Sabtu Seorang Kakmim

Sabtu datang lagi tapi Sabtu kali ni agak berbeda sebab Encik Suami tiada di sisi 🤭 Selalunya Encik Suami yang jadi driver tapi hari ni Encik Suami outstation makanya Kakmim jadi isteri & ibu yang ditinggal sementara. Terpaksalah berdikari dan jadi pandai dalam semua aspek 😆 kalau tak, semua benda kita buat-buat tak pandai tapi pandai je sebenarnya. Hihihi. Ada ke ek yang macam saya?

Malas la nak taip panjang, tenung je infografik yang saya prompt dalam kereta atas ni sementara menunggu tusyen tamat. Setel juga satu posting di blog.

Abang dan Awan request makan nasi kukus ayam berempah di Q. On je lah, saya pun tak berapa lapar. Diorang bertiga je makan. Kenapa berempat je? Kakaknya mana? Si kakak ada program Battle of The Band di sekolah.

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah, ayam saiz M, RM13.50.

Keropok lekor buat si ibu yang tak berapa lapar. RM8

Esoknya baru si ayah balik. Balik tusyen pagi esok terus ke airport jemput Encik Suami.

Begitulah hujung minggu sekarang, jarang sangat dah nak meronda shopping mall. Penat!


 

Post a Comment

10 Comments

  1. Bila anak² ada program/aktiviti sekolah, mmg kita pun terikat sama.
    Sedap nampak nasi kukus tu... Ayam nampak garing

    ReplyDelete
  2. Wah..kakak masuk battle of the band.. syok tu.

    ReplyDelete
  3. produktifnya rutin hari sabtu kak mim. all the best untuk si kakak hihi

    ReplyDelete
  4. Samalah kita, Sabtu ahad sungguh padat jadualnya huhuhu

    ReplyDelete
  5. terliur keropok lekor! sabtu saya hari tu...saya keje! ada kelas masters

    ReplyDelete
  6. sabtu ye, pk jap.
    sabtu dan ahad sy just stay home. mlm sabtu je dinner and the kids.
    sabtu ahad ja sy ada driver, selebihnya kitalah driver, hiii~

    ReplyDelete
  7. Dapat Keropok lekor lembut sedap wooo. Begitu lah kehidupan mak mak. Auto berdikari kalau Che Abe tak dok.

    ReplyDelete
  8. Aiiiih keropok Lekor 😍😍😍😍😍. Harap2 saya jadi ke Terengganu nih akhir tahun demi bisa puas makan Lekor 😄😄

    ReplyDelete
  9. Kat Perth kalau nak makan keropok lekor ada jual sini. Tapi kena pegi area foodtruck. Adalahh 40 mins perjalanan.

    ReplyDelete
  10. Seharian kat luar tu.. memang penatlah lagi² kena hantar ambil anak.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!