Semalam ada rider send gambar parcel yang telah selamat dihantar ke rumah mak. Saya jadi blur pulak. Macam tak ada beli barang online, yang ada pun dah sampai kelmarin. Mungkin gambar kelmarin kot dia baru send bukti delivery hari semalam.
Oklah, reply sticker 'thank you' je macam biasa bila reply rider lain.
Sampai di rumah sendiri, baru buka parcel dari Ibu Rawiwa. Ada 1 kotak pink dan 2 kotak coklat Beryl's. Terima kasih kak!!!
Kotak-kotak di dalam parcel.
Bukak je kotak pink tu, wah, macam-macam ada!!! Siap ada duit raya lagi, sampul pulak siap tagging nama #theIMANs. Terima kasih kak!!! Banyak sangat semua ni. Semoga akak digandakan lagi rezeki. Macam bukak blind box dan dapat macam-macam. Ada fridge magnet, ada tudung LR, shopping bag, manicure set, YL roll-on EO dan 2 kotak coklat Beryl tadi. Masya Allah, semoga akak murah rezeki selalu. Aaminn.
Alan masa ni tidur, sampai je rumah masuk tidur terus tidur, kepenatan seharian di padang. Kakak Iman pun sama. 2 orang ni je lah yang tolong Ibu 'bongkar' parcel dari Ibu Rawiwa. Terima kasih auntie, dari Irfan dan Imran. Dah habis Syawal pun masih dapat duit raya.
Encik Suami tengok kad Touch & Go ni. Uish, special edition ni, "mun kamek, kamek sik pakei tok, simpan ajak macam tok, selalu benda special edition macam tok kelak nya pandei jadi berharga", katanya. So far saya memang nak simpan pun, sebab cantik sangat, sayang nak unboxing sampulnya.
Tudung LR munge-munge, sweet je. Matching banyak baju plain ni. Thank you kak!!
Yeay! Dapat shopping bag unicorn, bertambah koleksi shopping bag yang senang nak simpan dalam handbag.
Yang ni comel, gambar lion pulak tu. Macam avatar Ibu di profile Netflix je. Encik Suami lah dengan #theIMANs pilih avatar singa untuk Ibu.
Akhir kata, terima kasih sekali lagi untuk blogger Ibu Rawiwa untuk hadiah-hadiah ni. Teka berat mangga je tapi dapat blind box macam-macam. FM saya dah letak di fridge dah. Nanti tiap kali masak di dapur tengok FM surely akan teringat akak.
Semoga dipermudahkan urusan akak dan keluarga ye. Semoga akak bahagia selalu di samping keluarga tersayang dan sentiasa dalam peliharaan Allah selalu, aaminn. Terima kasih.



15 Comments
seronoknya kan..sekali sekala dapat hadiah
ReplyDeleteKalau selalu sgt dh x excited.. hehehe
Deletealhamdulillah.. meriahnya hadiah tu...suka la kad TnG tu
ReplyDeleteAlhamdulillah... kami laki bini pn suka
DeleteSama² kasih KM..
ReplyDeleteerr... YL tu bukan deodorant tau.. ia campuran essential oil untuk melegakan ketegangan otot, sendi atau sakit kepala/pening .. macam minyak angin.
Oh rupanya, x belek habis.. itu yg sy pelik best jugak deodorant ada campuran EO rupanya mmg EO.. best.. nnt sy review
DeleteWahhhh bestnya dpt hadiah byk2 mcm ni =D
ReplyDeleteAlhamdulillah mewah rezeki akak!
ReplyDeleteBestnya banyak dapat hadiah tu.
ReplyDeleteWah, tahniah kakmim! Setakat tok 3 orang dah dapat hadiah yg sama dari Kak Rawiwa ya 😃 sweet colour tudung diberiknya, pandei nya pilih.
ReplyDeleteTahniah kakmim ! Seronok dapat hadiah...
ReplyDeleteAkak pun dah dapat belum up citer lagi. Bahasa sarawak tu apa maksudnya.
ReplyDeleteOh kad Tng rupanya. Hahaha dek banyak Sgt sampai tak tahu ingatkan kad raya. Adeiiiiii tak habis belek lagi
ReplyDeletecantik betul semua hadiah, especially kad tng tu! tak pernah lagi nampak design tu <3
ReplyDeletehadiah semua best!
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!