Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Wifey Diary. Show all posts
Showing posts with label Wifey Diary. Show all posts

29/06/2020

Ice Glam Black vs Ice Ola Dazzling Blue

June 29, 2020 0 Komen
Duluuuuu.... saya peminat Swatch. Entah sekarang selesa pulak dengan Ice Watch. Senang dijaga, harga pun berpatutan, nak lagi patut, beli masa ada sale tapi for sure lah dah tak terlalu baru lah kan. Tapi takpe, as long as boleh beli.

Last weekend semasa di Vivacitu terlalu kiosk reseller Ice Watch, boleh pulak tertengok koleksi Ice yang display kat situ. Adoi la, menarik sungguh, kaler ceria betol, hyper color semuanya. Dijamin acah² look young kalau pakai ni. Kah kah. Ye la tahun depan dah 4 series, macam manalah anggapan orang umur dah meningkat ke angka 4 ni kan?

Belek punya belek, tersuka pulak dengan si Dazzling Blue. Sekarang musim² tersuka kaler biru pulak, nak beli baju ke, hand bag ke, kasut ke mesti tengok biru dulu, tapi dark blue lah. Tudung pun macam tu jugak, tak tau lah. Faktor umur kot. Kalau dulu mesti suka merah, sekarang kalau tak biru, coklat. Kaler rasmi Kakmim kata Ayah Iman. Heheh.

Tadaaaa... my Ice Ola, si Dazzling Blue 😍

Perasan muda kan? Kaler budak sekolah sungguh.

Ice Ola ni koleksi ke-2 Ice Watch saya. Tahun lepas dapat Ice Glam Black dari Ayah Iman. Hadiah hari raya tahun lepas. Hihihi.

Kaler ni dewasa sikit lah. Black & rose gold, feminin sikit feeling 😊

Suka pulak dengan Ice Watch ni, box pun lawa. Boleh dijadikan tabung. Si #anakno2 asik mintak jer nak buat tabung tapi ibunya kedekut takmo kasi. Hahaha.

Change You Can yang oren & rose gold tu boleh bukak untuk buat tabung. Tapi nasiblah anak oi jumpa mak kedekut ni. Biar dia simpan dalam almari daripada bagi kat anak. 

Si Glam dah ada kawan dah si Ola. Hehehe

Yang ni I love sangat² 😍😍😍😍

Tapi saya ni bukannya collector tegar jam pun sebab saya jenis yang setia. Kih kih. Setia pada yang satu je. Jam Swatch kesayangan saya dulu beli tahun 2012 baru je ganti tahun 2019 dengan Alba. Entah kenapa si Alba rose gold tu boleh hilang pulak. Sampai sekarang tak pernah jumpa, tak tau lah dia pergi mana.

Kalau adik saya, memang collector jam, pakai jam ikut kaler baju. Hahaha. Saya takde lah sampai macam tu sekali. Cuma sekarang kekadang pakai jugak Xiomi Band tu, kalau rasa nak aktif la. Tu pun Ayah Iman yang punya tapi dia bagi saya pakai so terus synchronize ke henpon saya lah, apalagi. Hihi.





27/06/2020

Layan Hobi Ketua Keluarga

June 27, 2020 0 Komen
Selalunya kalau kami keluar berdua memang nak mencari barang² Puan Bini jer tapi hari ni terbalik pulak, hari ni hari untuk ketua keluarga pulak. Ye la dalam hubungan suami insteri ni kena ada give & take baru rukun damai rumah tangga, ye dok? Hehehe.

So hari ni kami dating memang dengan target nak cari barang ketua keluarga Kakmim ni. Asyik mengadap Shopee jer survey gitar elektrik. Tak larat pulak Kakmim tengok so Kakmim cakap nanti la Kakmim temankan cari kat sini je, takyah beli online, Beli jer kat kedai puas hati, boleh try pastu tak perlulah nak menunggu lama. Almaklum je lah postage Shopee tu macam mana, boleh tumbuh janggut nak menunggu barang yang diorder sampai.

Mulanya dia dah google jumpa 1 kedai tu, katanya area Kota Samarahan. Ok Kakmim follow je. Owner kedai bagi location, kita driving follow je tapi bila dah sampai tak jumpa pulak kedai. Last-last kami ke kedai yang dia dah memang sedia tahu dah di Kota Sentosa. First time tau Kakmim pegi kedai alat muzik ni. Kih kih. Banyaknya gitar!! Memang rambang mata.

 
Kan? Macam² warna pulak tu.

Gitar akustik ada, ukelele ada. PA system lagilah banyakkkk dan pelbagai rate.

Tetiba Kakmim nampak harga offer ni. Encik Suami kata dia bajet dalam RM700 tapi ni macam terlajak murah pulak. So apa kata try lah dulu tengok macam mana.

Dannnn ketua keluarga kami pun testing gitar elektrik yang diidam-idamkan.... siap suh ambik video lagi sebab nak dengar bunyi dengan amp. Amp mahal memang bestlah bunyi.

Puas hatilah tu, tengok apa yang dia bawak. Nasib baik tak angkut amp sekali.

Dan tengok apa yang Puan Bini bawak.. hihi.. ada guitar stand sekali tau uols. Kakmim ingatkan mahal guitar stand ni, paling murah tadi RM40. Ok la mampu milik. First time kan noob lagi πŸ˜›

Welcome home awak 😊 selamat menjadi warga #imanfamilia πŸ˜‚

Pastu kan bila sampai kat umah menyesal pulak tak angkut 2 sekali guitar stand, habis tu gitar capuk yang akustik tu nak letak mana pulak. Takpe, akan diuruskan lepas ni. Hahahaha.

Ok jugak ketua keluarga pandai main gitar, pernah jugak la dia main gitar Puan Bininya melalak menyanyi, feeling² buat show akustik. Kah kah.. ok what untuk aktiviti famili. Kau Ilhamku pulak tu, berkali² main dan record. Hahahaha... ko hader tak bini yang perasan bagus macam Kakmim? Tak hader kan? Hahaha. Jangan kecam ye.

Oh ya, yang area Kuching nak mencari instrumen alat muzik ke PA system ke, kat Kota Sentosa ni senang jer nak carik J.K Music berbanding Dalen Music Store yang kami cari tapi tak jumpa siang tadi πŸ˜…








Tuk Tuk For First Timer

June 27, 2020 0 Komen
Dari PKP sampailah PKPP ni #TheIMANs 4 beradik belum lagi ke shopping mall. Last mereka ke shopping mall ialah sebelum PKP ari tu, 15 Mac 2020, tu pun sekejap je ke Aeon untuk beli baju raya lepas tu terus jer balik. Nasib baik jugak kami shopping terus baju untuk diorang raya walaupun tak dapat beraya at least adalah jugak baju raya kan? 

