Aktiviti Cuti Tahun Baru Cina

Baca di komen blog mana tah, seorang blogger tu komen kenapa bulan puasa je semua blog update cerita masak dan makan? Aah, saya pun rasa macam tu dan saya pun buat macam tu. Hihi. Sebab bulan puasa ni kita masak hari-hari tanpa gagal kot. Dan salah satu motivasi untuk terus memasak ialah dengan mengambil gambar apa yang kita masak untuk dikenang di kemudian hari. Begitulah agaknya. Tapi saya suka je tengok blog yang update ceta masak-masak dan menu berbuka ni. Secara tak langsung kita pun boleh tiru idea dan menu masakan sahabat blogger kita. Kan? Kan?

Sebab lepas cuti CNY hari tu terus je puasa tak sempat nak simpan cerita balik kampung nenek di Sri Aman. Cuti pertama CNY tu kami gerak 3 buah kereta ke Sri Aman. Objektif hanya 1, nak melawat atok (adik kepada arwah nek aki) yang admitted di Hospital Sri Aman II. Kami santai-santai je sebab takde apa nak dirushing pun. Targetnya cuma ke hospital je, nak melawat sepupu-sepupu mak pun orang mesti busy nak ke kubur sebelum puasa.  

Sri Aman flyover
Gerak dari rumah 9.30 pagi, jam 12 tengah hari dah sampai Sri Aman. Apalagi kami terus je lunch di kedai makan yang tak asing lagi di Sri Aman, Tandang Sari.

Tandang Sari Cafe Sri Aman
Nasib baik bila sampai ada 1 meja besar yang available.

Mungkin sebab cuti lauk nasi campur dah nak habis dah. Saya makan ni je. Janji nasik.

roti arab Tandang Sari
Order 3 set roti arab, menu ni memang Alan dah target awal dah, must eat in Sri Aman katanya.

Kami dah nak habis makan barulah 2 buah kereta lagi sampai. Famili adik dan jugak mak bapak & adik-adik yang lain. Mereka lambat sebab singgah di Pasar Lachau. Kami memnang tak singgah mana-mana pun, straight jer dari Kuching.

homestay di Sri Aman
Lepas setel makan, terus gerak ke homestay. Homestay yang sama kami duduk masa kenduri kahwin di Sri Aman pada tahun 2022 dulu.


hospital Sri Aman II
Petangnya baru kami ke hospital untuk melawat atok (ayah saudara mak).

Jambatan putus kata #theIMANs. Tak lama lagi siaplah jambatan yang menghubungkan Sri Aman dan daerah kecil Lingga. Kampung Lingga nilah asal-usul arwah nek aki dan nek wan. Tapi diorang memang dah lama menetap di Kuching dan tak ada rumah pun di sana. Sebab tu la kami jarang jugak balik ke sana.

Keesokkan harinya kami pun bergerak balik ke Kuching. Kalau boleh nak sampai rumah awal, dapat rehat-rehat sebelum ke kubur dan nak tarawih pada sebelah malamnya.

burung merpati sri aman
Bye burung merpati yang menjadi landmark di round about kecil di bandar Sri Aman. Sri Aman ni terkenal dengan Bujang Senang sebenarnya, tapi pelik jugaklah burung merpati yang dipilih untuk menjadi signature. Tapi ada je replika buaya di Sri Aman Waterfront. 






 

Post a Comment

0 Comments