Akhirnya mak dah ada geng celebrate birthday bulan November. Mak 20/11, my SIL, Farah 5/11. Bapak je la belom ada geng nak celebrate sama bulan 5. Family member yang lain semua ada team bulan masing-masing.
Birthday lunch date kami kali ni tak cukup korum seorang, anak buah sorang di asrama, sebab bukan minggu outing. So kehadiran 17/18. Lain-lain semua hadir. Adik dari Kapit pun balik. Mujurlah Kapit-Sibu-Kuching dah tak perlu naik bot dan bot ekspress macam dulu-dulu. Jumaat malam dah selamat jejak kaki di Kuching dah.

Meriah. Kami nyanyi lagu happy birthday, semua yang dalam bilik tu pun ikut sama menyanyi. Kami 2 meja, kemudian ada 4 meja lain. Semua sporting ikut sama menyanyi. Alhamdulillah, setengah daripada kek share dengan 4 buah meja stranger. Sharing is caring kan? Bak kata orang Sarawak, kedong ada. Memang benar terasa 1 kegembiraan bila dapat share makanan dengan orang.

Last but not least, keluarga kecil kami. Kecil ke? Rasanya zaman sekarang paling ramai anak pun 3. Yang batch-batch kami je kalau tak 4, 5 anak. Tapi yang lebih dari tu pun ada jugak la tapi jarang-jarang. Betul tak? Betul tak? Batch 80an sila komen berapa anak. Hehehe.
Oh ya, Oyster Pancake di The Reef ni sangat sedap okay. Crunchy tak sudah. Paling last makan pun masih lagi crunchy.



18 Comments
Seronoknya tu ramai2 celebrate birthday. Selamat hari kelahiran buat yang menyambutnya.
ReplyDeleteTerima kasih cie
Deleteselamat hari lahir.. moga sentiasa diberkati usia kehidupan.. best bergotong-royong menghabiskan juadah yang dihidang..
ReplyDeleteTerima kasih.. haha.. gotong-royong ek, betul tu
DeleteAlhamdulillah..Ramai & meriah =)
ReplyDeleteAlhamdulillah 🥰
DeleteUiii dia tukar layout. Nampak biru gais~
ReplyDeleteMeh geng dgn saya bulan Mei. ihiiii...
Tak sabarnya nak gathering dgn family cenggini.
X lama lg cuti sekolah boleh la tu plan gathering dr skrg cha
DeleteSeronok kalau ada geng sama sambut birthday. Bertambah meriah gitu. Alhamdulillah, dapat juga berkumpul ramai-ramai sambut birthday mereka. Happy birthday untuk mereka.
ReplyDeleteTq fiza.. selalunya mmg himpunkan semua utk celebrate bln tu 🤭 save bajet 🤣
DeleteSelamat hari lahir buat semua. Moga rutin harian dipermudahkanNYA.
ReplyDeleteTq tq 😍 semoga dipermudahkan jua urusan kita semua
DeleteHappiest birthday buat mak KM dan Farah.. ini yang baru kahwin ritu kan. Mak pun nampak muda lagi.. sama cantik macam KM.
ReplyDeleteOyster Pancake tu sedaplah.... teringat masa makan kat Kuching. Sini tak pernah jumpa.
Masya allah, alhamdulillah.. terima kasih kak.. ya farah the pengantin baru.. akhirnya dia yg sama bulan dgn mak ☺️
DeleteSbb tu kalau org semenanjung ke sini akn cari oyster pancake ni 🤭
Happy birthday November babies!
ReplyDeleteThank you mem 🥰🥰
DeleteBetul kak. Sharing makanan itu bahagianya terasa beda. Apalagi kalo orang2 yg diundang sangat menikmati rasa makanannya 😍. Ramai yg datang yaaa...
ReplyDeleteKeluarga saya pun kecil. Maksimal dah cukup 2 anak, sesuai yg diminta pemerintah 🤣. Tp sebenarnya sayapun hanya mau 1 waktu itu.
Keluarga mama saya yg besar, mama sendiri anak nyaris bungsu, no 12 dari 13 saudara 🤣.
Saya sebut nyaris bungsu, Krn sebenernya memang anak bungsu, tapi karena kakek saya menikah lagi, dapat juga anak no 13 saat itu 😂. Tak paham lah kenapa orang2 dulu melahirkan banyak sangat. Memang belum kenal kontrasepsi agaknya kan.
sanah helwah to all nov babies!!
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!