Sabtu datang lagi tapi Sabtu kali ni agak berbeda sebab Encik Suami tiada di sisi 🤭 Selalunya Encik Suami yang jadi driver tapi hari ni Encik Suami outstation makanya Kakmim jadi isteri & ibu yang ditinggal sementara. Terpaksalah berdikari dan jadi pandai dalam semua aspek 😆 kalau tak, semua benda kita buat-buat tak pandai tapi pandai je sebenarnya. Hihihi. Ada ke ek yang macam saya?
Malas la nak taip panjang, tenung je infografik yang saya prompt dalam kereta atas ni sementara menunggu tusyen tamat. Setel juga satu posting di blog.
Abang dan Awan request makan nasi kukus ayam berempah di Q. On je lah, saya pun tak berapa lapar. Diorang bertiga je makan. Kenapa berempat je? Kakaknya mana? Si kakak ada program Battle of The Band di sekolah.
Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah, ayam saiz M, RM13.50.
Keropok lekor buat si ibu yang tak berapa lapar. RM8
Esoknya baru si ayah balik. Balik tusyen pagi esok terus ke airport jemput Encik Suami.
Begitulah hujung minggu sekarang, jarang sangat dah nak meronda shopping mall. Penat!




8 Comments
Bila anak² ada program/aktiviti sekolah, mmg kita pun terikat sama.
ReplyDeleteSedap nampak nasi kukus tu... Ayam nampak garing
Wah..kakak masuk battle of the band.. syok tu.
ReplyDeleteproduktifnya rutin hari sabtu kak mim. all the best untuk si kakak hihi
ReplyDeleteSamalah kita, Sabtu ahad sungguh padat jadualnya huhuhu
ReplyDeleteterliur keropok lekor! sabtu saya hari tu...saya keje! ada kelas masters
ReplyDeletesabtu ye, pk jap.
ReplyDeletesabtu dan ahad sy just stay home. mlm sabtu je dinner and the kids.
sabtu ahad ja sy ada driver, selebihnya kitalah driver, hiii~
Dapat Keropok lekor lembut sedap wooo. Begitu lah kehidupan mak mak. Auto berdikari kalau Che Abe tak dok.
ReplyDeleteAiiiih keropok Lekor 😍😍😍😍😍. Harap2 saya jadi ke Terengganu nih akhir tahun demi bisa puas makan Lekor 😄😄
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!