Blog Kena Blocked!!!

Kecoh hari ni. Tetiba blog kena locked! 
Pagi tadi bangun tido check henfon. Rutin bangun tido, bukak Whatsapp mana la tau ada urgent message yang masuk. Then tengok da new inbox di gmail. Eh, eh apa ni? Apa ni? Kenapa kena remove?

Blur habis. Sayangnya... since 2008 pulak tu. Pergi macam tu saja. Redha je lah kalau lepas review, blog tak dapat balik. Sampai ofis terus emel Kak Notie. Bila Kak Notie reply dia bagitau beberapa blogger pun menerima nasib yang sama. Oh, okaylah, takdelah sorang-sorang.

Beberapa jam kemudian...


Baru dapat emel ni. Ya Allah syukur. Dah dapat bukak balik dah blog. Bukan sayangkan Google Adsense tapi memori yang tersimpan yang mahal. Semoga rakan-rakan blogger yang lain pun sama, dapat semula blog mereka. 

Hari ini dalam sejarah, adakah sejarah mungkin berulang?


 

Post a Comment

9 Comments

  1. alhamdulillah.. dapat semula blog nya..
    ada yang dah ok, ada yang belum.. sayang memori dalam blog je..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah balik semula. Gempar sekejap kan sebab ramai yang kita kenal kena. Semuga ianya tidak berulang lagi pada masa akan datang. Miss u mim

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..selamat semula blog...risau kalau hilang terus..dah la macam- macam kenangan dalam blog kan...

    ReplyDelete
  4. Terkejut kita bila nak blogwalking kat blog kawan-kawan tak boleh buka. Ramai yang kena. Entah apa yang dorang cuba buat tak tahulah. Harapnya tak terjadi lagi. Risau tiba-tiba kena remove/delete. Kejam betul. Syukurlah dapat semula. Banyak kenangan dalam blog kita.

    ReplyDelete
  5. Cie pun salah seorang mangsa keadaan jugak. Sedih jugak kalau betul2 kena remove kan. Dah beribu entri. Nak mula semula tu susah jugak.

    ReplyDelete
  6. Kata beberapa teman bloggers Indonesia, hal ini pernah terjadi masa covid dulu. Banyak yg blognya di remove juga. Makanya pas terjadi lagi, mereka dah tahu hrs lakukan apa. Biasanya kalau terjadi serentak di semua negara, memang ada kesalahan dari google lah. JD kemungkinan balik pun besar.

    Alhamdulillah cepat juga bisa kembali ya kak

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..semua sudah kembali okey.. Memang gempar juga masa kejadian..

    ReplyDelete
  8. saya tak dapat email pun haritu. tau tau dah ada semula.


    saya tukar url blog ye. cam takda privacy url lama tu

    ReplyDelete
  9. memang hari tu terkejut sgt bila tgk byk blog kwn2 kena remove! tp syukur sbb semua dpt balik blog hari yg sama

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!