So sejak PKP ni memang kami laki bini jer lah keluar. Masa PKP1 dulu masa tu tak boleh berdua dalam 1 kereta tapi Encik Suami benarkan Puan Bini ni keluar top up stok dapur seminggu sekali. Dia takut bini dia stress tak keluar umah kalau dia pegi shopping barang dapaur. Pastu si bini pulak memang tak harap laki dia nak beli barang barang, kalau sikit jer takpe lagi, kalau banyak heeee baik Kakmim sendiri pegi.

Kami selalu dating sejak selepas raya... haha! Masa sebelum raya tu jarang jugaklah nak ke shopping mall, mungkin sebab puasa jugak kot. Tapi lepas raya, hampir setiap minggu kami dating. Hihihi. Baru lah merasa dating lagi. #theIMANs pun dah tak kisah dah kami dating sebab kalau balik jer mesti ada habuan untuk diorang. Ye lah sebelum dating tu macam² dah diorang pesan.

So hari ni kira 1st time jugaklah dating siap makan². Selalunya shopping jer pastu tapau makanan then balik umah makan dengan #theIMANs. Hari ni special sikit, kitorang lunch kat Tuk Tuk. Lama dah rasa nak makan kat sini tapi barulah hari ni berpeluang nak try.

Kami try set A tu yang ada Tilapia sup tomyam sebagai main course nya

First time makan kan taktau lagi set mana yang sedap & berbaloi. So pilih set A tu sebab dapat makan ikan, dapat makan tom yam jugak. 2 in 1. Kakmim ni kan hantu ikan, wajiblah makan ikan, lagipun setiap set tu memang ada chic wing goreng.

Sementara tunggu order.. hihihi


Bila menu sampai. Berdebar jugak, agak-agaknya habis tak tomyam tu? Haha


Banyak jugak portion nasiknya, beras wangi pulak tu. Kangkung goreng belacan tu pun sedap. Chic wing pun sedap cicah pulak dengan sos thai.Yummy!!


Setiap set tu memang termasuk 2 air, milk tea & green tea. Milk tea tu biasa jer, green tea pulak memang rasa green tea la.. hahaha... Kakmim memang bukan peminat green tea so green tea biar je Encik Suami uruskan. Kah kah.


Makan time!! Kita selfie dulu πŸ˜€

So lepas ni boleh dah bawak #theIMANs makan kat sini sebab dah tau dah nak order apa. Boleh jer set A tu makan untuk 6 beranak, just top up nasi je.  Berbaloi-baloi. Tapi entah bilalah ada keberanian nak bawak diorang 4 beradik tu ke shopping mall.








 




02/01/2020

Aku Seorang Surirumah

January 02, 2020 2 Komen
Pernah ke buat karangan 'Aku Sebatang Pen' masa zaman sekolah rendah dulu? Mesti pernah kan? Antara tajuk popular yang senang nak score kalau buat Kertas 2 BM masa tu kan? Sekarang macam takde pulak dengar si Kakak kena buat karangan yang bertajuk macam ni. Ye lah sekarang ni kan zaman KBAT. Tak mainlah yang imaginasi macam ni kan? Tapi kalo imaginasi macam ni pun bagus sebenarnya, tu kan boleh mendorong ke arah KBAT. Hehehe. #katakuajak 

Aha... hari ni hari pertama persekolahan untuk Sesi 2020. Macam biasa 1st day sekolah saya memang ambik cuti walaupun tak menghantar Kakak dan Abang ke sekolah, tapi adik² yang tadika tetap saya yang hantar walaupun tak pernah pun ada sesi menangis, meraung. Itulah kelebihan budak yang duduk taska dari kecik. Diorang mudah adapt dengan persekitaran baru. #katakuajak

Memandangkan hari ni kan saya bercuti so hari ni boleh lah playing housewive, hihihi. Perasan jer tu. Besoknya dah keja lah oi. Hahaha.

Hari ni tadi hari saya bermula pada jam 5 pagi, kejutkan Kakak Abang, masak breakfast cum bekalan diorang pastu siapkan adik-adik yang berpindah ke PASTI baru tahun ni. Gambar berbaju sekolah di awal pagi? Memang tak ingat pun. Yang tau nak diorang gerak seawal mungkin dari umah kerana hari hujan. Biasalah kalau hujan memang jem lah kan. So lepas Ayah, Kakak dan Abang setel, kami 3 beranak pulak bergerak ke PASTI baru, yang agak jauh sikit dari umah daripada sebelum ni. Imran memang excited giler nak ke PASTI baru. Tapi sampai je di sekolah, dia berubah jadi serius pulak. Bila Ibu nak balik boleh pulak dia tanya mana cikgu 6 tahun. Hahaha. Matured pulak anak aku ni dia pulak yang bertanyakan cikgunya yang mana satu. Hahaha.

Siapa paling ceria? Hehehe

Plan seterusnya, pergi dobi keringkan baju. Ye lah hari asik hujan jer bila nak jumpa matahari nak jemur baju kan. Sesambil saya test route mana yang nak dipakai untuk ke ofis lepas ni. Route tadi memang takleh pakai, q traffic light lama sangat. So memang tak lah akan pilih route tu. Besok try route lain pulak, option 2. Kalau ok, kita proceed saja route tu. Hehehe. Bila dah ke dobi, nasib agak baik, ada dryer yang available, so terus humban baju-baju kami anak beranak. Masa ni langsung tak ingat pun nak ambik gambar sebab time tu nak cari breakfast je. So saya jalan ke kedai makan yang berhampiran, tak jumpa menu yang diidamkan tapi terjumpa cikgu sekolah rendah pulak. Bila asik bersembang saya decide duduk je dengan dia dan wifenya sambil sambung sembang. Pun tak ambik gambar. Hahaha. Jarang pulak saya macam ni sebab saya memang suka ambik gambar. Haha. Masa duduk tu cikgu dan wifenya dah selesai makan so diorang gerak dulu, tinggal saya seorang habiskan mee kari ayam. Tak sedap pun. Masin jer lebih. Dan tak ada bukti bergambar! Hahaha. Macam bukan saya je kan?

