FOMO boleh. SMK pun boleh.
Benda viral di Tiktok, adik-adik ni memang mudah terpengaruh. Adik bongsu saya nilah punya pasal. Bab makan dialah terpaling nombor 1.
Tengah hari dia DM.
Balik kerja saya pun cari jugaklah lorong tu sebab orang ni berjual di rumah. Walaupun dah berpuluh tahun bermastautin di situ tapi masih jugak tak familiar lorong-lorong ni. Ada banyak tau, manalah nak ingat semua. Tapi takdelah sampai bukak Waze. Melampau sungguh lah tu kalau guna waze. Ahaha.
Memborong! Sekali dengan adik-adik aka jiran-jiran setaman. Kebetulan diorang pun cerita pasal keria viral ni so saya jadi lah PS untuk diorang. Dah alang-alang kan?
Bila ada yang lambat respon di grup terpaksalah call depan seller tu tanya nak pesan berapa, sampai adik seller tu tanya, "kelak kitak antar ke opis ka kak?"Ahahaha. Agak-agaklah dik, dah jam 6 petang takkan akak ko ni nak masuk ofis lagi. Ahahaha.
Siap hantar ni dalam grup senang diorang decide nak beli berapa. Amacam function tak akak kawasan? Hihihi.
By the way, keria ni boleh lah sedap tapi gemok sangat, saya suka yang bite size. Hihi. Saya makan 1 je share dengan Iman. Sebab gula tebal sangat kot, kita kena la cut sugar kan? Warga emas la katakan. Tapi kan... ubinya memang banyak. Bukan banyak tepung. Berbaloi la cumanya kita ni yang tak boleh makan selalu.
3 Comments
kita pun suka gula tak tebal sangat, nampak nice juga tu kak. gebu.
ReplyDeletekita ni cam da alahan pula dengan melaka, kedah, perak. hahahaaa adeih!~
Ishhh kita yang tengok ni pun terliur.. agak lama juga tak makan keria gula melaka ni
ReplyDeleteHahahah fav kita ni!! Tp btul la dahbtua² ni gigi pun x sekuat dulu.. makan buat raso² ok la...
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!