Menu Puasa Hari Ke-3 dan Ke-4

Salam hari Sabtu, salam-salam lebaran!! Masih lagi menerima jemputan open house tapi saya kerja hari ni. Banyak pulak kereta pagi ni, dah macam hari biasa bila on the way ke kolej. Apa taknya hari ni dan besok ada pameran Jom Masuk U di dewan konvensyen berhampiran kolej kami.

Alhamdulillah, hari ni insya Allah hari ke-5 berpuasa sunat Syawal. Semoga dapat ditamatkan besok hari dan raya!. Semalam off sehari. Esok hari pun kerja jugak.

Bila tak puasa semalam rasa janggal pulak, bangun tetap awal tapi tak makan sahur. Syoknya puasa badan rasa ringan je walaupun berat takdelah berkurang pun. Redha je lah faktor usia ni memang susah nak turun dah berat badan. Nanti kurus sangat pulak orang ingat berpenyakit pulak. Serba-salah ye. Gemuk salah, kurus pun salah. Sebab tu Islam galakkan kita bersederhana. Dalam sains pun ada pengiraan BMI. Kalau dalam BMI tu kira ok lah. Semuanya terkait kan, Islam dan sains. 

Sajalah nak simpan gambar berbuka di blog. Bila puasa ni, time makan terjaga, on time awal, semua makan awal walaupun tak puasa. Sorang puasa, semua sungkei. Hehehe. Bila makan awal, tidur pun awal. Bangun pagi pun awal, badan pun segar. Itulah antara hikmah berpuasa secara tidak langsung.

sungkei
Sungkei puasa hari ke-3, masak kacang panjang masak lemak dengan sambal telur. Kemudian goreng ikan masin. Panaskan rendang frozen dengan harapan dapat la dihabiskan terus. Potong betik, dan sedikit kek lapis. Teringin pulak makan kek.

kelupis sarawak
Sungkei hari ke-4, hari khamis. Tak masak langsung, hanya masak nasi. Mak WA singgah rumah ambik bubur pedas, dia masak katanya. So dah ada 1 menu. Lepas tu dah ada di area rumah mak,  tapau je di stall dekat rumah mak, yang jual lauk RTE setiap petang. Tapau ikan makerel panggang dan salted chicken. Betik pulak repeat yang hari sebelum. Eh, ada kelupis jugak di rumah mak, kawan adik bagi, mintak la 2, satu untuk Encik Suami satu untuk Puan Isterinya. Hahaha.

kelupis sarawak
Sedap pulak kelupis ni, makan dengan rendang. Cukup rasa, lemak masin aroma daunnya pulak. Pulut tak keras, berminyak, cun habis. Kalau beli yang di pasar memang kering je tak ada rasa. Itulah beza yang homemade, dari area Kota Samarahan pulak tu. Sumber daun masih banyak dan segar. Daun tu lah yang main peranan jugak dalam pembungkusan kelupis.

Gambar sumber dari internet, kelupis ni macam burasak kot kalau di Sabah, tapi kelupis ni berminyak. Dan ianya dikukus dalam bundle macam tu. Unik cara pembuatannya, masa kecik dulu selalu tengok moyang buat, tapi mak dan arwah nenek saya tak pernah pulak buat.  







Post a Comment

14 Comments

  1. Selamat berpuasa kak. Semoga ibadah diterima Allah sepenuhnya aamin ya rabb

    ReplyDelete
  2. wahh sedap2 belaka tu!! MZ pun baru sambung semula puasa qadak di bulan syawal ni

    ReplyDelete
  3. Ha kelupis tu br dpt makan kt rumah carney baru² ni... slmt berpuasa sunat mim...

    ReplyDelete
  4. Kelupis dengan burasak macam nak sama je tapi rasa lain-lain kut.

    ReplyDelete
  5. MIL kmk setiap tahun polah kelupis tok utk raya & utk anak2 yg di perantauan embak pulang ke rumah masing2 ♥️

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelupis tok tahan, ya senang nak embak travel, ada juak dh frozen nektok bah klak kukus jak balit mun nk makan

      Delete
  6. Betul tu.. Bila puasa ini badan rasa ringan.. Makan pun teratur ja..

    ReplyDelete
  7. ikatan tali tu nampak padu betul...

    ReplyDelete
  8. Kelupis tu nampak macam dari beras pulut.
    Kalau burasak setahu akak dari beras biasa. Harap tak salah info ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, kelupis dr beras pulut.. tanak dulu lepas tu gulung² masuk dlm daun pastu kukus sekali lagi

      Delete
  9. Dari bentuk memang mirip dengan buras. Buras ini banyak juga di Sulawesi terutama di Makasar dan Bugis. Kalau yg kelupis agak lebih panjang dan kecil ya kak. Tp memang sedap dimakan sebagai pengganti nasi. Biasa pun saya makan buras dengan COTO Makasar atau rendang juga sedap.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!