Hari Pemuafakatan, Mesyuarat Agung PIBG dan Sambutan Gawai-Raya

Masih cerita minggu lepas. Kita nak simpan di blog cepat-cepat. Nak siapkan kerja pulak ni.


Hari Pemuafakatan dan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG di sekolah Iman dan Irfan pada hari Sabtu. Dan hari yang sama sekolah Awan dan Alan pun ada hari pemuafakatan. So kita bahagi-bahagi la, yang batch SK dengan ayah, batch SMK dengan ibu. Jumpa ramai kawan-kawan hari tu, tapi itulah takde perasaan pun nak bergambar. Mungkin cuaca panas kot, rasa memang cepat je nak balik rumah.

Sebenarnya malas jugak nak pegi meeting PIBG tapi mengenangkan Iman form 5 tahun ni, kenalah ambik tau jugak sebarang program dan update untuk form 5. Pergi je lah. So sepanjang Iman di alma mater saya ni, memang setiap tahunlah pergi meeting PIBG. 5x tak pernah miss. Ahahaha.



Sebelum jam 7.30 pagi dah ada di sekolah, nak parking dekat kenalah gerak awal. Kalau tak, confirm parking jauuuhhhhh. Hari tu ada potluck, byangkan semua tingkatan bawa potluck, banyaknya makanan. Tapi itulah memang takde mood pun nak ambik gambar.

Pembentangan daripada Pengetua. Sebab tulah tak rugi jugak datang ke mesyuarat PIBG ni. Kita pun dapat tau laporan pencapaian SPM tahun lepas.


Dapat giliran ke-7 untuk pemuafakatan bersama guru kelas abang. Abang ni so-so je, risau jugak dengan pencapaian dia, tengoklah nanti lepas form 3 kalau masih takde peningkatan memang nak kena tukar sekolah gamaknya form 4 nanti. Takpe ada setahun lagi untuk drill dia.


Okay, dah selesai cerita anak-anak minggu lepas. 😊


Post a Comment

8 Comments

  1. moga yg baik2 ajer utk anak2 kita semua..aamiin

    ReplyDelete
  2. Semoga ada peningkatan dalam pencapaian akademik abang.

    ReplyDelete
  3. Begitulah, bila semuanya serentak kena berbagi tugas.
    Ada no giliran ye, baguslah tersusun begini...

    ReplyDelete
  4. Biasa acara meeting pibg ini suami saya yg hadir. Kita sepakat dari sebelum nikah, urusan sekolah anak harus dia yg datang. Ada alasan tersendiri memang.

    Semoga lah ada peningkatan dari Si Abang ya kak. 🤗Memang harus tahu dulu punca nya di mana sebelum memindahkan ke sekolah lain

    ReplyDelete
  5. Pertama kali tengok ada dapat kad giliran. Menarik gak.
    Akak jarang beratur sebab biasa mesti nak no satu atau awal jumpa cikgu 😅
    Kalau terlambat, biar lambat terus.

    ReplyDelete
  6. Bawak port luck semua keluarga wah banyak le makanan. Semuga abang berjaya Di masa hadapan.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!