Penyerahan Mock Up Buku Cerita Bertemakan Kucing Sempena Program Jom Baca 10 Minit 2026


Semalam 23 April hari sambutan Jom Baca Bersama 10 Minit di Pustaka Negeri Sarawak. Awan dan kawan-kawan yang jadi peserta Bengkel Penulisan Kanak-Kanak hari tu pun dijemput hadir untuk penyerahan buku yang telah mereka hasilkan kepada pihak Pustaka Negeri Sarawak.


Memandangkan hari Khamis, pengawas sekolah menggunakan baju batik pengawas, tapi pengawas PSS takde baju batik so Awan sorang je pakai baju seragam pengawas.

Team penulis cilik SKSP

Hasil penulisan Awan. Bangga pulak Ibu. Ayah dan Ibu pun ada dalam watak ceritanya. Puas Ibu interviu, memang idea asal dia sendiri. Tak sangka pulak dia boleh bercerita macam tu.

Inilah dia penulis-penulis lain. So buku cerita yang bertema kucing tu ada 20 cerita. Sayangkan penulis sendiri tak dapat salinan, mungkin belum ada lagi kot sebab sijil penyertaan pun belum dapat.


Team penulis cilik bersama guru pengiring. Enjoy je diorang semalam.

Simpan sini cerita kawan-kawan Awan yang lain. Boleh juga digunakan untuk bacaan Nilam kan? Nanti nak tengok di Pustaka Negeri lah, katanya ada untuk pameran. Bestnya kalau dapat 1 salinan untuk kenangan sendiri.









Post a Comment

11 Comments

  1. Sama sekolah Adik pun buat program Jom Baca ni semalam. Aktiviti bawah KPM la kot ye.
    Bagus anak Kakmim, semua aktif

    ReplyDelete
  2. Faa sangat syorkan program ni utk budak2 sekarang. Pupuk budaya sukakan membaca sedari kecil 💝

    ReplyDelete
  3. tahniah.. lawa betul bila jadi buku.. kalau dapat salinan sorang satu, mesti best tu..
    hebat sekolah nya, pengawas sekolah pun ada baju batik

    ReplyDelete
  4. Wah tahniah awan. Acik notie pun bangga bakat penulisan awan. Boleh pupuk lagi untuk menulis

    ReplyDelete
  5. Kalau dapat pegang buku sebenarnya mesti lagi best

    ReplyDelete
  6. Wah…Tahniah buat anakanda Mim 👏🏽
    Bagus hasil penulisannya, berbakat ni. Teruskan menulis tau.

    ReplyDelete
  7. bagusnya cipta storyline sendiri! tahniah buat Awan

    ReplyDelete
  8. nampak menarik la jln citernya tu! baju batik pengawas tu nice

    ReplyDelete
  9. wah...cukup kreatif kalau sudah berjaya menulis cerita begini...bakat boleh digilap terus agar terus menjadi penulis kelak

    ReplyDelete
  10. Saya pun dah mula buat Komik bertemakan Kucing. Nantikan update di blog sikit masa lagi.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!