Takde Idea Nak Masak Apa

Semalam hari pertama sekolah selepas cuti seminggu. Last week masa cuti sekolah, lengang je jalan. Balik jam 4 petang, 4.20 dah sampai rumah. Heavennya. Tapi semalam?? Hmmm...

Balik kerja jam 4 (fleksi ramadan) tapi Iman balik sekolah 4.30. Macam tak guna jugak la keluar awal, tetap lambat sampai rumah. Cikgu pun satu, bulan puasa gini ikutlah waktu office hour jugak. Ataupun bagi je lah modul untuk homework, tak payah la kelas tambahan bulan puasa gini. Huhu. Semalam sampai rumah dah jam 5. Fenat, jalan semua penjuru pun jem. Semua manusia balik awal. 

Semalam saya masak lauk sardin je. Nasib mak ada bagi kari sotong untuk Alan. Alan ni bukan minat sardin pun. Kami 5 beranak bertambah-tambah pulak makan walaupun telur dadar yang Iman goreng tu secoet je rupanya. Bila rezeki berkat, lauk-lauk macam ni pun dah cukup sedap dah.


Seriously hari ni saya belum tau lagi nak masak apa untuk sungkei.



 

Post a Comment

2 Comments

  1. Lauk sardin dengan telur dadar pun dah best. Kadang yang simple tu lagi menambahkan berat badan. huwaaaaaa

    ReplyDelete
  2. bdk jrg sgt suka menu sardin...nanti kita share entry menu berbuka puasa utk bg idea kot2 bole masak utk berbuka puasa nanti

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!