Lama tak update masak-masak. Malam tadi ingat nak makan kat luar tapi hujan. Memang sepanjang hari hujan semalam. Nak keluar pun malas. Bukak peti ada je ayam dan ikan, sayur pun ada. Apalagi masak je lah. Gian pulak nak masak sebab cili dan bawang blend ada je, dah restok. Ada je 2 benda ni memang semangat masak tu confirm ada.
Habis nasi seperiuk. Semua pakat makan bertambah-tambah. Plan nak goreng nasik untuk breakfast pun tak jadilah, takde nasi lebih.
Ikan bawal emas goreng, ayam masak kicap, sawi tumis belacan. Alhamdulillah, sold out semua.
6 Comments
Waaa sedap sedap... ikan goreng dgn sayur sawi goreng tu dah cukup habiskan nasi sepinggan :D
ReplyDeleteSedap tu semua licin. Cie jenis gini la masak ngam2 je takde left over. Malas nak menyimpan2.
ReplyDeleteSelamat mendinner selera
ReplyDeleteSedap sangat dah tu kakmim 👍🏻
ReplyDeleteKami pun sejak² semua ahli rumah ada ni, mimpi je la nak simpan nasi utk buat nasi goreng. Asyik licin je periuk 😅
minggu ni saya tak byk masak2...emm hari ni pun tak masak sbb pagi td ada kelas online (masters class)
ReplyDeleteCombo menu favorite kami ni.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!