Lepas setel di dobi, singgah beli lauk untuk masak dulu baru balik umah lipat kain. Sesambil tu dengar radio lah, memang macam surirumah kan? Hihihi. Tapi saya memang jenis buat kerja sambil on radio pun, tv tak berapa nak layan. Setel lipat baju, kita masak pulak. Lauk hari ni ayam masak kicap kegemaran seisi keluarga. Hahaha. Imagine je lah eh sebab memang takde gambar jugak. Hahaha.

Cun timing masak, siap je terus ambik si Abang pulak. Abang balik 12 sengah, Kakak kol 1. Memandangkan hari ni 1st day mesti banyak kereta, dengan parents tahun 1 yang belum berapa familiar route dalam kawasan sekolah lagi, Daripada ko kena pusing sebab takde parking better gerak awal. So bila dah sampai awal 5 minit daripada waktu sekolah tamat, sempat ler bersembang dengan kawan² yang sedang menunggu anak diorang. Very the mak-mak kan? Hahaha.

Sementara tunggu Kakak keluar kol 1 pm, ni lah kerjaan 2 beranak.

Bila Kakak dah ada tapi jem pulak dalam kawasan sekolah. Hmm... wefie dulu lah. Baru ingat nak ambik gambar, kau

Pastu kami balik umah, makan, solat dan oops, boleh pulak tido. Anaknya tak tido tapi maknya tido. Pastu gerak lagi ambik yang PASTI, diorang sekolah sampai petang. So setel ambik dari sekolah, pastu Kakak mintak beli fail yang cikgu suruh, adeh penatnya drive kemudian ke kedai cari, tak jumpa pastu cari kedai lain, parking, masuk kedai, cari fail, tak jumpa. Last² Ibu give up. Nanti weekend lah kita carik. Hahaha.

Sampai umah, solat pastu minum petang sekejap dengan Ayah pastu basuh semua bekas bekalan anak², baju² masuk mesin tapi tak basuh lagi dan masak sayur pulak untuk dinner.

Penat tau taip ni. Hahahaha. Banyak pulak pastu nye kan. Saja jer nak taip diari sehari ni untuk catatan di lembaran ke-2 tahun 2020 ni. Besok si adik 2 orang tak sekolah sampai petang so malam ni tak perlu siapkan baju untuk sesi petang. Baju sekolah dan baju ofis untuk besok semua setel. Ni dah abis taip ni boleh lah tidor. K bye!

Eh. Kesimpulannya, penat lah jadi surirumah. #katakuajak

13/12/2019

11 Tahun

December 13, 2019 0 Komen
13 Disember 2019. Terasa nak naip dalam bahasa ibunda jak untuk hari special tok. 😍

Aok, 11 tahun.

11 tahun yang dolok, Kakmim bertukar title menjadi bini si dia. Chewah. Dari kurus kerin Kakmim dolok alhamdulillah nektok dah gems lah juak sikit. Sik banyak tapi ada juak perbezaan dengan 11 tahun yang dolok nak oo. Jadilah... kata urang.

11 tahun dolok.

13 Disember 2008, hari Sabtu, hari akad nikah saya dan dia. Wewitt!! Seawal kol 11 dah gago nak ke kedei mak andam untuk berhias, tapi makan dolok apa indah lah nak oo. Haih, makan juak diingat nyey. Nasib dolok badan jenis maintain. 2019 tok baju akad nikah ya sik dapat dirasok agik dah oi! 😜 Ko rase?? 😱

Akad nikah dijadualkan kol 3 pm. Tapi kol 2.45 ustaz yang jadi juru nikah lom juak datang. Neves aih. 2-3 kali juaklah cuba call Ustaz Mustapha Kamal (nektok dah jadi Imam Besar Sarawak dah nya) tapi henfon nya macam di-off. Bingongggg aie. Urang dah rami. What if.. what if... nang suka bermonolog lam hati juak Kakmim tok. Suka eh mikir nak bukan-bukan.

Jeng.. jeng.. jeng. Tepat kol 3 petang, muncullah ustaz yang hensem itu depan rumah. Alhamdulillah. Dan majlis pun berlangsunglah. Dah Kakmim tok anak sulung, pertama kali mak bapak mukak kerja kata urang, nang penuh rumah. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar koh. Khemah pakei makan arum bulak selorong dikonkur. Tapi sebenarnya setengah lorong ajaklah khemah dipasang. πŸ˜‚

11 tahun.

Selamat dah dengan tema gold kata dirik nya tek. Ras kac jak. Phui!! πŸ˜›


Dah 11 tahun koh dah melayari bahtera merdeka bersama. PJJ pun udah. 3 tahun 7 bulan Kakmim ngengon anak tanpa urang laki yang bergelar suami. Jadi hujung bulan husband & wife kata sidak urang putih. Berkelaie, beranok, berguro semua udah. Bertaboh bertampar jak sik pernah. Eh, mintak jauh juaklah nok kedak ya nak oo... Biasalah asam garam berumahtanggak kata urang tua. Mun sikda pakei plentey, mendatar jak jadi relationship ya nak oo. Ada plentey, ada guro, ada juak pakei tetak, pakei rajuk, pakei ngesak ati, pakei ingga. Yah.. tauk juak ku tek ingga nak oo? Hahaha. Urang Serawak nang pengingga bah, ne nak molah. Boh ingga. Hahaha πŸ˜‚

11 tahun.

Dengan 4 orang cahaya mata walaupun 3 tahun lebih PJJ. Dah beranak 4 dolok sebelum PJJ lagik oo. Masa PJJ kilang stop. Hahaha. Nektok belom tauk gik. Mun diberik rezeki terimak jak. Tapi trauma ada juak sebab lamak gilak dah rest koh. Hihihi.

11 tahun.

Susah senang banyak dah dilalu bersama. Syukur alhamdulillah. Ya jak dapat nak dipadah. Terima kasih Allah atas nikmat bahagia kamek orang sekeluarga. Aok, bahagia tok nang perlu dicipta, mun dicarik ajak takut susah nak bertemu sebab tauk ada nak encarik kesempurnaan, makanya haruslah kita jadi sekreatif yang mungkin untuk mencipta bahagia.

Ya jak lah lok. Terima kasih kitak nerimak kamek yang ranjak tok. Gine-gine pun kamek ranjak tetap juak kita netak kamek mun kamek molah muka ranjak. Sikda efek pun oo, alu jadi drama ajaklah kamek tok tek. Kamek bukan molah lawak MLM aie, kamek manas tok. Aih, ditetak nya ajak kita. Aoklah, sik jadi manas alu kita, mari ketawa bersama. Har har har!

