Ayam Goreng Kunyit Sambal Cili Padu Untuk Berbuka 6 Ramadan

Assalamualaikum semua, selamat pagi. Alhamdulillah, pagi ni berjalan lancar. Ayah, Awan & Alan gerak awal dari rumah hari ni sebab nak subuh di masjid. Ibu, kakak dan abang pulak keluar dari rumah selepas subuh, sebelum jam 6 keluar. Ok lah sikit belum berapa jem dalam taman. Sejak subuh lambat ni memang panjang giler jem dalam taman. Ni bulan puasa lagi lah semua orang keluar awal, kejar nak masuk ofis awal. Tak tau nak guna strategi macam mana lagi. Nak keluar awal sebelum subuh, subuh di masjid yang on the way ke sekolah, macam malas pulak. Encik Suami sejak semalam dah masjid yang on the way ke sekolah Awan Alan. Lelaki ok lah, senang sikit.

Er, semalam berbuka apa tu? Semalam masak simple je. Ayam goreng kunyit, sambal cili padu dan telur mata. Simple tapi habis seperiuk nasik. Bertambah-tambah je anak-beranak makan. Sambal padu kata si ayah dan anak-anak. Alhamdulillah.

Ayam Goreng Kunyit Sambal Cili Padu
Sebab ada kacang panjang, kita guna je lah kacang panjang, takde bunga kobis, takde carrot, no hal. Janji ayamnya. Telur mata ada 3 je untuk ayah, ibu dan kakak. Kicap manis Mahsuri extra pedas dilupa jangan ya. Feeling makan nasi ayam kunyit tapau gitu. Sambal cili tu warna macam tu tapi memang padu, pedas giler ah. Cuma warna cilinya tak berapa nak merah, masa blend pun menyengit je bau pedas.

Ayam Goreng Kunyit Sambal Cili Padu
Sempat ambik gambar sebab setel masak awal, hihi. Dapat la tenang-tenang di meja makan. Hari ni korang plan nak masak apa pulak? Rasanya hari ni kena menu ikan. Dalam kepala ikan goreng je lah, sambal padu bak kata Encik Suami kan masih ada, boleh cicah dengan ikan goreng.

Ayam Goreng Kunyit Sambal Cili Padu
Gambar untuk update story Whatsapp, suka sebab boleh customised sticker dari template Whatsapp sendiri. 





 

Post a Comment

2 Comments

  1. semalam jem.. habis masak seminit lewat dari azan.. xdan nak amik gambar.

    ReplyDelete
  2. sedap tu ayam goreng kunyit..wajib ada kicap

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!