Pagi ni dalam sejarah jam 6 pagi dah breakfast mee sapi di kedai. Dah macam bersahur pulak. Apa taknya jam 4 pagi dah ke airport hantar Iman dan nenek ke airport. Adik berpantang di rumah nenek bawak Iman jalan-jalan ke KL. Untung laa Iman. Nenek cakap tahun depan Iman dah nak SPM so tak boleh nak jalan-jalan dah, kena fokus SPM. Actually adik Ibu yang sponsor mak, bapak, Iman dan Azzalea jalan-jalan di KL sampai tahun depan.
Lepas carik masjid untuk Subuh di kampung berdekatan, kami terus je ke kedai Sepinang Sari. Mula-mula taknak makan, awal sangat nak makan berat. Tapi last-last order jugaklah, mee sapi biasa taknak taugeh.
Ayah pulak order mee pok mee lebih special (ada daging, tendon dan juga lobak lebih). Semuanya lebih. Mee pok ni kalau lambat memang takde chancelah nak order, selalu je habis awal.
Kedai legend, tapi selalu penuh. Haha. Orang tak ramai lagi, nak duduk luar ke dalam bebas je memilih, kalau tak waktu cuti nak makan sini kena queue tunggu meja kosong. 6.30 pagi dah setel makan terus hantar Ayah ke hospital, saya pulak balik rumah sambung tido. Ahahaha.
Ibu baru bangun tido diorang ni dah sampai KLIA dah. Enjoy your holiday Iman!!!




11 Comments
sedap nampak semua tu...
ReplyDeleteSekali sekala MA.. ssh nk mkn kt sini sbb selalu ramai org
DeleteSedap tengok mee sapi. Seronok anak dara kakmim, dapat jalan jauh.
ReplyDeleteAdik2 la jeles x dpt naik belon
DeleteSeronok la dapat jalan2 KL.
ReplyDeleteDgr ceta hujan jugak tu semlm
DeleteNasib baik 6 pagi byk kedai dah buka. Teringat dulu pernah kami blk airport pkl 3, 4 pagi, byk kedai tutup, nasib ada kedai mamak yg masih bukak.
ReplyDeleteKedai ni mmg bukak lepas subuh, tmpt jemaah masjid lepak lps balik subuh.. tp semalam x ramai pulak jemaah, mungkin sbb hujan org x ke masjid kot.. kalau 3-4 pagi mmg ada kedai mamak je la xde pilihan lain
Deletealhamdulillah... moga murah rezeki adik kak mim.. seronok jalan2 KL sampai tahun depan
ReplyDeletesaya tak pernah mkn mee sapi, mee kolok pun lom pernah...teringin nak try sbb saya suka noodles
ReplyDeleteMee sapi hj salleh ini pernah baca di blog Carneyz.😍😍😍. Memang dah masuk bucketlist saya kak, kalau nanti ke Kuching, wajib saya visit 😄❤️❤️❤️. Lihat bentuknya saja, dan yakin sedaap
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!