Malam 13 Disember yang lalu kami sekeluarga telah dijemput ke majlis kesyukuran pasangan sepupu kepada mak yang menyambut ulangtahun perkahwinan Jubli Emas (50 tahun) pada tahun 2025. Berkongsi tarikh anniversary yang sama, setiap tahun saya tak lupa akan wish di FB, tahun ni pulak pasangan Yan (panggilan 'Ayah' kepada orang yang berbangsa Awang) di'surprisekan' anak-anak dengan majlis kesyukuran di dewan di kampung kelahiran isterinya.
Emcee majlis pada malam tersebut ialah cucu sulung kepada pasangan yang dirai.
Sebelum acara kemuncak, semua tetamu solat berjemaah Maghrib & Isyak. Keluarga kami tiba di dewan selepas solat Maghrib sebab balik dari MAMC Awan & Alan pun dah 5 setengah petang. So cuma berkesempatan untuk solat Isyak berjemaah sahaja.
Ucapan aluan daripada anak-anak pasangan yang dirai. Ucapan yang penuh emosi daripada kakak sulung mereka.
Ucapan daripada yang dirai, Yan kami yang dikasihi, pesara guru/Pengetua yang disegani di suatu masa dahulu. Teringat kami di masa kecil, kalau Yan ke rumah nek aki, semua akan senyap menikuskan diri, takut, sebab beliau dulu memang garang. Tapi sekarang dah tak garang dah, dah boleh bergurau-senda dah.
Persembahan saksofon dari adik Kaizen, berusia 11 tahun, cucu kepada Yan.
Aturcara majlis dan doorgift. Doorgift berupa shopping beg IKEA yang besar tu. Tambah lagi la stok beg dalam kereta untuk pergi shopping. Hehehe.
Pasangan sepupu/bff. Kiri: Aydin & Alan, kanan: Amirul & Awan
Klik-klik-klik, takde gambar tak sah.
Sebelum balik famili #imanfamilia sempat bergambar lagi di tepi jalan. Kereta kami parking agak jauh dari dewan, merasa la jugak berjalan di kampung dalam bandar. Kampung ni memang kampung Melayu yang paling hampir dengan pusat bandar. Jambatan di belakang tu pun baru siap. Jambatan yang merentasi Sungai Sarawak. Kalau masa regatta syok la penduduk kampung ni yang duduk berhampiran sungai, tengok lumba perahu dari dapur rumah mereka saja.
Begitulah sambutan anniversary kami, menumpang majlis pak saudara je, hihi. Semoga semua ahli keluarga kami, tak kira tua muda, kecil besar, sentiasa dalam lindungan Allah, sihat ceria sejahtera dan dimurahkan rezeki dalam apa jua bidang yang diceburi. Aaminn.
7 Comments
best tu berkongsi date anniversary yer...tahniah for your uncle dan utk mim dan hubby jugak! moga bahagia hingga jannah.aamiin
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok tenguk kenduri kesyukuran orang serawak. Jubli emas lama tu.
ReplyDeletemeriahnya...alhamdulillah.. rezeki untuk tahun jubli emas Yan
ReplyDeleteselamat menyambut anniversary.. majlis yang meriah. semoga semuanya di dalam pemeliharaan Allah SWT..
ReplyDeleteAlhamdulillah buat pasangan Tahniah perjalanan perkahwinan yang panjang pasti penuh dengan liku-liku ujian..
ReplyDeleteAlhamdulilah segala pujian bagi Allah atas setiap rezeki dan kenikmatan yg Dia kurniakan
ReplyDeleteLamanya 50 tahun. Jauh lagi perjalanan nak menuju angka puluhan tahun ni.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!