Kisah hujung minggu lagi, hari Sabtu, grill untuk wet kitchen/laundry area baru siap dipasang. Memang ulang-alik je lah kami sekejap ke rumah lama, sekejap ke rumah baru sebab nak tengok progress kontraktor yang pasang tu. Bila dah pasang, takde pun lamanya. Kebetulan cuaca pun mengizinkan. Minggu lepas sejak hari Khamis memang cuaca panas semacam je di sini. Alhamdulillah.
Begitulah, niat di hati memang nak extend je terus dapur, tapi.. faham-faham je lah. Takpe, niat memang nak minimalis kan, so tak perlulah dapur besar-besar. Boleh la, ayat pemujuk hati. Ni tong biru ni nanti ku buang jugak la tong ni, fasa lain takde pulak tong biru ni, kami di fasa 1 ni je ada tong ni. Dah makan ruang betul la tong ni.
Ruang di wet kitchen or laundry area ni macam ni la. Tak tau lagi nak buat wet kitchen ke laundry area.

15 Comments
Bila bertutup belakang tu nak basuh baju area tu pun rasa selamat je kan....
ReplyDeletenak letak barang² pun x risau, boleh kunci
DeleteWah bestnya, siap ada ruang lagi belakang tu..tong biru untuk air hujan ke? Kalau Linda, rasa bagus dah tu..buat air emergency..tp Sarawak takde masalah air..so,boleh kot buang..hihihi
ReplyDeleteIya, utk air hujan dan air dr atap.. boleh guna utk cuci longkang tu, kitorang flush mcm tu je la utk kosongkan tong
Deletemacam tak cantik je bila tong biru tu ada kat situ kan. takpe nanti boleh je slow2 tambah apa yang patut. rumah nak duduk lama kan.
ReplyDeleteIa dh mkn ruang itu je masalahnya.. tgk jiran² semua masih maintain tong biru ni itu yg xnak buang dulu
DeleteTong biru tu tong air ke kakmim?
ReplyDeleteCantiklah area belakang tu. Luas juga 👍🏻
Ya.. tong air... air tu boleh guna utk flush longkang
Deletemesti tak sbr nak tunggu siap semua tu! MZ tumpang tak sbr jugak hahahah
ReplyDeleteX sabar jugak, risau jugak brg byk yg kt umah lama tu.. hehehe
DeleteAda setengah tempat nampak tong biru tu kat atas bumbung. Ni kat bawah ambil space rumah je. Besar juga tambahan belakang tu.
ReplyDeleteOrg sini panggil tong ni tong 1 malaysia (sbb biru)... kikiki... sbb ada 1 versi tong warna merah, yg tu tong abg jo (sbb state bagi) hhahaha
DeleteCantiknya. Bila bertutup macam lagi tenang dan selamat rasanya.
ReplyDeleteTong biru ubah jadi water feature boleh tak. Jadi mini garden gitu kat belakang. hehe..
Kalau untuk tadah air hujan, bagus juga, boleh guna kot emergency tak ada air.
ReplyDeleteBesar juga ruang laundry, boleh buat wet kitchen juga.
dah sedap mata memandang, trus jadi private place..senang nak buat kerja..laundry dan wet kitchen memang sesuai..doakan sha juga nak pasang grill dekat belakang..belum ada rezeki lagi nak buat..
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!