Google For Education Recertification Exam

2-3 minggu ni dihantui email dari Google ni, mintak direnew certificationnya. Hari tu lepas baca email terus je register for exam tapi tak jugak ambik examnya. Haaa... setiap hari lah kena mengadap reminder email dari Google. Bila due exam semakin dekat baru terhegeh-hegeh nak carik masa nak buat. Ambik kauuu!


Bila dah buat, tak lama pun. Setel dah Level 1. Bila dah recertify Level 1 baru boleh proceed ke Level 2 pulak. Plan nak buat di rumah, tapi macam kebarangkalian nak fokus di rumah tu agak sukar sedikit itulah setel je kelas hari Selasa tu terus je duduk exam Level 1 GCE ni.

Format Baharu


gce level 1

Alhamdulillah, berjaya. Format tahun ni ada pertukaran sedikit berbanding tahun 2023 dulu. Tahun 2023 dulu semuanya soalan objektif. Tahun ni ada 37 soalan kuiz (objektif) dan kena jawab hands on 3 soalan. Dia bagi 3 task dan kena buat guna profile emel yang Google sediakan khas untuk exam ni. Dan tahun ni tak perlu on camera bagai. Aman sikit nak buat takdelah neves terasa diperhatikan. Exam tahun 2020 dan 2023 semua kena on camera.


Level 2 pulak ambik hari Rabu. Petangnya terus dapat email succesful. Pun sama formatnya, ada 25 soalan MCQ dan 3 task perlu diselesaikan secara hands on.


format baru gce exam 2026

Markah untuk setiap task kita boleh tahu terus masa tengah buat tu. Tapi ada 2 soalan saya tak lepas, bukan sebab tak tau buat tapi itulah dah buat macam biasa tapi sistem glitch ke apa ke. Sebab bila buat sekali lagi, sama je cara buatnya, tak sampai 10 minit dah lepas. 1 task tu ada anak-anaknya, dan 1 task tu kena buat dalam masa 1 jam. 3 soalan bersamaan 3 jam. Tapi kalau setel awal, tak sampai pun 3 jam pun.

Soalan apa yang saya tak lepas percubaan kali pertama tu? 


Untuk Level 1, task Google Form. Benda yang buat hampir setiap hari, boleh pulak nak linkkan ke Sheet dia tak detect. Mati kutu dibuatnya. Hahaha. Itulah markah stuck 75% je, tak lepas passing mark 80%. Tapi bila buat sekali lagi, sama je caranya terus setel. 

Level 2 pulak, task di Google Slides. Yang ni memang yang saya jarang buatlah, hihi. Sebab soalannya berkait-kait so bila tak lepas soalan kedua terus tak dapat nak buat soalan ke-3 dan ke-4 teruslah markah 25% je. Sebelum buat untuk kali ke-2, study sikit, dan bila buat, nahhh lancar je. Terus 100% tak sampai pun 1 jam. Hahaha.


Examination Succesful


google certified educator

Setel semua, dah recertify as a Google Certified Educator Level 1 & Level 2. Kita jumpa lagi di tahun 2029 ya. Insya Allah.



Post a Comment

17 Comments

  1. tahniah dh berjaya exam smp level 2 tu

    **hah lama tk jenguk blog akak...dh nak masuk 2 bln akak bersara awal di usia 48thn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ampunnnn.. mmg lama x blogwalking kak.. bln 7 ada brp posting jer kt blog 😅 anyway tq tq

      Delete
  2. Ada hikmahnya kegalalan yang sebelum tu. Dapat 100% terus ek. Tahniah KakMim. Lega sikit dah selesai exam. Kalau dah nak dekat tarikh tamat tu tak buat lagi, lagilah gelabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq fieza... rugi jugak x recertify, mmg nak kena buat jugak lgpun free jer.. thn 2023 berbayar

      Delete
  3. Alhamdulillah, tahniah! Format hands-on ni barulah betul-betul uji skill kan. Paling best tak kena on camera, tak ada la gementar sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ SR... First time dulu mmg paling x tenteram, dah la buat kat rumah, pc pulak public bkn dlm bilik.. hahaha

      Delete
  4. MZ rasa ada jugak dpt email dari google tp bkn psl education, tp memang kena buat verification ker apa benda ntah adoyai..so far MZ tak buat apa2 pun lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Check inbox MZ... manalah tau ada benda penting.. hehe

      Delete
  5. Tahniah KM..
    2029 cam lama lagi😁

    ReplyDelete
  6. Eh saya baru tahu ada tes macam ini dari google kak. Jadi kalau nak ikut,harus daftar dulu yaa? Atau ini hanya utk orang2 yang Memang berprofesi sebagai lecturer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada fanny, sy dah ambik start 2020 dulu lagi dah.. kena register dulu kat website google.. sesiapa je boleh ambik tapi kalau yg mengajar tu mmg sesuai sgt ambik certification google ni

      Delete
  7. Wah ada exam dengan Google. Baru tahu

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!