Yuhuuu!!! Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sahabat blogger yang dirindui selalu. Hihi. Kabare? Waras? Hari ni dah kembali ke rutin biasa ya. Bangun 4 pagi, masak sarapan dan bekal, gerak ke sekolah terus ke ofis. Dannnn... curi masa sikit nak update blog yang dah bersawang ni.
Last posting hari tu saya bagitau nak ke Jambatan Batang Lupar 1 (JBL1) kan? Ahaaa... kami pergi jugak tau walaupun dah lewat. Gerak dari rumah dalam jam 12 tengah hari macam tu, sampai di Asajaya dalam jam 1 lebih, berhenti rehat, solat dan makan dan jam 2 suku macam tu kami meneruskan perjalanan ke jambatan yang menjadi trending di timeline FB geng-geng Sarawakian. Masa on the way tu area kampung tak jem lagi tapi tak dapat laju jugak sebab kereta banyak, 1 way je, so follow the flow je lah sampai ke jambatan. Nak ke jambatan, banyak kampung kami lalu. Kami lalu Simunjan, Sebuyau dan akhirnya di Triso.
Off we go!! To Jambatan Batang Lupar 1. FOMO semestinya. Ahahaha! Sebelum sampai ke JBL1 kami kena lalu Jambatan Batang Sadong dulu. Jambatan Batang Sadong ni menghubungkan Sadong Jaya (Kota Samarahan) dan Simunjan. Siap pada tahun 2021. Lepas lalu Simunjan barulah lalu Sebuyau dan seterusnya Triso.
JBL1 ni menghubungkan Sebuyau dan Triso yang merentasi Sungai Batang Lupar sekaligus menjadi jambatan terpanjang merentasi sungai di Malaysia. Panjang keseluruhan JBL1 ni mencecah 4.884 km. Dengan adanya JBL1 ni dapat memendekkan perjalanan ke utara Sarawak. Kalau sebelum ni kami ada option nak guna Lebuhraya Pan Borneo atau jalan pesisir kalau nak ke Sibu, Bintulu dan Miri. Sebelum ni kalau guna jalan pesisir (coastal road) kena naik 2x feri tapi sekarang semua feri dah dihentikan operasi sebab Jambatan Pusa-Saribas pun dah siap, JBL1 pun dah siap. Kalau dulu dari Kuching ke Sibu driving leha-leha ambik masa 6 jam guna Pan Borneo, sekarang guna laluan JBL1, 4 jam dah sampai!
Layan sikit view atas jambatan.
Kami stop banyak kali atas jambatan sebab nak menikmati pemandangan sungai. Scary jugak tengok sungai yang lebar tu. Air pun berpusar-pusar je.
Menikmati permandangan Sungai Batang Lupar.
Jauhnya dari hujung ke hujung jambatan. Langit dalam gambar tak biru sebab gambar diambil dari dalam kereta (sebab tinted).
4 beradik bergambar berlatarbelakangkan langit yang biru.
Sempat bukak bekalan dan lepak-lepak sekejap. Bukan kami je yang berhenti atas jambatan ye, semua berhenti untuk ambil gambar so mana parking kosong terus je masuk dan berhenti.
Lastly, kau pilih aku atau dia? 😆
Majlis pecah tanah JBL1 telah dilaksanakan pada tahun 2021 dan siap dibuka kepada orang ramai pada 21 Mei 2026. Info selanjutnya boleh layari Wikipedia.
Pulau kecil di sebelah bawah kiri ialah Pulau Triso. Kredit gambar Google.
Pulau Triso


12 Comments
Seram jugak nengok jambatan tu. Panjang juga tu.
ReplyDeleteWow, panjang alu jambatan tok! 😮 Kmk org tok sik tauk la bila mok lalu ke siya sejak dah pindah ke Semenanjung 🤭
ReplyDeleteYeay sampai juga! Kalau dekat nak juga melawat kawasan hehe ... Lebar dan panjang sungai ni ye, memang seriau juga tengok
ReplyDeletewahhh pnjg sungguh jambatannya!! memang kena posing2 la hehhh
ReplyDeletepanjangnya jambatan Batang Lupar ni....kagum kak SA tengok...
ReplyDeletePanjang betul jambatan nya. Ya lah sebab sungai nya besar kan.
ReplyDeleteOoo boleh benti tepi jalan ea nengokk.. kita tengok gambar google tu uishh seram jugaa.. terus terbayang cite-cite omputih jambatan roboh adoiiii..
ReplyDeleteWaaah baguuus nya kak. Memang memudahkan kalau bisa memangkas waktu perjalanan yaa 👍👍. Bagus juga boleh berhenti di sisi utk mobil2. Kebanyakan jembatan besar begini di Indonesia tak boleh berhenti.
ReplyDeletePanjang juga eh.. Boleh healing tepi2 tu. Nice pemandangan..
ReplyDeleteBila dah sungai besar sangat macam tu. Jadi confius, nak panggil sungai ke laut.. hahaha... Pembangunan memang memberi manfaat pada manusia, tapi tetap ada pengorbanan nya, bila mana alam semula jadi perlu di tarah dan dibuang untuk memberi laluan pada pembangunan...
ReplyDeleteKalau lalu WCE, perasaan Linda bercampur aduk, seronok sebab masa tu jadi pendek, dah sampai..sedih, Bila lalu di tengah² bukit yang ditarah..
Meriahnya atas jambatan tu, siap piknik lagi.
ReplyDeleteDulu Jambatan Pulau Pinang masa awal-awal dibuka boleh juga berhenti tepi. Sekarang tak boleh dah bila kenderaan bertambah banyak.
wah boleh berhenti tepi jambatan ye. Semuga pembangunan di serawak semakin bertambah untuk kebahagiaan rakyat serawak. Patutnya lama dulu lagi dah buat tapi emmm apa pun yang ini dah siap alhamdulillah.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!