Oklah, happy anniversary kitak dan kamek. Terima kasih Allah 11 tahun bersama. Alhamdulillah.

Chow lok! Masa yang sesuai untuk publish entri. 12.07 am sudah!!! Yeeehaaaaa!!!

18/06/2019

Supermom Mode Activated

June 18, 2019 2 Komen
Hai! 14 Syawal dan Selamat hari raya!! Mode hari raya masih di mana-mana tapi yang penting sekarang mode SUPERMOM saya dah activated. Baru jer balik hantar Ayah Iman di airport. Back to routine, PJJ. Ayah pun balik ke sarang mencari rezeki.

Lama tak update kan? Hahaha. Malasnya nak update bila bercuti. Kat ofis jugak best menaip. Saya baru jer masuk opis semalam. Hihihi. Memang gak lama jugak la bercuti. Dari cuti gawai bersambung ke raya. Ayah malam raya baru balik so dia cuti lama lah lepas raya. So wajib jugaklah si Ibu follow cuti Ayah kan? Sepatutnya Ayah Iman balik hari Ahad ri tu so semalam sepatutnya 2-2 dah masuk keja balik tapi Ayah extend pulak cuti sampai hari ni. Hehehe.

Apapun, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin dari Kakmim sekeluarga. Syukur raya tahun ni disambut sederhana, #sempurnaseadanya.

Famili korang tema apa tahun ni? Kami baby blue warna pilihan si Ayah. Kikiki.

08/05/2019

1 Ramadhan 2019

May 08, 2019 2 Komen
Tahun ni dalam sejarah 1 Ramadhan tak dapat berbuka bersama keluarga, hanya ada suami jer. Kalau takde travelling, si suamilah pulak yang sebatang kara berbuka bujang. Hehehe. Ada pro & kontra jugak lah time travelling masa bulan puasa ni.

Actually, kami bengkel mula dari hari Ahad so memang dapat pakej untuk berbuka di hotel. Tapi kesian lah pulak Encik Husband yang penat teman kita tapi biarkan dia buka sengsorang. Eh, kenapa pulak dia temankan?

Gini, roomate saya ari tu tak masuk bilik sebab dia duduk bilik lain, temankan kawan dia yang dapat bilik sorang so saya bagitau lah kalo tak masuk bilik saya ajak husband saya dok sekali. Ye la daripada dok sengsorang kan? Dan dia pun terus bagi kad bilik, dia ambil kupon makan kat cafe hotel je. Tapi Encik Husband terpaksalah ulang alik KL-Putrajaya. Lepas sahur jer dia gerak ke Putrajaya.

Hari kedua bengkel tu habis dalam 5 lebih jugak. Nak ke bazaar, yang paling dekat bazaar di Medan Mara tu je lah. Depan hotel je. Pastu jalan jugak lah ke Sogo sebab nak makan donut mahal. Hahahaha. Seriously bila orang cakap bazaar Jalan TAR dah takde macam malas pulak nak ke area Dataran sana. Jauh jugak lah nak menapak. Tapi nasib baik jugak lah tak pegi sebab baca di posting netizen di FB macam tak meriah jer masa hari pertama hari tu. Macam kesian pulak baca nasib peniaga di situ.

Kalaulah bazaar di Jalan TAR tu, memang best cuci mata, tak shopping sakan pun takpe janji cuci mata. Hehehe. Semoga dipermudahkan urusan peniaga di bazaar Jalan Raja tahun ni.

Oh, ya.. kami laki bini buka kat bilik je hari pertama puasa ri tu. Makan pun takdelah meriah sangat sebab takmo membazir. Alhamdulillah memang tak membazir. Tak habis masa buka sambung lagi untuk sahur. Syukur... berkat kata Encik Husband bila makanan semua licin.

Saya hari tu beli ikan keli sambal je... dengan nasik putih. Gambar tak ambiklah pulak sebab rushing dah nak berbuka. Hehehe. Encik Husband nak makan lemang, saya nak ketupat palas, so beli lemang dan ketupat palas dengan rendang Tok. First time makan rendang tok, sedap rupanya. Hehehe.

Encik Husband habiskan lemang dia je, dia takmo nasik.

Ini donut mahal tadi tu. Hahaha. Donut ni takde kat Kuching sebab tu teringin nak makan. Selalu tengok jer masa kat KLIA. Donut ni jadi pencuci mulut kitorang.

Haa.. ini appetizer. Siapa yang tak kenal Tepung Pelita kan? Yang specialnya sebab Tepung Pelita Paya Jaras. Tahun lepas memang panjang Q beli di bazaar Putrajaya. Kat Mara tu pun Q jugak tapi takdelah sepanjang di Putrajaya tahun lepas.

Al-kisahnya Tepung Pelita Paya Jaras ni memula sampai di bazaar tengok tinggal tray je. Frust giler. Tapi lepas balik dari Sogo beli donut tengok ada van dia kat tepi jalan. Encik Husband cakap entah² diorang datang top up kot. Rupanya benar belaka!! Orang dah Q dah. Maka saya pun masuk Q jugak ler. Heheheh.

Semalam pulak, buka dalam flight je. Hahaha. Boleh pulak masa book flight tu tak teringat pun yang bulan puasa. 

Hari ni, insya Allah baru berbuka di rumah bersama #theimans dan famili yang lain. Korang plan apa berbuka nanti??



18/04/2019

Idea!

April 18, 2019 2 Komen
Tetiba. Masa basuh pinggan lepas dinner tadi terpacul satu 'term' melimpas di fikiran. Macam ting! Jer idea tu menerjah di kepala ni.

Sayang Bini Tinggal-Tinggalkan.



Paham tak? Tak paham?

Tetiba je kan idea tu. Nak dijadikan tajuk buku!!

Hahaha. Haruslah saya gelak. Ada hati nak buat buku. Aah lah, memang dari dulu lagi nak buat dan terbitkan buku. Impian yang tak tau boleh ke idak nak direalisasikan.

Ideanya.. Oklah sinopsisnya nk bukukan kisah² si ibu atau si bini yang ditinggalkalkan kerana amanah tugas. Kisah PJJ ok. Bukan betul² bini yang ditinggalkan bergantung tidak bertali.

