Review Perencah Nasi Goreng Adabi Extra Pedas



Dulu pernah baca di blog PH pasal perencah nasi goreng kampung jenama Adabi ni. Lama dulu la, tapi saya bab-bab masak dan makan ni ingat ajer. So saya try lah beli. Selalu beli yang biasa tu je packaging merah kuning tu. Sekali bukak je bungkusan hijau ni, bau macam cili hijau tu dah semerbak dah. Lain sikit lah baunya daripada perencah nasi goreng Adabi yang biasa tu. Tumislah macam biasa, saya tak letak pun sumber protein kecuali telur. Lupa nak defrose awal. Ikan bilis pun tak goreng, sebab boleh. Hehehe. Nanti #theIMANs confirm akan makan dengan serunding.

Letak hirisan kacang panjang sikit. Nak feel macam nasi goreng makcik cleaner masa duduk di Kolej Canselor UPM dulu. Ahahaha. Sekali kau, memang pedassssss yakmat lah nasik goreng ni. Pedasnya sampai saya yang makan pun kepedasan. Tapi sedap lah. Abang dan kakak cerita, kawan-kawannya try nasik ni semua kata sedap sebab pedas. Ahahaha. Iman terus tak makan di sekolah sebab kawannya dah habiskan. Lagipun Iman tu bukan tahan pedas pun. Hihihi.

Sekali sekala boleh la buat bekal, sebab pedas kan? Kalau untuk sarapan di rumah ok kot. Sedap, korang try lah. Sekali-sekala memang akan suka try perencah-perencah yang ada di pasaran tu. Nanti korang rekomen lagi ek nak try perencah atau paste apa pulak


 

Post a Comment

13 Comments

  1. saya lidah manja, tak mampu makan nasi goreng pedas2 ni xD

    ReplyDelete
  2. PH suka pedas, mmg layan la nasi goreng ni. Nak tone down pedas tu letak telur lebih kot

    ReplyDelete
  3. Menarik ni untuk dicuba. Tapi Cuya jarang pakai perencah macam ni.
    Haritu ajinomoto hantar free perencah kat rumah, kemain banyak lagii

    ReplyDelete
  4. kalau pedas sgt sy pun x leh makan..takut nanti cirit birit..

    ReplyDelete
  5. Faa pun kurang makan pedas. Tapi kawan2 dari Bhutan makan pedas extrim.Cili padi tu mereka gigit kunyah ngan nasi.

    ReplyDelete
  6. pernah nampak perencah ni dijual cuma so far lom try beli lg

    ReplyDelete
  7. Puaslah dapat makan NG yang pedas.. setakat ni belum jumpa pulak perencah ni.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah beli perencah nasi goreng. Boleh la try nanti.

    ReplyDelete
  9. i kenot la pedas ni. later, perut rasa panas ja. mulalah nak jadi naga, baran ja. kenot for me.

    ReplyDelete
  10. Pedas ya amat.. Sha dah cuba.. Nak nangis makan.. huhuhu.. Dah lah tak boleh makan pedas..

    ReplyDelete
  11. Kmk surrender awal2 sbb perut jenis sik tahan pedas mesti gastrik / ceri beri lekak ya 🤭

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!