Baju Melayu Preloved


Jika hendak memberi, berilah benda yang paling kita sayang. Pernah dengar kan? 

Berat, sebab sayang, tapi terpaksa dilepaskan.

Bila kemas-kemas baju #theIMANs yang paling sayang ialah baju melayu. Sebab mereka ada 3 orang so ada 3 pasang semuanya. Baju melayu dah la jarang-jarang pakai. Kat Sarawak ni pulak kalau raya paling kurang kena ada 2 pasang baju melayu. Sebabnya seminggu hari raya tu memang pakai baju melayu je kalau berziarah. Kalau si ayahnya boleh la guna baju tahun-tahun lepas, janjinya tema warna sama je la. Tapi yang budak-budak yang senang membesar ni, baju tahun lepas memang dah tak muat pakai tahun ni. Kalau ada pun baju masih muat, tapi seluar senteng. Hehehe. Nak tak nak memang kena beli baju raya baru setiap tahun. Huhu. 

Baju-baju mereka masa kecik dulu saya dah sedekahkan kepada penduduk mualaf di daerah Serian. Semoga bermanfaat buat mereka. Baju melayu #theIMANs masa kecil saya suka beli customised yang ada beads nama di poket baju. Comel je. Sebelum hantar untuk disedekahkan tu, gigih la saya buka jahitan semua beads huruf-huruf ikut nama mereka bertiga.

Baju-baju melayu yang ada 'nametag' ni semuanya kena buka beads tu dulu sebelum diberikan kepada orang lain. Tapi bila semua dah di sekolah rendah saya dah tak customised baju melayu 'bernama' macam ni.


Baju melayu raya Irfan, Imran dan Imran pada tahun 2024, tahun lepas lagi semua dah senteng. Bila dah nak kena beli baju raya ni kena la clearkan baju-baju lama.  Malas nak bagi random di Facebook, better saya bagi je kat anak-anak member di ofis ni. Semoga muat la untuk anak-anak mereka, paling-paling pun boleh la buat pakai masa ramah-tamah di sekolah ke. Budak-budak ni masa hari raya la mereka paling suka. 

Untuk kenangan #theIMANS. Suka sangat kaler kuning pastel ni.

Untuk baju saya sendiri, saya suka bagi pada member kepada adik. Sebab member kepada adik saya ni, dia memang akan pakai baju yang saya bagi untuk pergi kerja. Alhamdulillah, syukur sangat bila orang menghargai pemberian kita. Happy sangat macam tu. Selalunya kalau saya bagi baju yang saya dah tak atau jarang pakai, memang saya akan bagi 1 set sekali dengan tudung yang matching. Bukan baju je kena preloved ya, tudung pun sama. At least bila dah siap matching tudung, orang tak payah la cari tudung lagi. Boleh terus pakai. Kita mudahkan orang, insya Allah nanti kita pula dimudahkan. 

Post a Comment

1 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!