Macam tulah alkisahnya cetusan idea tadi. Excited sangat tau smpai Bab 1 pun dah ada idea ni. Tinggal nak taip je lagi ni πŸ˜‚πŸ˜‚ tu pun kalo rajin πŸ˜…

Kita tengoklah nanti sama ada impian ni kosong atau impian kaya. Tak salah berangan-angan kan? Percuma jer tak kena bayar pun 🀣























































09/04/2019

Kakmim & Caesarian

April 09, 2019 1 Komen
APRIL Bulan Kesedaran Caesarean Sedunia - Ini Kisah Kakmim

Sempena bulan April ni bulan kesedaran Caesarean sedunia makanya saya pun nak mencoret sedikit di sini. Hmm... bagi yang telah lama follow blog ni memang saya coretkan di sini pengalaman 1st pregnancy saya dulu di mana si kakak masih dalam keadaan breech semasa 7 bulan. Dia tetap setia 'duduk' sehinggalah full term 36 minggu. Pernah melalui proses ECV (External Cephalic Version) tapi sakit yakmat dan saya terus surrender sign form set appointment LSCS pada minggu ke 39.

Pada mulanya tau si kakak berada dalam kedudukan breech, sedih sangat. Ye lah anak pertama lagi dah nak kena operate, tak sempat nak merasa kelahiran normal. Dan bila dah operate peluang nak beranak ramai paling maksimum pun 3 je lah. Huhuhu. Memang frust jugak sebab target nak anak 4.

Kakak ni cucu sulung, cicit sulung. Semua orang memang menunggu kelahiran dia. Dalam famili sebelah mak memang takde sejarah makcik² yang operate. Mak dan Wa (kakak sulung mak) memang tak tau pun cara-cara nak jaga orang berpantang ceaser ni. Mak dan Wa pun push jugak saya berurut dengan mak bidan. Huhuhu. Saya rela dalam terpaksa, patuh je cakap mak dan wa, pergilah umah mak bidan tapi tak berjaya. Nasib baik tak jadi apa-apa time tu. Bila difikirkan balik, memang risky betul time tu.

Dan yang paling sedih yang tak dapat saya lupakan, adalah sorang colleague tu di Kolej, bila dengar je saya plan LSCS bukannya nak bagi moral support, cerita benda yang menyeramkan lagi ada. Dia ceritalah ada orang lepas ceaser terus lumpuh. Memang bengang sangat time tu. Mulut tu memang takde insurans. Bukannya kita nak pun baby kat dalam songsang. Kenapa dia nak memperkecilkan kelahiran baby saya nanti?? Tau tak perasaan tu? Dah lah ko pregnant anak pertama, pengalaman zero pastu ko sogok dengan cerita² macam tu. Memang aura negatif betul. Sampai hari ni saya masih ingat situasi tu, kami berbual dalam pantri. Geram sangat.

Tapi ada jugak manisnya plan LSCS ni. Doktor tanya nak set LSCS pada 29 Oktober ke 30 Oktober? Of course lah nak 30 Oktober, senang sikit nak ingat kan? Hehehe. 

Malam sebelum nak ceaser tu memang tak boleh tidur. Macam² jer yang difikirkan. 10 malam dah start puasa dah. Rasanya kol 12 lebih jugak baru dapat melelapkan mata. Rasa macam banduan yang menunggu nak ke tali gantung jer rasanya.

Paginya saat nak masuk OT memang masih ingat lagi nurse panggil, Patient bed 12 mandi bersih² dan pakai baju OT ni. Sedih tau disuruh mandi tu. Entah² mandi sendiri yang terakhir ke. Huhuhu.

Dah siap lengkap dengan pakaian OT nurse sibuk pulak cari husband. Manalah pulak husband ku ini. Sedihnya takde sapa² kecuali nurse je. Rupanya bila nurse dah usung ke OT Encik Suami dah siap berpakaian lengkap OT jugak tolong usung katil ke OT. Sedihnya time tu. Uwaaaaaaaa!!

Masa nak cucuk epidural, tengok Encik Suami lambai² dari luar. Pilu jer rasa tapi time tu mulut memang kumat-kamit baca doa je. Macam-macam surah dan doa yang keluar. Sungguh tak lama, sekejap jer prosedur dalam 20 minit macam tu sahlah saya bergelar Ibu. Alhamdulillah.

Dan yang surprisenya tak sangka pulak baby yang kuar tu baby girl!! Hehehehe. Alhamdulillah, tu cerita 10 tahun yang lalu. Sekarang kakak dah darjah 4. Syukur.

Gambar pertama kakak yang disnap Ayah di OT. Time tu guna BB so kualiti gambar takdelah macam Oppo. Hahahaha. Berat kakak time tu 3.17 kg. Dan dia memang menjuarai carta berat ketika lahir dalam #TheIMANs

Adik² si kakak pun ada 3 orang sekarang, semuanya boy dan semuanya kelahiran normal. Syukur sangat.

Sesungguhnya, caesarean bukanlah pengakhiran kepada kelahiran normal ye uols. Just be positive dan prepare ilmu parenting agar penuh di dada. Saya alhamdulillah dapat 3x vaginal delivery selepas ceasarian. 






18/02/2019

Validasi oh Validasi

February 18, 2019 0 Komen
Isnin minggu lepas muncullah tarikh validasi di E-Sis. Tarikh yang dinanti-nantikan sejak Oktober yang lalu. Hihihi. Iklan kenaikan pangkat keluar akhir Ogos 2018 lepas tu sibuklah menyediakan dokumen yang perlu diupload.



Dan selayaknya memang sibuklah sampai 1 Mac nanti. Tarikh validasinya ialah 4 Mac 2019. Tempat??? Nun di sana.... terbanglah kita bersama fail-fail ke Putrajaya. Wish me luck ya. Hahahaha.

Fail-fail semua dah ready cuma dalamnya masih ada lagi yang lompong sana sini. Masih ada sedikit waktu lagi untuk berjuang ni.



23 Februari 2019 - Meeting pra-AGM PIBG untuk membincangkan usul
2 Mac 2019 - Mesyuarat Tahunan PIBG.. confirm sehari ni dah tak boleh nak touch up dokumen

KPInya semua mesti cantik dan kemas pada 1 Mac 2019. Nak packing dalam bag lagi. Hahaha. Gelak je lah takkan nak nangis kan??



