Dari minggu lepas asyik bermain dengan Notebook LM. Leka dibuatnya tapi siap jugaklah 1 topik untuk dijadikan e-book. Mudah sangat la, klik klik dah siap. Cantik pulak tu. Designer memang boleh rilek la zaman AI ni.
Boleh follow langkah-langkah di atas ya tuan-tuan dan puan-puan. Infografik ni pun dijana menggunakan NotebookLM. Tengok watermark dia kat tepi penjuru kanan bawah tu.
Bagi pengguna email rasmi MyGovUC lagi la untung, terus dapat guna Notebook LM Pro. Maksudnya sehari tu ada banyak kali janaan menggunakan Notebook LM ni. Sekiranya guna email Gmail yang peribadi, sehari ada 3 kali janaan je. Nak jana kali yang keempat, guna email lain pulak. Time macam ni baru rasa oh bagusnya dulu aku create banyak email. Sekarang ni lah kita gunapakai email-email kita yang banyak tu.
Ini ialah antaramuka NotebookLM. Ia ada 3 section, Sources, Chat dan Studio. Daripada source yang kita masukkan tu, kita boleh pilih kita nak jana jadi infografik ke slide ke report ke kuiz ke, semuanya boleh pilih di section Studio.
Dan ini ialah infografik pertama yang saya jana menggunakan NotebookLM. Tanpa prompt ya. Just add source dengan paste teks langkah-langkah nak bina table dalam Microsoft Word. First try terus teruja!! Cantiknya!! Pandainya dia buat!! Haa.. macam tu lah keterujaan saya, tapi dalam hati je lah sakai.
Ini pulak saya ada prompt sikit di bahagian Studio tu. Kalau nak prompt, just klik pada ikon pensel.
Haa.. mai saya tunjuk. Klik pada ikon pensel tu, setting la nak bentuk potrait ke, landscape ke segiempat ke. Pastu bagi arahan-arahan lain pun boleh.
Contohnya kita nak tema warna apa, font apa, target audien siapa, output untuk bahasa. Tak nak prompt pun tak apa, terus je klik Generate. Pandai-pandailah NotebookLM ni buat, tinggal kita berkenan atau tak je.
Bah, bah, apalagi.. silalah try. Nanti dah cuba sila komen ya.
.png)
.png)
.png)
.png)
17 Comments
ya Allah apabenda nie? lind atak tahu betul2 bab2 teknologi nie.. canva pun merangkak lagi..tengok orang lain buat lawa je.. kita punya, sedih.. hahaha
ReplyDeleteMcm kami ni ada keperluan utk memudahkan keja sendiri, sbb tu mmg perlu tau jugak linda.. sbb tu kena jugak explore dan gali ilmu ni.. hehe
Deletepergh ayat sakai tu yang buat akak sengeh sensorang. Sesekali kuar ayat luar alam. Samalah macam linda tak tahu pun. Nampak gaya kena test le camne kut nanti terdetik nak buat novel ebook ke apa. Tajuknya aku tersadai di tengah kota. hehehehe. Jaman sekarang manjang le orang buat ebook kiter ni mata dah nampak tiang macam lidi je ni nak baca ebook. emmm kena standby kanta pembesar juga ni. huhuhuhu
ReplyDeleteSakai tu jakun kak.. ahaha
DeleteNak rply sini juga... Penat linda gelak baca tajuk novel kak Notie ni..genre sedih ke kelakar?? hahaha
Deletehah dah nampak dah kat email. kena selongkar dah try n error le.
ReplyDeleteWow wow.. nnt share ye bila dh try
DeleteNyaman hidup zaman kinek tok Sik perlu berasap palak mikir design mok polah infographic. Kan best Mun ada teknologi tok Zaman kmk gik kerja dolok ðŸ¤
ReplyDeleteKan? Best ada kinek maok x maok jak nk ekot trend AI tok, mcm2 jak
DeleteTerima kasih perkongsian..
ReplyDeleteSama-sama pokcik
DeleteMacam2 teknologi sekarang. Laju betul. Kami lama dah tak pakai mygovuc tu.
ReplyDeleteUish, x pakai ke yg email kkm? Husb sy pakai je.. dpt pro notebookLM
Deletei guna apps/benda ni utk ajar my student buat nota law cases, dan i pun guna jugak esp utk summarize cases/content paper etc
ReplyDeletewah makin advance ya teknologi sekarang..info menarik..tq sharing
ReplyDeleteTerbaik la kak mim...semakin advance dalam AI..Yang pasti AI memudahkan urusan manusia. Kmk fokus guna NotebookLM untuk hasilkan konten berinformasi di Youtube... Pernah juak coba molah app di Google Studio AI tapi setakat tok lom berjaya gik
ReplyDeleteKak SA tetap la ketinggalan bab teknologi2 ni...mampu baca je..mula macam faham and masuk..lama2 baca terus blank..hahahha...
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!