Follow Us @soratemplates

18/12/2020

GCR (Gantian Cuti Rehat)

December 18, 2020 13 Komen

Hujung tahun macam ni pasti sibuk nak 'jual cuti' ataupun terma yang sebetulnya ialah Gantian Cuti Rehat (GCR). Kalau tengok balik di HRMIS sejak Kakmim join gomen ni, tahun-tahun terawal tu memang takde 'jual cuti' sebab carry forward je baki cuti rehat tahun semasa ke tahun berikutnya. Masa tu anak kecik lagi kebarangkalian untuk memerlukan cuti rehat tu memang tinggi. 

Cuma sejak 2-3 tahun belakangan ni, anak-anak pun dah semakin membesar, maka bolehlah jual banyak sikit baki cuti rehat dan selebihnya dapatlah carry forward untuk tahun berikutnya.

Tahun pandemik ni kita PKP je dah berapa bulan so memang banyak lagi baki cuti rehat. Rezeki tahun pandemik bolehlah jual banyak sikit baki cuti rehat tahun 2020. Alhamdulillah, hikmah PKP. 

Sedikit info mengenai GCR yang Kakmim petik dari Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA. Boleh la baca untuk pengetahuan kita terutamanya kepada penjawat awam. Seronok dengar bila orang pencen dapat golden handshake. Rezeki tak terjangka. Tu pun kalau umur panjang sempat berpencen.




  • APAKAH GANTIAN CUTI REHAT?
    • Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan
  • BILA BERKUATKUASA?
    • Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.
  • SIAPA YANG LAYAK?
    • Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.
  • SIAPA YANG TIDAK LAYAK?
    • Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.
  • BAGAIMANA PENGUMPULAN CUTI DIBUAT?
    • Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian Cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan Pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan dan Perintah Am Bab C.
  • FORMULA PENGIRAAN
    • Pemberian Award Wang tunai gantian cuti rehat adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksimum 150 hari.
    • Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.
  • JABATAN MANA YANG MELULUSKAN?
    • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawab meluluskan 'Award' Gantian Cuti Rehat ini.
    • Semasa meluluskan pembayaran award Gantian Cuti Rehat, JPA berhak untuk menyemak dan memperbetulkan apa-apa kesilapan terhadap butiran jika ada, di dalam kenyataan cuti dan rekod perkhidmatan anggota berkenaan.
    • Sebarang cuti rehat yang terlebih diambil semasa dalam perkhidmatan boleh ditolak daripada jumlah cuti yang terkumpul.
  • DARI MANAKAH PERUNTUKAN GCR DIBAYAR?
    • Bayaran 'award' kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah tanggungan Kerajaan Persekutuan dari Kumpulan Wang Disatukan.
    • Jika gajinya tidak dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan, bayaran adalah tanggungjawab pihak berkuasa masing-masing (Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan).
  • BILAKAH BAYARAN GCR DIBUAT?
    • Pembayaran 'award' wang tunai akan dibuat:
    • pada hari pertama persaraan bagi pegawai yang bersara, dan
    • bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, bayaran kepada tanggungan pegawai berkenaan akan dibuat dengan kadar segera.
  • APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?
    • 1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
    • 1 salinan kenyataan cuti
    • 2 salinan penyata kiraan cuti
    • 1 salinan kad pengenalan
    • 1 salinan surat permohonan pesara/waris.
    • Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.


Oleh sebab Kakmim masih banyak lagi tahun dalam servis so kena rancanglah berapa hari cuti yang perlu dijual setiap tahun sehinggalah maksimum 150 hari. Agak-agaknya dapat ke idok Kakmim nak kumpul GCR sampai 150 hari? Hmmm..

17/12/2020

KISS - Because I'm A Girl

December 17, 2020 11 Komen

Tadi.. tiba-tiba.. tengah kusyuk buat kerja. Masuk mesej dalam grup Whatsapp adik-beradik. 

Si #adikno2 ni tanya sesiapa antara kami yang ingat video klip lagu yang lelaki photographer yang buta, sebab dia derma mata kat awek dia yang accidentally buta sebab terkena tumpahan bahan kimia untuk mencuci gambar di dark room.


.

Krik.. krik.


.

Tak lama lepas tu si #adikno4 bagi link Youtube ni. Maka KLMJ lah kami bersama-sama.


