GCR (Gantian Cuti Rehat)

Hujung tahun macam ni pasti sibuk nak 'jual cuti' ataupun terma yang sebetulnya ialah Gantian Cuti Rehat (GCR). Kalau tengok balik di HRMIS sejak Kakmim join gomen ni, tahun-tahun terawal tu memang takde 'jual cuti' sebab carry forward je baki cuti rehat tahun semasa ke tahun berikutnya. Masa tu anak kecik lagi kebarangkalian untuk memerlukan cuti rehat tu memang tinggi. 

Cuma sejak 2-3 tahun belakangan ni, anak-anak pun dah semakin membesar, maka bolehlah jual banyak sikit baki cuti rehat dan selebihnya dapatlah carry forward untuk tahun berikutnya.

Tahun pandemik ni kita PKP je dah berapa bulan so memang banyak lagi baki cuti rehat. Rezeki tahun pandemik bolehlah jual banyak sikit baki cuti rehat tahun 2020. Alhamdulillah, hikmah PKP. 

Sedikit info mengenai GCR yang Kakmim petik dari Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA. Boleh la baca untuk pengetahuan kita terutamanya kepada penjawat awam. Seronok dengar bila orang pencen dapat golden handshake. Rezeki tak terjangka. Tu pun kalau umur panjang sempat berpencen.




  • APAKAH GANTIAN CUTI REHAT?
    • Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan
  • BILA BERKUATKUASA?
    • Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.
  • SIAPA YANG LAYAK?
    • Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam.
  • SIAPA YANG TIDAK LAYAK?
    • Award Gantian Cuti Rehat tidak dipanjangkan kepada Pegawai Kontrak dan pegawai yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja akibat tindakan tatatertib ke atasnya.
  • BAGAIMANA PENGUMPULAN CUTI DIBUAT?
    • Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian Cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan Pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan dan Perintah Am Bab C.
  • FORMULA PENGIRAAN
    • Pemberian Award Wang tunai gantian cuti rehat adalah berdasarkan 1/30 daripada gaji akhir diterima, tertakluk maksimum 150 hari.
    • Gaji akhir diterima adalah meliputi gaji pokok hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut gred dan kumpulan perkhidmatan pegawai tersebut.
  • JABATAN MANA YANG MELULUSKAN?
    • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawab meluluskan 'Award' Gantian Cuti Rehat ini.
    • Semasa meluluskan pembayaran award Gantian Cuti Rehat, JPA berhak untuk menyemak dan memperbetulkan apa-apa kesilapan terhadap butiran jika ada, di dalam kenyataan cuti dan rekod perkhidmatan anggota berkenaan.
    • Sebarang cuti rehat yang terlebih diambil semasa dalam perkhidmatan boleh ditolak daripada jumlah cuti yang terkumpul.
  • DARI MANAKAH PERUNTUKAN GCR DIBAYAR?
    • Bayaran 'award' kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah tanggungan Kerajaan Persekutuan dari Kumpulan Wang Disatukan.
    • Jika gajinya tidak dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan, bayaran adalah tanggungjawab pihak berkuasa masing-masing (Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan).
  • BILAKAH BAYARAN GCR DIBUAT?
    • Pembayaran 'award' wang tunai akan dibuat:
    • pada hari pertama persaraan bagi pegawai yang bersara, dan
    • bagi pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, bayaran kepada tanggungan pegawai berkenaan akan dibuat dengan kadar segera.
  • APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?
    • 1 salinan rekod kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
    • 1 salinan kenyataan cuti
    • 2 salinan penyata kiraan cuti
    • 1 salinan kad pengenalan
    • 1 salinan surat permohonan pesara/waris.
    • Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan bersekali dengan dokumen lain bagi urusan persaraan dan pencen selewat- lewatnya 3 bulan sebelum tarikh persaraan.


Oleh sebab Kakmim masih banyak lagi tahun dalam servis so kena rancanglah berapa hari cuti yang perlu dijual setiap tahun sehinggalah maksimum 150 hari. Agak-agaknya dapat ke idok Kakmim nak kumpul GCR sampai 150 hari? Hmmm..

13 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. bagi saya pun kakmim pkp ni ada hikmahnya kalau kita tengok betul betul kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita tgk dr sudut positif mmg byk sgt hikmahnya.. yg paling terkesan ialah ma bln ramadhan hari tu.. syukur sgt pandemik byk mengajar kita

      Delete
  2. Kmk jual 12 hari tahun tok kak Mim. Sikda cuti gilak juak. Dari first year service dah ada jual. Sikit-sikit. Bapak kmk selalu remind benda tok ngan kmk. Ya lah awal-awal service dah berjual cuti. Moga kita berjaya la ngumpul sampei 150 hari ya. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah byk juak ya.. kmk 10 hari sbb nk genapkan gcr.. sng sikit nk plan

      Delete
  3. Betul, anak2 kecik ni, saya memang banyak carry dari masuk gcr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling best dpt jual dan ada juak utk dicarry fwd 👍🏻👍🏻👍🏻

      Delete
  4. kerja gomen ni untung !! byk betul keistimewaan dia .. jealous

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki masing2 atie.. swasta pn byk jugak kelebihan.. 2-2 ada pros n cons ☺️

      Delete
  5. Untung sangat siapa yang kerja kerajaan tu. Rezeki untuk penjawat awam. Tumpang happy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki masing².. swasta pun apa kurangnya... masyuk jugak.. yg gomen ni kalau umur panjang insyallah la.. kalau x, dpt ke waris je.. hehe

      Delete
  6. wahh best juak ada award kedak tok..baruk kamek tauk ada benda tok kak..mudahan2 tercapai impian kakmim dapat golden hand-shake tok..ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah... gik jauh juak perjalanan tok... hehehe

      Delete
  7. Wow untungnya keje gomen... Banyak kelebihan ya..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form