21/02/2018

Mini DSLR.. konon

February 21, 2018 0 Komen

Sejak di IKN asyik ada event je Ayah Iman.
Best handle event.. katanya.
Kakmim dah lejukkkkkk... kata urang Serawak handle event.
(Lejuk = muak)
Hahaha.. bukan nak melawa.. tapi memang dah jadi dalam skop tugas pun.
(Melawa = menyombong)
😁😁😁😁

Setakat ni memang best lah setiap kali lepas event ada jer souvenir gift yang diorang dapat.
Yang bestnya Kakmim lah yang dapat, bukan Ayahnya. 😜
Dapat gelas Ikea 1 set.. towel Ikea besarrrr.. flask Ikea.. mug Ikea
Rasanya memang perempuan lah yang pilih gift tu.. sebab semuanya taste perempuan πŸ˜€
Benda kecik² tak pandang sangatlah... simpan jer dalam drawer ofis
Yang stok dari ofis pun tak abis pakai.. ni nak pakai yang souvenir pulak.. kih kih kih

Tapi...
The best gift ever.. yang kat bawah ni lah.
Tadaaaa...

DSLR tu... kikiki... mini pun mini lah 16GB

Sayang jer nak cucuk dan pakai 😍
Macam nak simpan jer dalam tu.
Sebab comel sangat
Sampai si bongsu Deklan dah declare dia yang punya
Eh.. Ibu punya lah.. bukan Deklan
Ayah bagi kat Ibu lah.. bukan Deklan πŸ˜‚

Comel kan?

13/07/2015

Air Ketuban Kurang Boleh Menjejaskan Kandungan?

July 13, 2015 0 Komen
Semalam bukak buku pink, nak tengok bila next appointment dengan doktor. Terkejut la wei, plan doktor nak jumpa pada minggu ke 36/52 (9 bulan) dan tarikhnya ialah 13 Julai 2015! 9 bulan tu!! 36 minggu! Tanjat gegirl. Ye la baru semalam jumpa nurse di  KKIA check up 33 minggu so sepatutnya minggu ni 34 minggu. Tapi nurse di KK bagi appointment 36 mingggu pada 13 Julai 2015. Takpe. Hari ni kita pegi je.

So sesampainya di KKPJ, dapat turn no 1. Ye lah dah 7 setengah dah tercangok kat situ. Orang pun tak ramai lagi. Dalam kol 8.15 no 7101 pun dipanggil. Maka aku pun masuk la ke bilik ultrasound, sekali ditemani si Encik Suami.

Dengan ramahnya aku pun bercerita lah.

Aku: Saya peliklah doktor, baru semalam pegi KKIA check 33 minggu tapi sekali tengok appointment KKPJ minggu ni dah 36 minggu. Hehe. (Tapi secara berseloroh la)

Doktor: Haaa... saya pun pelik. Puas saya kira, 34 minggu. Tapi kenapa appointment ni awal sangat.

Aku: Hehehe.

Bla bla bla. Doktor belek-belek lagi gambar scan yang dulu-dulu, Betul la 34 minggu. Sebab tu lah pentingnya 1st scan. Itu yang akan menentukan EDD kita, kata doktor muda bernama Isnani tu. Hmm... baru saya tahu, penting rupanya 1st scan ni. Aku scan sebab nak sahkan betol ke tak pregnant. Hahaha.

Sebab dah sampai kat situ kan, doktor cakap, takpe kita proceed scan je. Kita check lagi progress baby bersamaan dengan week ke berapa. Baiklah, doktor. Hahaha.

Dan bila scan, Encik Suami pun tengok jugak, sebab before ni dia tak ikut sekali, rugi peluang nak tengok gender baby bila baby dah tunjuk ari tu. 3x scan nak tengok gender sekali je doktor cakap baby boy, Tu pun masa ayah dia tak ikut sama. Masa sekali kat private tu baby takmo show off, dia kepit kaki, Dan previous 1 di KKPJ doktor tu tak tau tengok, siap suggest gi private untuk tengok gender. Pastu cakap maybe girl. Hahaha. Langsung aku tak percaya doktor lelaki tu. Doktor hari ni pun tak berani nak cakap apa-apa sebab baby kepit kaki dia sekali lagi. Hihihi. Dr. Isnani tu cakap ikut instict ibu lah. Ibu rasa baby apa. Dulu Ibu rasa baby girl tapi 1st time scan nak tengok gender, baby kepit kaki, 2nd time baby tunjuk tapi cuma doktor jer yang tau, aku memang tak lah paham nak tengok burger ke sosej ke, kalo Encik Suami ada, dia tau nak tengok. Dan yang ke-3 awal bulan ni, doktor tak reti nak tengok. Hahahaha. So aku pun memang taktau boy ke girl. Takpe lah doktor, janji baby sihat sempurna jer.

Ok, dah siap scan, berat baby 2.3 kg dan progress baby bersamaan 34 minggu. Syukur. Tapi biasalah klinik kesihatan (gomen) kan tak print gambar. So takdelah gambarnya. Hehehe. Yang ada ni je lah.



Doktor cakap kan, doktor cakap, air ketuban agak kurang. Agak.. ok. 10 je katanya. 10 ml kot. Tak tanya plak air ketuban diukur dalam unit apa. Hehe. Tapi 10 tu dia cakap, ok lah untuk 34 minggu tapi apa yang ditakutkan bila dah 36 minggu ke atas nanti nombor tu makin berkurang. So nanti next scan diorang akan review lagi. Hmm... 

Risau lah jugak dengar. Sape tak risau kan? Aku tanyalah camne nak atasi masalah ni. Taknak tau kenapa tapi biarlah tanya bagaimana nak atasi. Doktor cakap memang takde cara nak tambah air ketuban ni. Dia cuma cakap normal sebab bila dah selalu deliver air ketuban akan berkurangan sedikit pada next pregnancy tu. Oh, ok. Baru 4x, belum lagi 6 atau 10x. Huhuhu. Takpe nanti balik boleh gugel. Dan hasil daripada gugel adalah seperti di bawah.

Apakah Air Ketuban?

Air ketuban ni satu cecair yang dikenali sebagai cecair amnion. Ia ujud kira-kira 12 hari selepas persenyawaan. Kagumnya dengan kuasaNya. Awal sungguh air ketuban ujud sebagai persediaan untuk menempatkan seorang manusia di dalamnya.
Selepas 20 minggu kandungan iaitu dalam masa lebih kurang usia kandungan lima bulan, air ketuban dihasilkan dari air kencing bayi. Ini kerana pada masa trimester kedua ini, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya balik sebagai air kencing untuk bantu mengekalkan jumlah isipadu air ketuban.
Jumlah air ketuban menjadi maksima pada usia kehamilan 34 minggu iaitu kira-kira 800ml.