Silalah tonton. Sedih!




Sinopsis:

The story begins with the scene of a photographer who was taking a picture for an automobile magazine. He accidentaly took a picture of a girl who was walking across right in front of his camera. She excused politely and went away. One day, the photographer went to a salon which by accident was the the place where the girl worked at. He left his bini in the salon by accident, leaving the girl a chance to come by his workplace to return it. So she came to his studio and returned his bini. But before she left, he made her pose as a model. They found out that they shared a same passion. He was a professional photographer and she was a girl who dreamed to be a model. They became close and spent a lot of time together. He took a lot of pictures of her and published them. One day, an accident happened while she was trying to get something from a high rack in his studio. An unlid bottle of photographic product fell and spilled on her. She was immediately taken to a hospital. The chemical of the photographic product was so toxic, it damaged her eyes so bad that she was about to never be able to see again. A miracle happened, after a while being taken care in the hospital, the doctors took off the bandages on her eyes. She opened her eyes and saw the photographer's co-worker holding a celebration cake with a candle on it. The co-worker took her to his studio, but he was not there to be found. She was so sad because she loved him so much, she thought that the photographer left her. One day when she was working, the co-worker came over and showed her the magazine he published with her as the model. She remembered about the racing place where they went together before. She found him there sitting on a bench with a dog next to him and noticed that he was blind. She stand there and suddenly cried realizing that he loved her so much that he let go the most important part of his life as a photographer and a biker for her, his eyes. She was so touched knowing that he actually gave her his eyes just so she could see again.

Actually video klip ni lama giler dah. Tetiba teringat zaman Winter Sonata dulu. Memang trending lah k-drama zaman tu. Siap beli1 koleksi cd full episode lagi. Sekarang tak perlu beli dah, langgan jer Netflix sudah. Kalau tak pun tengok kat Youtube atau link yang boleh tengok secara free. Hihi!


Ehem... Atie pas tengok gitau ye nangis ke tak? Hehehe.

Stadium Mini Ffira Mikah Diarah Tukar Nama

December 17, 2020 9 Komen

Beberapa hari lepas viral di medsos pasal Ffira Mikah ni. Entah siapalah 'Ffira Mikah' ni. Sampai ke DS Najib pun troll pasal ni. Rupanya 'Ffira Mikah' ni Pegawai Daerah Padang Terap. Orang kata Ffira Mikah ni namanya yang diterbalikkan, Ariff Hakim. Walaupun beliau menafikan tapi tetap lucuuu jugak lah. Boleh pulak sebagai penjawat awam kau nak letak nama sesuka hati mak nenek kau untuk fasiliti kerajaan. Kah kah! 


Apapun kita jadikan isu ni sebagai pengajaran. Ingatlah kita ni cuma penjawat awam. Walaupun kita ni bos di peringkat tertinggi sekalipun kita cuma hanyalah pemegang amanah untuk rakyat. Kita tetap bukan siapa-siapa. Kita tetap makhluk Allah, hamba kepadaNya.

=  =  =  =  =  =  =


ALOR SETAR: Kerajaan negeri sudah mengarahkan nama Stadium Mini Ffira Mikah di Padang Terap ditukar kepada nama lain bagi meleraikan kontroversi yang mengaitkan nama stadium itu dengan nama Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai pertukaran nama stadium berkenaan sehingga mencetuskan kontroversi semalam.

"Apabila saya dapat tahu, saya sendiri hairan dengan nama itu, kita tidak dimaklumkan mengenai cadangan nama terbabit sebelum ini kerana ia di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Padang Terap (MDPT). 

"Sepatutnya kita tidak perlu letak nama sebegitu kerana ia mengundang pelbagai persepsi masyarakat, bagaimanapun saya anggap perkara ini selesai kerana difahamkan nama stadium itu akan ditukar selepas ini," katanya ketika dihubungi BH hari ini. 

Dr Mohd Hayati berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan sudah dinasihat memilih nama tokoh sejarah di daerah itu atau nama individu yang pernah berjasa yang dianggap sesuai bagi menggantikan nama Ffira Mikah.

Semalam, tular di media sosial apabila orang ramai mempertikai nama stadium mini di Padang Terap itu yang didakwa menggunakan secara terbalik nama Hakim Ariff. 

