Follow Us @soratemplates

07/03/2011

Keinginan

March 07, 2011 4 Komen
Keinginan untuk berubah adalah sangat tinggi
Ingin berubah untuk menjadi yang lebih baik daripada hari ni
Dan sebenarnya....

Saya ingin berubah menjadi seorang yang pendiam.... di ofis
Boleh tak agaknya ye?

Ibu Iman: sik ada mood...


03/03/2011

Kata-kata Prof. DiRaja Ungku Aziz

March 03, 2011 2 Komen
Dapat daripada yahoogroup pegawai sukan:

Rajin bercakap, Rajin bekerja --> Bagus sekali
Rajin bekerja, Malas bercakap --> Kena buli
Malas bekerja, Rajin bercakap --> Wayang Cina
Malas bekerja, Malas bercakap --> Tak guna
Malas bekerja, Suka mengadu --> Nyanyuk
Malas bekerja, Selalu ponteng --> Baik berhenti
Malas bekerja, Suka menyibuk --> Baik mati.


Mari kita muhasabah diri, kita di kategori mana ye.



Ibu Iman: sekda mood nak kerja, kelas 5 jam dari pagi... sakit perut dah


Mau yang macam mana?

March 03, 2011 3 Komen
"To avoid critism, do nothing, say nothing, and be nothing"

Ya.
Kadang-kadang memang down bila buat sesuatu kerja.
Ramai jer yang akan mengkritik.
Nasib baiklah kita bermurah hati nak buat.

Tapi.
Kalau tak buat, kena kritik juga.
Malas lah, makan gaji buta lah.

So?
Nak jadi golongan yang macam mana ek?


Ibu Iman: kekadang rasa nak berhibernate jak... sikmok duli kerja lain, ngajarrrrrrr ajak. kan bagus


02/03/2011

Shimahz

March 02, 2011 3 Komen
Siapa Shimahz?

Tetiba saya teringat kat Shimahz
Shimahz ialah rakan blogger saya sejak 2005 lagi
Saya rindu Shimahz
Kami dah lost contact sejak tahun 2008
Semenjak dia berkahwin dan tak update blog
Kami terus takde khabar berita
Dulu memang kadang-kadang kami ber-sms
Tapi sejak saya bertukar no hp kami pun terus lost
Last time kami bercontact, dia pregnant
Mesti anak dia dah 2 tahun lebih sekarang ni

Oh ya, dulu Shimahz bekerja di area Bank Negara
Tak sure di mana tapi di KL
Hmm...
Tak tau dah nak cakap apa..


Ibu Iman: rami member blogger dah menghilang... rindu semua eh



01/03/2011

Renovation in progress part 3

March 01, 2011 6 Komen
Progress minggu lepas (hari Khamis, 24 Feb 2011)
Minggu ni masih hold sebab tak jumpa tile yang berkenan di hati

Pintu dapur dan divider dah dipecah dah... dah semakin luas


Bahagian ruang tingkap yang ditutup juga dah bersimen
Kecewa tau bila apa yang kita nak, tak dapat
Apa yang kita inginkan, tak dapat
Apa yang kita impikan tak tercapai


Ibu Iman: ngantok eh kelas petang tok...



Kini kembali

March 01, 2011 2 Komen
Kembali bertugas di kolej
Tapi semangat tu masih di awan-awangan


Iman pulak semakin bising di rumah
Ibu Iman: Iman makin cerobeh eh..