Assalamualaikum!! Selamat hari raya!! Hari ni saya baru masuk ofis. Lamanya tak BW melawat blog kawan-kawan. Al-maklumlah line internet agak slow di area taman baru. Merasalah line hilang datang. Kalau yang guna Umobile, lagilah, tak ada line langsung! Hihihi. Begitulah, area baru. Kalau saya, tenang je tanpa internet. Bila tak ada Unifi memang lah, Encik Suami tak atur lagi line internet kat rumah baru, lepas tu dia sendiri juga stress tak dapat nak buat kerja ofis.
Korang dah start puasa 6 ke? Saya belum lagi. Sebab tu nak cerita bab makan ni. Hehehe.
Seminggu beraya, ayam, daging, kambing itu je lah menu utama. Time macam ni memang tercari-cari menu yang simple-simple. Ikan bilis goreng ke, makanan rebus/pindang ke, makanan tin ke, sedapnya kan? So menu dinner malam tadi, sambal pecah telur, campur kacang panjang dan kentang goreng. Walaaa!! Sedap & sold out!
Kentang dipotong wedges, goreng dan ketepikan. Tumis bawang dan cili sampai pecah minyak, masukkan garam dan perasa. Kemudian, pecahkan telur, saya letak sebiji je pun, bila telur dah separuh masak, hancur-hancurkan dan masukkan kacang panjang dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul-gaul dan siap!!
Next, sambal sardin, saya guna sardin Adabi. Tumis cili dan bawang, Masukkan sardin. Kebetulan ada daun limau purut, kita masuk je la. Ah siap!
Ui, sedapnya lauk sardin lepas raya.
2 Comments
Slmt hari raya maaf zahir batin.
ReplyDeleteUtk mim sekeluarga
Selamat hari raya.. belum mula juga puasa 6.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!