e-Filing Dah Hantar Ke Belom?

Bulan Mac bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua pembayar cukai. Musim cukai kembali lagi, yeehaa!! Tempoh ini amat penting bagi individu yang mempunyai pendapatan bercukai untuk melapor dan mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). Oops. Tanggungjawab kita sebagai warganegara ok. Demi negara, untuk rakyat. Chewahh!!


Apa Itu E-Filing?

e-Filing ialah sistem pengisytiharan cukai pendapatan secara dalam talian yang diperkenalkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi memudahkan pembayar cukai menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tanpa perlu hadir ke pejabat LHDN.

Melalui sistem ini, anda boleh:

  • Mengisi borang cukai secara online

  • Mengira cukai secara automatik

  • Mengemukakan tuntutan pelepasan cukai

  • Menyemak status bayaran balik (refund)

Portal rasmi untuk pengisian adalah melalui sistem MyTax:
👉 https://mytax.hasil.gov.my


Kelebihan Isi e-FIling Awal

Ramai tak tahu, isi awal ada kelebihannya:

  • Lebih cepat dapat bayaran balik
  • Sistem kurang sesak
  • Kurang risiko kesilapan kerana tidak tergesa-gesa

Bagi yang pertama kali mengisi, prosesnya sebenarnya mesra pengguna dan sistem akan bantu kira secara automatik.

Dah dapat email pengesahan dah.


Awal hantar, awallah dapat bayaran baliknya kan? Hihi. Bila dah hantar borang e-FIling tadi baru perasan tahun lepas pun hantar pada tarikh yang sama hari ni, 3 Mac. Agak-agaknya bila masuk kaching² ya? Kalau tahun lepas, 9 Mac dah dapat refund dah. Harapnya tahun ni pun macam tu jugaklah. Tak banyak pun janji adalah untuk duit tepi-tepi musim hari raya ni.



 
Semak Pelepasan Cukai Tahun 2025

Cukai bukan beban jika diurus dengan bijak. Dengan memanfaatkan pelepasan seperti faedah rumah pertama dan SSPN, anda boleh mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar, malah mungkin mendapat refund tunai daripada LHDN. So apa tunggu lagi? Silalah semak pelepasan cukai dan isi e-filing sekarang okay!!

pelepasan cukai 2025

 

Post a Comment

0 Comments