Black Out!

Baru sampai ofis, on pc, log in email, WA web, blogger, tuppp! Black out! Eh biar betul, student takde pun blackout. Selalunya bila student tengah buat amali, kalau silap sambung tu adalah blackout. Pernah berkali-kali trip, buat kerja pun tak aman, saya pergi tanya student apa yang awak buat ni asyik salah je, saya nak buat kerja pun dapat. Confirm tak dapat markah penuh. Hahaha. 

Bila member cakap bukan kami je blackout, tapi seluruh blok blackout, saya terus buat report di apps SEB Care. Cepat je terus respon dan team pun dah bergerak untuk ke lokasi yg dilaporkan.

Sayangnya hari Jumaat tak boleh BDR. Hihihi. Pagi ni sebenarnya kami ada Perhimpunan Bulanan, majlis APC Pelajar dan juga ramah-tamah raya. Sekali harung punya program. Harapnya tak lama lah blackout ni

Sebab dah bawak bekal, bekfes je la dalam cahaya samar-samar. Nasib ada air suam dalam botol. Tak sempat nak buat air panas, dah blackout, mesin Coway pun off jugak la.

Syokkan hari ni Jumaat. Semoga ceria-ceria semuanya!!

 

Post a Comment

9 Comments

  1. Semoga cepat kembali ‘bercahaya’. Jenuh juga nak buat kerja kalau suram gelap sepanjang hari.

    ReplyDelete
  2. Tak pasal-pasal "flashlight breakfast" hehehehe :)

    ReplyDelete
  3. Hari Jumaat memang best sebab esok cuti :)

    ReplyDelete
  4. kalau black out lama bole declare keje separuh hari tak?

    ReplyDelete
  5. Paling ditunggu² hari Jumaat.
    Friyayyyyy

    ReplyDelete
  6. saya pun suka hari jumaat sbb tak de kelas, tp biasanya ada meeting la...semlm pun meeting abih 5.30 pm so lewat jugak sampai rumah, tambah hujan plak kat gombak ni

    ReplyDelete
  7. wah black out satu blok naya je. Kat sini pernah le trip tapi pc je selalu yang trip. Macam ni bergelap gelita lah tak boleh buat apa

    ReplyDelete
  8. Aiiih sampai 1 block blackout yaaa. Confirm susah nak buat kerja. Bagus juga ambil foto sarapan tuh, wajah kakak ikut terpantul di cermin 👍😄. Jadi macam frame foto

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!