
  12. Kadang untuk menyedapkan diri sendiri fikir tentang kerja kita susah.. ada lagi orang yang lebih susah.

    ReplyDelete
  13. Dunia memang tak pernah adil kak. Selagi manusia diberikan akal dan napsu, selagi itu juga dunia tak akan adil. Karena manusia kadang mengikuti napsunya. Tak peduli dia menyusahkan orang lain, yg penting keinginan dia tercapai. Orang lain susah, don't care.

    Mungkin kalau orang2 di dunia semua menggunakan pikiran dan hati, barulah dunia terasa adil.

    Tapi untungnya Tuhan menyediakan Akhirat untuk judgement day yg pasti adil

    ReplyDelete
  14. Dunia mmg sik adil, sebab nya tipu2 jak, ujian utk org2 beriman & syurga utk org2 kafir. Anggap jak kitak polah kerja dengan berdedikasi Insha Allah setiap sen yg kitak dpt ya duit halal & berkat Kakmim. Nok sik polah kerja, mengular & still dapat gaji sama kedak kitak ya confirm sik berkat & macam2 kesempitan yg Allah akan turunkan utknya.

    ReplyDelete
  15. Perasaan macam tu memang normal, jangan rasa bersalah ya 😊. Bila kerja banyak, otak kita automatik jadi letih dan mula rasa dunia ni tak adil

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!