Pagi Itu Bukan Tentang Sarapan Saja

Kau bangun seawal empat pagi, masak sarapan dan bekal untuk keluarga. Kemudian bergegas lagi hantar anak ke sekolah. Dan kau pun sampai awal di pejabat.

Sampai awal di pejabat, kadang-kadang itu tak bermakna kau okay. Kau baru nak hadap 'momen bertenang'. Bertenang dari fasa ibu-ibu rumah tangga dan nak beralih pula ke fasa wanita bekerjaya.

Kalau orang ajak kau bersembang, kau pun malas nak layan. Buat muka serius. Buka bekalan dan terus makan sarapan. 

Diam.

Harap-harap orang faham. 

Ya, pagi bukan tentang sarapan saja. Ianya tentang peralihan masa dan fungsi seorang wanita.

 

Post a Comment

5 Comments

  1. Semoga dapat melalui hari-hari dengan tenang :)

    ReplyDelete
  2. Salute dgn mak² yg bangun seawal pagi utk mulakan tugas sbg isteri dan ibu sblm bertukar topi kpd wanita berkerjaya pula 👍🏻

    ReplyDelete
  3. Semoga sihat² selalu kak dan dilindungi Allah sentiasa

    ReplyDelete
  4. Selamat bekerja, kakmim. Stay strong. 🤗

    ReplyDelete
  5. Semuga mak-mak tabah hadapi dugaan hidup seharian.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!