Aargh, rindu pulak!
Berhari-hari tak update. Last week 2 hari kerja di luar, tak masuk ofis. Sebab tu lah diam seribu bahasa. Balik-balik rumah layan Netflix, marathon kdrama. Rasa nak 'balas dendam' pulak sebab rasanya dah 2 bulan kerja keras sangat. Konon-kononnyalah terpaling kerja keras. Fikir banyak itu yang penat.
Bon Appetite, Your Majesty, siapa dah tengok? Best la. Cerita masak-masak, cerita di istana, memang jarang mengecewakan. Habis 1 episod, tak sabar pulak nak tau apa menu keesokkan harinya pulak.
Saya tak reti sangat nak mengayat sinopsis, baik korang Google je lah. Tapi cerita ni kalau yang biasa tengok kdrama mudah jer nak relate. Kembali ke zaman silam, pergi ke masa hadapan, kelahiran semula, inilah konsep cerita ni.
Last episode nangis-nangis pulak, tibehhh. Sayalah tu. Tapi lepas tu hepi-hepi balik. Rasanya tak ada season 2. Rasanyalah.
Bila masuk part politik istana boring jugaklah. Tapi part lawan-lawan pedang memang raja diorang ni handal-handal yek? Tanya jer. Hihi.

17 Comments
nampak mcm viral jugak citer ni...mest menarik jln citernya tu
ReplyDeleteDah selesai juga tengok..
ReplyDeleteTang handal main pedang tu, kalau raja tu jenis berdurasi, ikot kepala sendiri dan ada misi dia nak buat, selalunya memang handal main pedang... Kalau yang jadi pak turut je, memang tak reti buat apa..kikiki
Kita tengok masa ongoing. Memang best sangat drakor ni.
ReplyDeletesaya dah tengok, okey ja. for me Jewel in the Place tetap nombor syatu.
ReplyDeleteraja ni mmg yg terbaik, sebab dia ikut sekali main pedang. maybe muda.
some raja, dorang stay atas takhta saja sebab da menua, tapi otak bergeliga.
Part politik istana tu geram aje kan...nak2 dayang ngan permaisuri..padan muka permaisuri bongsu tu mati akhirnya...semak aje..dengan cemburu x tentu arah...part last tu pun akak nangis...hahahahah
ReplyDeleteTak tengok tapi tau citer ni viral. Orang dok tiru masak telur kot dlm citer tu. PH malas layan cerita bersiri, kena spend banyak masa hihi
ReplyDeletebest.. MA memang suka la cita yg masak2 ni kan. x sabar tgk hari tu, masa on going lagi dah start layan dah
ReplyDeletesamaaa..ep last2 tu memang drama air la di buatnya..sedih
Dah khatam dah cerita ni siap buat dah lempeng daun bawang tu. tapi makan xde lah keluar imej-imej dan muzik macam raja tu makan. haha
ReplyDeleteTak tengok lagi... Hubby dah tengok habis. Berebut tv sebab dia start dulu. Takkan nak tengok tengah2 kan.
ReplyDeleteKmk pun dah tengok cerita tok smp habis. Part sidak menghayati makanan chef ya nang lawak la. Dramatik gilak 😂 tapi ending nya macam hambar sikit.
ReplyDeleteBaru episod 1. Ramai kata cerita ni best, jadi kita pun terjebak juga. 😁
ReplyDeleteSelamat menonton..
ReplyDeleteKdrama best bila cerita raja dolu2 apa lagi kalau part masak-masak. Kadang terfikir banyak no menu dia atas meja camne le dia masak banyak2 tu. Makan cuit sana sikit cuit sini sikit. hahahahaha
ReplyDeleteIsssh memang dah masuk list saya kak. Tp belum sempat nonton sebab lagi marathon yg lain. Tp nanti pastiiii saya tonton. Kalau tema masak begini saya sukaaaa lah
ReplyDeleteTengok masa ongoing ritu... akak pun suka tema masak-masak gini.
ReplyDeleteCiter zaman Joseon mesti ada hal politik. Raja muda kebanyakannya pandai berpedang... barisan pertama pertahanan kekdahnya 😁
rindu cheonaa, handsome sangattt :D
ReplyDeleteTak berkesempatan lagi nak tengok..
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!