Adik no 2 saya keja di Sibu, setiap minggu balik Kuching pada hari Jumaat. Pagi Isnin balik semula ke Sibu. Sekarang ni kan tengah kecoh tiket flight mahal. Mancanak-canak harga flight sekarang. Sibu-Kuching-Sibu pun mahal. Tak patut la fly dalam Sarawak pun mahal. Tak berbaloi langsung. Nak tak nak adik saya terpaksa balik ke Kuching guna jalan darat.
Hikmah balik guna kereta dapat la memborong dabei di Sibu untuk bawa balik ke Kuching. Makanya adalah stok dabei.
Simpan dalam tipuware siap-siap untuk sekali makan. Boleh masuk dalam freezer.
Dabei ni sedap kalau makan dengan kari, dalca atau masakan masak lemak. Kalau dah masuk dalam freezer, nanti sebelum makan rendam je dalam air paip biasa. Dah lembut, dah boleh makan cicah kicap manis extra pedas Mahsuri. Sedappp!!
11 Comments
unik sgt buah ni! MZ tak pernah jumpa apatah lagi mkn
ReplyDeletePernah makan sekali buah dabai ni masa kat Sandakan dulu.. lepas tu takde jumpa dahhh..
ReplyDeleteWeii 1st time tgk... ok yg ni x pernah rasa lagi..
ReplyDeleteMakan gitu aje ke. Macam pernah dengar Cikgu amie tulis tapi lupa buat apa
ReplyDeletePernah nampak dan tahu kewujudannya.. kalau tak silap pernah rasa juga .tapi, tak ingat dah apa rasanya... Hihi..
ReplyDeleteEx-ofismate bawa dari Sarawak
Mun musim durian, mesti musim dabai juak. Kmk suka dabai gaul dgn garam. Jun suka dabai gaul dgn kicap. Tapi yg pasti kmk duak nang suka dabai hehe. Anak no. 2 jak pandai makan dabai, tapi sik minat gilak.
ReplyDeleteTeringin nak merasa buah dabai ni. Ada musimnya juga kakmim ye ..
ReplyDeletemakin teringin pula nak rasa tengok elok cantik je buah dabai ni..harap nanti ada rezeki sampai ke sana dapatla merasa
ReplyDeletekali pertama sy berkenalan dgn buah ini.
ReplyDeleteKalau lihat dari bentuknya ini mirip buah jumblang. Biasanya di sini dijadikan rujak. Tapi kalau betul buah yg sama lah yaa.
ReplyDeleteSamaaaa dengan di sini kak. Tiket domestik ke propinsi2 Indonesia , apalagi yg Indonesia timur macam Papua, mahalnya tak usah tanya.sama dengan harga tiket ke jepang 🤣🤣. Makanya saya lebih suka traveling ke overseas, sebab lebih murah 😄
Rasanya ada keropok dabai di cabinet dapur tapi belum digoreng.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!