Pautan Kasih Ramadan 2026

Kita dah di ambang 10 malam terakhir Ramadan. Sekejap je kan masa berlalu. Macam biasa dah nak akhir-akhir Ramadan ni makin malas nak masak. Korang masih gigih memasak untuk berbuka ke tu?

Sebelum sekolah bercuti, minggu ni sekolah Awan Alan melaksanakan program Pautan Kasih Ramadan ni. Pengumpulan pakaian infak raya telah bermula sejak awal Ramadan lagi. Saya memang teringin nak join sekali KSIB ni tapi tu lah takut tak dapat nak beri komitmen pulak. Kita support je lah program yang KSIB ni buat. 


Minggu ni budak-budak dah boleh memilih pakaian infaq mereka sendiri di kantin sekolah. Isnin - Selasa untuk Tahap 1, Rabu-Khamis untuk Tahap 2, Jumaat pula khas untuk ibu bapa dan orang luar. Murid-murid digalakkan membawa beg sendiri untuk bawa baju-baju yang telah dipilih. Mereka buat konsep pilih sendiri macam ni untuk beri pengalaman kepada mereka yang tidak berpeluang untuk memilih pakaian sendiri bila pergi shopping. Ini bukan kali pertama program ni dilaksanakan. Tahun-tahun sebelum ni pun ada jugak tapi rasanya tahun ni lagi grand la sebab sambutan sangat menggalakkan.

Daripada penuh meja macam ni sampai licin meja.



Team KSIB dalam timbunan baju, ni masa saya hantar baju melayu Awan Alan untuk first batch. Dah tak tau nak bagi siapa baju melayu dan kurta yang masih elok, sekali dengan sampin. Semoga bermanfaat untuk penerima.

Pagi ni mintak tolong Encik Suami hantar lagi pakaian harian (t-shirt dan seluar) sebab semalam mereka cakap pakaian harian masih kurang. Nasib la saya memang dah packing baju siap-siap. Tinggal taktau nak bagi kat siapa je lagi. Selalunya saya akan bagi kalau ada orang mintak baju di grup FB. 

Nasib baik Encik Suami sampai sekolah awal, dapat hantar di kantin, lepas tu on the way dia gerak ke hospital hujan pun turun dengan lebatnya. Lebat sangat, ngam pulak si kakak dan abang sampai di sekolah. Semua kereta masuk ke dalam kawasan sekolah tapi Iman taknak, drop dia jugak tempat biasa. Berjalan kakilah si 2 beradik masuk ke kawasan sekolah. Risau pulak saya diorang berdua berjalan time hujan lebat, takut kereta tak nampak. Tapi takkan lah orang bawak keta laju dalam kawasan sekolah kan? Dah la hujan. Saya pulak risau dengan diri sendiri sebab silau bila hujan. Terpaksalah tak rilek masa driving, tak dapat nak bersandar, kena fokus je kat depan. Nasib baiklah time hujan pun warden DBKU ada bertugas jaga roundabout so takdelah susah sangat nak keluar roundabout. Er, kalau korang nak tau roundabout di Kuching ni besau-besau bak kata orang Melaka. Hahaha.

Dah habis taip, baru perasan banyak jugak perkataan, nasib baik di perenggan terakhir. Semoga banyak nasib baik hari ni. Aamin. Korang pun samalah. Semoga hari ni dipermudah dan penuh dengan keindahan.








 

Post a Comment

0 Comments