Graduasi Tingkatan 5 Batch 09


Pejam celik, pejam celik, tahun ini tahun terakhir kakak Iman di bangku sekolah menengah. Bulan 10 ni memang bulan graduasi budak-budak tingkatan 5 batch 09. Sana sini tengok story kawan-kawan dengan cerita graduasi anak-anak form 5.


Sekolah Iman rasanya yang buat graduasi paling awal, 1 Oktober lagi dah buat graduasi. Tapi lepas tu makin sibuk pulak dengan bengkel-bengkel SPM. Mesti cikgu nak setel awal sebab nak fokus dengan persediaan SPM.

Uniknya perasmi untuk majlis graduasi disempurnakan oleh alumni Kolej, suami isteri alumni. Dan Iman pun terinspirasi katanya mendengar amanat dari Datuk Komisioner. Biasalah batch-batch sezaman kami (alumni ni senior saya 2 tahun, wifenya senior saya setahun) pastinya akan bercerita topik yang sama, kolam dan dinosaur! Haha! Memang legend. Kolam tu mula 'dikorek' pelajar asrama pada tahun 1996 dulu dan sekarang tahun 2026, kami alumni masih bangga bercerita pasal kolam yang sama! Legend tak legend. 

Iman dan BFF bergambar berlatar belakangkan blok kelas dan makmal, sama je dari dulu sampai sekarang. 

Tahniah anak, semoga dipermudah untuk SPM kelak. Minggu depan dah UBBM. Macam tak ready pulak nak melepaskan satu-satunya anak dara ke IPT tahun depan.

Lepas majlis di sekolah, ada pulak photoshoot di luar budak-budak ni. Dah macam orang konvo di U pulak dah. Parents pun layan je. Semua kelas buat outdoor photoshoot di lokasi yang berbeza.

Begitulah. Zaman berubah kan? Dulu zaman ibu ayah tak ada pulak majlis graduasi macam ni bila habis tingkatan 5. Dulu tak masuk U tak adalah merasa pakai jubah.

Budak-budak sekarang dari tamat tadika, tamat sekolah rendah, taman sekolah menengah semuanya ambil sijil pakai jubah. Hmm..

Tak adalah cemburu, tapi bertuah jadi budak-budak zaman sekarang.

MimSphere | www.kakmim.com

Singgah, Baca, Komen










 

Post a Comment

2 Comments

  1. Wow semuga berjaya kakak iman hadapi spm. Wah legend tu budak kolej korek kolam. Citer le mim legend alumni kolej tu.
    Betul tu Dolu2 takde me rasa ni semua. Tapi alhamdulillah syukur jadi orang juga. Opss

    ReplyDelete
  2. Tak lama jerr lagi kann.. moga terus tenang menghadapi SPM nanti..

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!