Stadium Mini Ffira Mikah di Kuala Nerang itu dimiliki MDPT dan dirasmikan Hakim Ariff selaku Pegawai Daerah pada 7 Disember lalu selepas dinaik taraf. 

Difahamkan, kerja menurunkan papan tanda nama Stadium Mini Ffira Mikah sudah dilakukan hari ini, dan namanya dijangka ditukar kembali kepada Stadium Mini Kuala Nerang.

Sementara itu, Hakim Ariff dalam satu kenyataan yang dilaporkan media, menyangkal dakwaan yang tular bahawa beliau menamakan Stadium Mini Ffira Mikah di Kuala Nerang itu sempena dengan namanya yang diterbalikkan.

Dakwanya, nama baharu stadium berkenaan tiada kaitan dengan namanya dan hanya secara kebetulan menyamai nama beliau sekiranya diterbalikkan.

"Tiada kena mengena dengan nama saya. Nama stadium mini ini mempunyai maksud tersirat. Nama itu dipilih dan dicadangkan dalam mesyuarat pentadbiran.

"Dalam bahasa Sepanyol atau Greek, 'Ffira' bermaksud sesuatu yang hebat, manakala 'Mikah' dalam bahasa Arab sempena nama malaikat," katanya.

Hakim Ariff yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap berkata, selepas dilakukan penambahbaikan dan penjenamaan semula stadium berkenaan, pihaknya mahu menyuntik semangat baharu dengan pemilihan nama unik bagi menarik perhatian ramai.

"Saya bukan nak kejar glamor. Hasrat saya mahu Padang Terap nampak lebih bersih, cantik dan ceria. Saya tak mahu daerah ini kekal macam dahulu, mereka tak tahu cerita sebenar dan buat andaian begitu," katanya.

Hakim Ariff berkata, beliau yang memohon peruntukan daripada kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk kerja-kerja menaik taraf stadium berkenaan yang sebelum ini amat daif.


Kredit: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/764679/kerajaan-negeri-arah-tukar-nama-stadium-mini-ffira-mikah

16/12/2020

Review Bengkel Di Tamu Hotel & Suites, KL

December 16, 2020 13 Komen

Kata minggu throwback kan? Now throwback masa bengkel tahun 2019. Tahun 2020? Nan hado! Rasanya sekali jer hari tu bengkel face to face, masa bulan 9.. tapi takde fly. Lain-lain semuanya online jer. 



Bengkel ni masa Oktober 2019, Kakmim berbengkel di Tamu Hotel & Suites, KL. Area Kampung Baru. Ni lah hotel yang paling mewah makannya!! Memang tak skip pun makan buffet di hotel even dinner pun makan kat hotel. Selalunya kalau masa free waktu malam confirmlah merayau shopping kan? Kebetulan kami diberi semalam off dan semuanya bertempiaran keluar. Macam kambing lepas kandang pulak. Kah kah! Lepas tu kan sanggup balik sebelum buffet habis sebab nak makan di hotel. Kalau hotel yang tak sedap selalunya memang terus makan jer kat luar. Hihi!



Siapa yang perangai macam ni masa kursus/bengkel? Haaa.. jangan tipu! Kita serupa. Yeay yeay!



Kaunter check-in/check-out



Ruang lobi nak ke lif



Cantik lobinya.



Cafe kat atas sekali sebab tu view cantik sangat. Makan sambil tengok KLCC.



View favourite Kakmim kalau check in hotel. Suka snap view ni.





View dari bilik.



View dari bilik waktu malam.




Breakfast.



Lunch



Dinner.



Dinner lagi.



Lunch sebelum check out rasanya.



Geng keras makan & shopping. Kah kah!



Menyempat sebelum slot bermula.


 

Slot wajib! Group photo.


Oktober 2019 Encik Suami dah tranfer balik Kuching so takde dah 'driver' bawak dating. Dating dengan kawan-kawan seperjuangan je dari Kolej yang lain. Lepas ni memang tak tau dah bila dapat jumpa team ni lagi. Kakmim dah tak pegang unit ni lagi dah. 



Banyak kenangan tercipta semasa dengan team ni. Dari 2016 memang banyak tempat best Kakmim pergi, semuanya atas urusan kursus dan bengkel. Sesambil kerja dapat jugak release stress kan?

15/12/2020