Hari ni dah mula bekerja dari rumah (BDR). Selasa sampai Khamis. Kebetulan Jumaat minggu ni cuti umum so Isnin depanlah baru masuk ofis semula.
BDR kali ni bukan macam zaman PKP dulu. BDR sekarang kena follow garis panduan BDR. Setiap jam kena daftar pergerakan di SpotMe. Alamat BDR pun kena ikut alamat rumah yang didaftarkan di HRMIS. Sebelum BDR kena make sure GPS betul macam alamat rumah di HRMIS, kalau tak SpotMe detect kita berada di luar kawasan. Fuh, penat.
Walaupun kerajaan dah umumkan penjawat awam mula BDR 15 April yang lalu tapi saya mohon pengecualian tak BDR minggu lepas. Bila dah BDR ni memang lagi fokuslah bekerja di ofis. Bila kena clock-in setiap jam kita jadi tak fokus nak buat kerja, asyik nak tengok jam je. Set alarm tapi itulah masih juga selalu jeling jam.
Tamatlah BDR hari ini.


21 Comments
ketat juga ya pemantauannya
ReplyDeleteItulah.. mcm kita yg nak.. paksarela ni
DeleteTerpaksalah akur dgn ketetapan yg dibuat ye. Semoga dipermudahkan semuanya
ReplyDeleteItulah PH.. SYMA je.. tq anyway
DeleteRamai jugak merungut sebab kena clock in setiap jam tu. Kalau lambat terus auto apply cuti katanya.
ReplyDeleteSo far blom ada tindakan lg bg yg lmbt sbb masih baru lg kot.. maklumbalas pn blom ada ni, x sabar nk respon maklumbalas kalau ada nnt... clock in setiap jam ni leceh, mcm x ikhlas je nak suruh org BDR
DeleteIngatkan BDR boleh kerja santai2
ReplyDeleteXde maknanya santai.. x dpt fokus wak 😂
DeleteGiney nak kakitangan kerajaan nok sik diberi laptop disuruh BDR owh? Curious juak kmk dengan pelaksanaan BDR tok.
ReplyDeleteRasanya nektok semua org ada pc atau laptop di umah... bagi staf admin ya kmk x sure juaklah mcm ne 🤭 sbb ada juak yg req x BDR
DeleteGood luck Chek in every hour... Linda tak layak BDR..hahaha..tapi, bos cakap juga, kalau sekolah anak dekat dengan tempat kerja, boleh je letak sebagai justifikasi tak ambil BDR.
ReplyDeleteDah la dipaksa BDR dikurung di umah sendiri pulak tu
Deleteooo ada sistem mcm tu yer. nampak berkesan jugak tu
ReplyDeleteuishh.. clock out tu ngam-ngam 4.30.. on time 😁
ReplyDeleteJenuh juga nak clock in tiap jam tu..
ReplyDeleteSelamat ber BDR KakMim..
ammi ni tiap Jumaat mmg WFH. Kalau ada kerja nak dibuat ammi ok tapi bila takde tu yang jadi nyampah sebab macam kekejap bukan fon check email. So, hari biasa kalau boss offer WFH pun lebih prefer kerja di office
ReplyDeleteAlamak kita yg baca ni pun rasa penat :p
ReplyDeleteKenak la ketat gilak pemantauan guna spotme...janji keja siap ok la ya
ReplyDeleteDi sinipun sebenarnya ada juga kak. Tp banyak staff yg lebih memilih kerja di kantor, Krn memang ini tidak dipaksakan . Suami saya pun LBH suka di kantor, Krn kerja di rumah itu susah ya kdg tak bisa buka file, yg confidential. Hrs buka dari akses kantor. Itu sebab suami prefer di kantor saja kerja.
ReplyDeleteSeronok lagi kerja ofis kan.
ReplyDeleteBDR macam strict sangat je, letih lak asyik kena clock in
Akak pun semalam bdr. Tapi tu lah jenuh nak punch tiap jam.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!