Sejak minggu lepas si bongsu Alan sibuk training untuk Karnival Stem (pertandingan water rocket). Minggu lepas ponteng bersebab ke kelas KAFA. Minggu ni pun ponteng lagi sebab hari pertandingannya besok dan lusa. Lepas ni baru lah kembali ke rutin biasa, ke KAFA sebelah petangnya. 2 minggu ni kena all out untuk latihan water rocket dulu.
Ni gambar pada hari Jumaat lepas, lepas solat terus gerak ke sekolah. Tak perlu pun pakai baju PJ sekolah tapi budak ni memang skema. Cikgu dah bagitau awal petang tu launching roket so kena pakai topi la sebab cuaca panas. Tak sempat pun balik rumah ambik topi, balik rumah nenek pinjam topi bapak je. Towel pun pinjam towel nenek.
Walaupun cuaca panas, tapi tak pernah mengeluh sebab memang dia bersemangat betul pergi latihan.
Partner tahun ni adik dari tahun 4. Adik, tapi besar dari abang. Baik budaknya, dia panggil Alan, abang Idlan. Sampai Alan pun terharu, dia cakap "sik pernah bah orang tunggah kamek Abang". Actually Firzan ni adik kepada partner Awan masa pertandingan bridge building hari tu.
Antara video-video masa launching di padang sekolah minggu lepas. Kata Alan, syaratnya parachute mesti terbukak masa launching ke atas. Kalau beban (telur ayam) selamat mendarat, memang confirm lah markah tinggi.
Macam-macam terjadi masa training. Kenangan untuk Alan tahun ni pulak bersama partner lain.
Part ni lucu sebab parachute tu terbang terlalu jauh dan tinggi sampai ke blok kelas. Hahaha.


0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!