Apakah Fungsi Air Ketuban?

  • Untuk melindungi bayi dari hentakan yang mungkin berlaku. Ibarat macam kusyen yang menyerap sebarang hentakan atau trauma yang mungkin terjadi.
  • Mengekalkan suhu persekitaran supaya bayi tidak mengalami kehilangan haba.
  • Membantu dalam perkembangan paru-paru dan sistem penghadaman bayi.
  • Membantu perkembangan otot dan tulang bayi kerana bayi boleh bergerak dalam air ketuban tersebut. Ia juga bagi ruang pada tali pusat daripada terhimpit.

Ada Apa Dalam Air Ketuban

Air ketuban terdiri dari 98% air dan 2% terdiri dari zat-zat organik, lemak (yang menutupi bayi baru lahir) dan protein. Kualiti air ketuban amat mempengaruhi pertumbuhan janin. Air ketuban yang tidak keruh menjamin kecukupan zat dan nutrisi untuk bayi.
Bertambah atau berkurangnya air ketuban dari yang sepatutnta akan memberi komplikasi pada bayi atau ibu. Jadi air ketuban yang terlalu sedikit atau terlalu banyak perlu diberi perhatian untuk mengelakkan sebarang kesan yang tidak diingini.
Di usia kehamilan 25-26 minggu, isipadu air ketuban adalah sebanyak 239ml. Ia menjadi 984ml pada kandungan menghampiri 33-34 minggu dan mulai menurun pada akhir usia kandungan iaitu sebanyak 836ml.

Masalah Air Ketuban Terlalu Sedikit

Adakah anda mengalami masalah ini sekarang? MJ pernah ada kawan yang menghadapi masalah air ketuban kurang ni. Kesian beliau terpaksa warded dan juga terpaksa bercuti dari bekerja kerana memerlukan pantauan dari doktor di hospital.
Maknanya ia bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Masalah air ketuban terlalu sedikit ini disebabkan bayi menelan tetapi kurang mengeluarkan air kencing. Ia dikenali sebagai oligohydramnion.

Apakah Penyebab Air Ketuban Kurang?

Banyak sebabnya antaranya adalah:
  • Masalah pada sistem saluran kencing atau buah pinggang. Kemungkinan ada masalah pada buah pinggang bayi atau kemungkinan tiada buah pinggang langsung.
  • Air ketuban bocor dan ia tidak disedari. Masalah ini boleh menyebabkan jangkitan kuman.
  • Uri yang bermasalah. Jika uri tidak dapat bekalkan nutrien yang cukup pada bayi, ada kemungkinan bayi tidak mengeluarkan air kencing yang mencukupi.
  • Kehamilan yang melebihi tempoh 42 minggu berisiko untuk mendapat air ketuban yang kurang.
  • Masalah kesihatan ibu sendiri seperti ibu ada masalah darah tinggi atau diabetis.

Masalah Yang Timbul Akibat Air Ketuban Kurang

  • Berkemungkinan bayi akan lemas kerana masalah tali pusat terhimpit. Aliran darah dan oksigen akan terganggu.
  • Pembesaran bayi menjadi terhad kerana ruang yang sempit dan tidak mencukupi.
  • Meiningkatkan risiko kelahiran pramatang.

Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Air Ketuban Kurang?

Ibu yang hadapi masalah ini mesti risau kan apatah lagi mengenangkan bayi dalam kandungan. Bimbangkan keselamatan bayi kerana kita tidak nampak apa perkembangannya apatah lagi di dalam perut.
Berhubunglah dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut dan pelbagai rawatan boleh dilakukan oleh doktor yang bertauliah seperti memberi ubat ubatan dan sebagainya.

Bagaimana Saya Nak Tahu Ada Masalah Ini Atau Tidak?

Ibu-ibu boleh berjumpa dengan doktor dan membuat ujian ultrasound untuk mengetahuinya. Jika mengesyaki ada masalah kebocoran ketuban dan sebagainya segera berjumpa pakar.

Kredit to: Permata Hatiku


Dalam blog ni  ada pulak dia nyatakan penyebab kekurangan air ketuban ni. Tapi sumbernya takde pulak dia nyatakan. Takpe, aku ikut je cakap doktor, mungkin dia nak sedapkan hati aku ke, takpelah. Tapi dari pembacaan blog ke blog yang ada masalah macam ni  selalunya bed rest jer untuk monitor air ketuban bertambah ke makin berkurang. Takpe. Kita doa banyak-banyak. Positif, positif. Dulu masa pregnant Imran pun doktor detect perkembangan baby tak selari dengan pertambahan minggu. Doktor cakap kepala baby kecik, tapi alhamdulillah bila semakin dekat hari nak melahirkan normal jer scan. Semoga dipermudahkan urusan ke-4 ni. Amin

Bila dah baca penyebab tu, macam menyesal plak beli breakfast McD tadi. Hihihi. Ooops..


19/06/2015

Keistimewaan oat sebagai makanan utama bersahur

June 19, 2015 0 Komen
Assalamualaikum!

Selamat berpuasa di 2 Ramadhan. Alhamdulilah 1 Ramadhan berjaya dilalui dengan tenang dan lancar. Adek Baby pun alhamdulillah, berpuasa penuh semalam. Kakak Iman pun macam tu jugak. Syukur. Dan tahun ni merupakan kali ke-2 Kakmim berpuasa di trimester ke-3. Mudahan dipermudahkan sehingga ke penghujung Ramadhan kelak.

Hari ni hari ke-2 bersahur. Kalau diikutkan tahun lepas, sahur kami sekeluarga on-off. Selalu jer terlajak. Tahun ni harapnya tak lah. 

Hmm.. apa untuk bersahur? Hari pertama semalam makan nasi berlauk, ayam masak merah dan kacang panjang tumis kicap. 


Ayam masak merah, Kakmim style, semestinya tak pedas

Kacang panjang tumis ayam berkicap

Masak untuk dinner sekali dengan sahur. Ayam masak merah pun permintaan si anak dara. Pagi tadi pula bersahur dengan nasi putih dan sambal udang kering je. Dan mengejutkan, berseleranya makan macam ni! Tapi memang dah diduga pun sebab sambal ni memang signature family Kakmim dan memang selalu menjadi pembuka selera. So next, rasanya nak makan benda yang simple lagi, Macam telur goreng? Hmm...

