Stok Buah Dabei Dari Sibu

Adik no 2 saya keja di Sibu, setiap minggu balik Kuching pada hari Jumaat. Pagi Isnin balik semula ke Sibu. Sekarang ni kan tengah kecoh tiket flight mahal. Mancanak-canak harga flight sekarang. Sibu-Kuching-Sibu pun mahal. Tak patut la fly dalam Sarawak pun mahal. Tak berbaloi langsung. Nak tak nak adik saya terpaksa balik ke Kuching guna jalan darat. 

Hikmah balik guna kereta dapat la memborong dabei di Sibu untuk bawa balik ke Kuching. Makanya adalah stok dabei.

Simpan dalam tipuware siap-siap untuk sekali makan. Boleh masuk dalam freezer.

Dabei ni sedap kalau makan dengan kari, dalca atau masakan masak lemak. Kalau dah masuk dalam freezer, nanti sebelum makan rendam je dalam air paip biasa. Dah lembut, dah boleh makan cicah kicap manis extra pedas Mahsuri. Sedappp!!




 

Post a Comment

13 Comments

  1. unik sgt buah ni! MZ tak pernah jumpa apatah lagi mkn

    ReplyDelete
  2. Pernah makan sekali buah dabai ni masa kat Sandakan dulu.. lepas tu takde jumpa dahhh..

    ReplyDelete
  3. Weii 1st time tgk... ok yg ni x pernah rasa lagi..

    ReplyDelete
  4. Makan gitu aje ke. Macam pernah dengar Cikgu amie tulis tapi lupa buat apa

    ReplyDelete
  5. Pernah nampak dan tahu kewujudannya.. kalau tak silap pernah rasa juga .tapi, tak ingat dah apa rasanya... Hihi..
    Ex-ofismate bawa dari Sarawak

    ReplyDelete
  6. Mun musim durian, mesti musim dabai juak. Kmk suka dabai gaul dgn garam. Jun suka dabai gaul dgn kicap. Tapi yg pasti kmk duak nang suka dabai hehe. Anak no. 2 jak pandai makan dabai, tapi sik minat gilak.

    ReplyDelete
  7. Teringin nak merasa buah dabai ni. Ada musimnya juga kakmim ye ..

    ReplyDelete
  8. makin teringin pula nak rasa tengok elok cantik je buah dabai ni..harap nanti ada rezeki sampai ke sana dapatla merasa

    ReplyDelete
  9. kali pertama sy berkenalan dgn buah ini.

    ReplyDelete
  10. Kalau lihat dari bentuknya ini mirip buah jumblang. Biasanya di sini dijadikan rujak. Tapi kalau betul buah yg sama lah yaa.

    Samaaaa dengan di sini kak. Tiket domestik ke propinsi2 Indonesia , apalagi yg Indonesia timur macam Papua, mahalnya tak usah tanya.sama dengan harga tiket ke jepang 🤣🤣. Makanya saya lebih suka traveling ke overseas, sebab lebih murah 😄

    ReplyDelete
  11. Rasanya ada keropok dabai di cabinet dapur tapi belum digoreng.

    ReplyDelete
  12. 1st time tahu tentang buah ni. Rasa apa kakMim buah ni ?

    ReplyDelete
  13. Buah dabai frozen akak ada lagi.. asyik lah lupa nak tambah dalam nasi goreng.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!