Semalam 23 April hari sambutan Jom Baca Bersama 10 Minit di Pustaka Negeri Sarawak. Awan dan kawan-kawan yang jadi peserta Bengkel Penulisan Kanak-Kanak hari tu pun dijemput hadir untuk penyerahan buku yang telah mereka hasilkan kepada pihak Pustaka Negeri Sarawak.
Memandangkan hari Khamis, pengawas sekolah menggunakan baju batik pengawas, tapi pengawas PSS takde baju batik so Awan sorang je pakai baju seragam pengawas.
Team penulis cilik SKSP
Hasil penulisan Awan. Bangga pulak Ibu. Ayah dan Ibu pun ada dalam watak ceritanya. Puas Ibu interviu, memang idea asal dia sendiri. Tak sangka pulak dia boleh bercerita macam tu.
Inilah dia penulis-penulis lain. So buku cerita yang bertema kucing tu ada 20 cerita. Sayangkan penulis sendiri tak dapat salinan, mungkin belum ada lagi kot sebab sijil penyertaan pun belum dapat.
Team penulis cilik bersama guru pengiring. Enjoy je diorang semalam.
Simpan sini cerita kawan-kawan Awan yang lain. Boleh juga digunakan untuk bacaan Nilam kan? Nanti nak tengok di Pustaka Negeri lah, katanya ada untuk pameran. Bestnya kalau dapat 1 salinan untuk kenangan sendiri.










0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!