Telur goreng selalunya memang lauk utama semasa bersahur, Sebabnya memang tak berselera nak makan time pagi-pagi buta macam tu. Tapi kesian pulak dengan kakak Iman kalau makan telur goreng setiap hari. Dan perancangan lepas ni akan ikut menu kakak Iman ler jawabnya.

Tapi.. Kakmim terasa nak cuba sesuatu yang baru. Yang tak pernah dicuba sebelum ni. Selalnya kalau bersahur memang akan makan nasi. Paling tak sempat pun makan kurma. Pasni Kakmim nak try makan oat pulak. Kenapa oat pulak?

Cuba tengok ranking tu?

Haa..kenapa oat? Apa istimewanya oat ni sampai ia di ranking pertama makanan paling mengenyangkan untuk berpuasa.

Keistimewaan Oat

Oat  mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan serta mencegah masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit dan buasir.
 
Ia mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.

Salah satu kompenen penting di dalam oat iaitu Beta-Glukan yang mampu mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan. Ia terdiri daripada serat yang mudah larut di dalam saluran pemakanan dan menghasilkan lapisan seakan-akan agar-agar (gel) yang bertindak mengumpulkan kolesterol berlebihan bersama-sama bahan seakan-akan kolesterol.

Oat juga boleh memberikan perut berasa kenyang dalam masa yang lama. Menurut Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh harian terdiri daripada bijirin penuh, iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Jadi jika anda berasa mengantuk dan hilang tumpuan terhadap sesuatu kerja yang memerlukan berfikir seperti belajar, ambillah oat sebagai makanan yang mampu memberikan anda tenaga dan khasiat yang anda perlukan.

Kan? Dulu masa sekolah selalulah jugak breakfast oat bila mak buatkan. Lepas tu bila semakin dewasa jarang-jarang dah makan oat. Ada pun bila teringin jer. Lepas ni nak kena beli stok oat la. Dulu semasa berpantang memang stokkan oat untuk breakfast tapi selalu jer tak habis sampai ler expired. Membazir betul. Nak try test uji Kakak Iman makan oat jugak. Nak tanya dia mana yang lebih mengenyangkan dan memberi tenaga sepanjang hari berpuasa. Hehe.


19/05/2015

Cukai Terlebih Bayar... Alhamdulillah

May 19, 2015 0 Komen

Start GST yang lalu saya dah tukar akaun gaji. Takmo dah pakai bank yang susah amat dijumpai di Kuching. So akaun gaji bulan ni pun dah takde income lah. Tapi entah kenapa tetiba terdetik nak cek balance akaun tersebut. Alhamdulillah ada payment masuk daripada Kerajaan Malaysia! Wah! Wah! Alhamdulillah. Rupanya bayaran balik cukai terlebih bayar. Ok lah tu. PCB pun kena potong tiap bulan, eloklah terlebih bayar. Huhu.


Lepas tu baru sibuk nak bukak email. Ada rupanya LHDN antor email. Hehehe.

Apakah Cukai terlebih Bayar?

Bayaran balik cukai wujud apabila:
  1. Pembayar cukai telah membuat bayaran lebih daripada cukai yang sepatutnya,
  2. Pembayar cukai mempunyai lebihan cukai akibat taksiran cukai yang telah dikurangkan, atau
  3. Cukai yang dipotong daripada dividen melebihi tanggungan cukai pendapatannya dalam tahun berkenaan.


06/05/2015

2nd time beli dan menang

May 06, 2015 0 Komen
Yeay! Yeay! Yeay! Mood masih bercuti. Kena update blog dulu baru dapat buat tugas rasmi. Ahaks. Hari ni dah 6 Mei tapi punch card April yang lopang sana-sini pun tak update lagi. Haiya.. tetiba rasa malas ni.

Cerita hujung minggu lepas. Al kisah nak dijadikan cerita, dapat call dari Emart masa kursus minggu lepas. Diorang suh gi Emart untuk cabutan lucky draw. Diorang kata, "Puan adalah finalis untuk luck draw Osram." Whatever. Baiklah. Boleh jugak jenjalan bawak bebudak 3 orang tu. "Puan datang sebelum pukul 2 ya." Baiklah.

So hari Ahad tu kami sampai di Emart dalam pukul 1.45 pm macam tu. Pukul 1.15 Emart call lagi untuk remind. Baiklah, baiklah. Kami on the way.

Lepas register di kaunter, tunjuk MyKad dan sign, "Puan tunggu sekejap. Pukul 2 pm kami akan announce lagi untuk cabutan lucky draw. Puan boleh jalan-jalan dulu." Baiklah, baiklah.

Bila dah pukul 2 pm, nama finalis-finalis pun dipanggil. Hanya ada 2 Melayu daripada 10 orang. Seorang Iban kot, selebihnya Cina. So wakil lampu Osram tu panggil seorang finalis untuk cabut nama pemenang. Cabut punya cabut punya cabut, tak seorang pun cabut nama akak. Baiklah. Redha. Mungkin tak menang kot.


Lepas tu orang tu tanya, "Nama sapa lagi yang tak kena panggil?". Saya cuma angkat tangan. "So you are the 1st place winner." Baiklah. Saya blur. Tak tau hadiah apa.

Rupanya RM888!

Alhamdulillah! Rezeki..
Ingatkan sebab dapat angpau merah so dapat cash. Tebal! Hihihi. Tapi tak sedar diriku berangan. Rupanya baucer Emart. Alhamdulillah. Banyak tu boleh shopping di Emart.


Masa bergambar tu saya seorang jer bawak anak. Rezeki anak-anak kenalah interframe anak-anak kan? Ahahaha.


Bukan sorang tapi 2 sekali diinterframe nya. Ahahaha. So mak nya tak lah glamer sorang-sorang.

Ceria kan? Rezeki tak disangka..
Begitulah kisahnya saya dan down light Osram. Hehehe. Actually ini kali kedua saya menang lucky draw dari shopping mall ni. 1st time dulu finalis lucky draw Boulevard. Tapi time tu dapat consolation je bukan main prize. Dapat bekas untuk simpan kukis untuk hari raya jer. Hehehe.

Apapun, syukur! Hari tu shopping barang dapur. Semuanya Emart belanja. Terima kasih Emart! Terima kasih Osram! Ada balance lagi baucer, Ayah Iman cakap boleh la beli waterjet. Hehehe.

Terima kasih, Emart!