WW: Daun Kari & Kasih Seorang Bapak


Sebelum raya hari tu bapak ada bagi daun kari. Tak tau lah nak panggil pokok ke ranting ke pohon. Memang nak serimbun jugaklah. Risau pulak aku manalah aku nak simpan daun kari yang banyak ni. Last-last saya gunting-gunting je masuk dalam zipper bag, letak dalam esbox.

Semalam nak masak kari ikan, daun-daun kari ni semua segar-bugar lagi. Dah sebulan lebih dah. Hari Ahad tu dia suruh bawak pokok kari yang dalam pasu balik rumah. Hihi, tak bawak pun lagi. Nantilah. Bukan apa, bukan takat pokok kari, dengan bunga-bunga dalam pasu yang dia dah tanam dan jaga pun dia suruh bawak balik rumah. Hihi.

Begitulah kasihnya seorang bapak. Cara dia nak tunjukkan kasih-sayang tu lain sikit. Tapi kita anak ni taulah. Sayang bapak kamek bah.

 

Post a Comment

6 Comments

  1. Sayanggg bapak pd ank2
    Tiberrr masuk abuk mata ni huhuuu

    ReplyDelete
  2. Mun kmk balit ngabas bapak kmk, mesti nya tanyak mok embak balit belacan Bintulu kah, mun sik, madu kelulut, mun sik buah mangga. Giya juak bapak mertua kmk, mun hari kmk org mok balit ya gago la nya pergi kebun ngambik buah nanas. Dolok masa gik bertanam padi, dibungkusnya beras pakai embak balit. Siap jak beli kilo pakai angkut makanan tok nait belon 😅

    ReplyDelete
  3. Bila baca entri ni kan, pokcik teringat baru je kena bebel kat mokcik pasal kisah meracun rumput tersalah sembur racun kat anak pokok kari yang baru mokcik tanam.. asalnya nak test pam racun baru beli..

    ReplyDelete
  4. wah byk tu...mcm2 bole masak tu..semerbak aroma bau daun kari

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!