Tertidur Tengok Papazola

Alamak! Ada ke yang tertidur masa tengok Papazola The Movie? 

Ini kisah kami hujung minggu lepas. Layan request Awan Alan yang nak tengok Papazola The Movie. Sebelum Awan bersunat pada hari Isninnya, kami ke TGV tengok ceta ni.

Maaf la, boleh saya tertidur masa di awal cerita. Jangan kecam ek. Saya ingatkan saya je yang tertidur, rupanya partner sebelah seat pun sama. Encik Suami pun tertidur rupanya. Adoi la.

Boring Sangat Ke Sampai Tertidur?

Tak adalah boring sangat, mungkin di awal cerita agak meleret kot. Itu yang buat saya tertidur. Saya terjaga masa mereka dah camping dalam hutan tu je. Nasib baiklah tak lost.

Nangis ke Tak?

Of course la. Hihi. Part Papa flashback Pipi dari kecil tu, masa dia dah hilang nyawa terakhir dia lepas kena telan Pipi. Time tu carik tisu buat lap-lap si air mata. Hihi.

Berapa Bintang?

7 bintang je kot. Ok la kan? Takde la wow sangat pun, mungkin sebab cerita ni bawak kita ke dunia game itu yang bukan jiwa agaknya. Lain feel pulak bila tengok Ejen Ali dan Boboiboy. Keluar panggung tapi lambat nak move on.

Hujung tahun ni hampir setiap minggu ke Vivacity, jadi boring pulak dah tak tau nak buat apa dan beli apa. Lepas habis wayang kami pun terus je balik rumah. Hujan pun lebat di luar.

 

Post a Comment

13 Comments

  1. Tertidur sebab meleret la tu. Kalau best awal2 sure mata segar je kan.....apa pun ramai review kata ada part sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. mcm drag mula² tu.. part sedih tu pun masa last² tu

      Delete
  2. memang awal2 tu sgt slow dan bosan la plotnya, ala2 drama hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpknya sy x berseorangan.. mcm xde pun org review di medsos bgtau ceta ni slow

      Delete
  3. Akak pun kadang dek kerana gelap dan aircond best kadang tengah syiok layan pun boleh terlelap. aduhaiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, mungkin faktor gelap tu jugak buat mudah terlelap kan? hihihi

      Delete
  4. yang awal tu memang macam bosan sikit laa...part2 kritikal yang lepas kena makan denagn Pipi tu lah, kak M ajak pergi tandas... ahhhh...setewess mak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part anak ajak ke toilet ni lah yg paling lemahhh... haha.. bertabah lah mak-mak

      Delete
  5. Sama la kita tak layan sangat 😅. Husb Cie pun tidur kejap. Cie pulak sempat tulis entri blog lagi.

    ReplyDelete
  6. Saya last tengok movie Superman pun tertidur. Mungkin suasana yang sejuk dan gelap. Takpe la, teman anak², kan.

    ReplyDelete
  7. Anak² lah yang layan je ya.
    Kalau akak join confirm lelap juga.

    ReplyDelete
  8. Awal-awal tu mungkin sebab macam drama, tu yang terlena ye kak mim..

    ReplyDelete
  9. Anak saya dah bilang mau nonton movie ini kalau masuk ke Indonesia nanti. Tapi tuhlaah, saya dan suami sama2 tak suka animasi 😅😅. Jadi agaknya kami bersuit lah, siapa yg kalah, berarti temankan adik nanti 🤭. Ntah2 sayapun akan tertidur Krn memang tak mengikuti cerita Boboiboy dan papa Zola ini

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!