Manfaat Karaoke Bersama Keluarga: Hiburan Sihat & Eratkan Hubungan
Karaoke bukan sekadar aktiviti hiburan biasa. Bila dilakukan bersama keluarga, ia sebenarnya memberi banyak manfaat dari sudut emosi, sosial dan juga kesejahteraan mental. Dalam kesibukan harian, karaoke bersama keluarga boleh jadi satu cara terbaik untuk “recharge” dan eratkan kasih sayang.
1. Eratkan Hubungan Kekeluargaan
Nyanyi sama-sama, gelak sama-sama—itulah magik karaoke! Ia jadi ruang untuk berinteraksi tanpa gangguan gajet. Anak-anak pun rasa lebih dekat dengan ibu ayah bila buat aktiviti yang fun bersama.
2. Tingkatkan Keyakinan Diri
Karaoke boleh bantu anak-anak (dan orang dewasa juga!) lebih berani untuk bersuara. Walaupun suara tak sedap, yang penting keberanian untuk tampil. Ini sangat baik untuk membina keyakinan diri terutamanya bagi kanak-kanak.
3. Kurangkan Stres & Penat
Suara sumbang pun tak apa! Bila kita menyanyi, badan keluarkan hormon ‘gembira’ macam endorfin dan dopamin. Jadi, ia membantu menghilangkan stres dan membuat kita lebih tenang dan gembira.
4. Terapi Emosi Yang Murah dan Mudah
Karaoke boleh jadi terapi emosi. Lagu sedih, lagu ceria, lagu kenangan—semuanya membantu kita melepaskan emosi yang terbuku. Lagi best bila dapat nyanyi dengan orang tersayang.
5. Asah Bakat & Minat Anak
Mungkin dari aktiviti karaoke ni, kita boleh nampak potensi anak dalam bidang seni suara atau persembahan. Dari suka-suka, jadi serius!
6. Aktiviti Indoor Mesra Semua Peringkat Umur
Tak kira hujan atau panas, karaoke boleh dilakukan di rumah je. Sesuai untuk semua peringkat umur dari atuk nenek sampai cucu.
Aktiviti Selepas Makan
Selepas makan² sempena sambut birthday November babies di The Reef hujung minggu lepas, kami pun nak lepak-lepak bersama di Rock n Roll, Vivacity. 16 orang semuanya yang masuk, 2 orang balik sebab Amirul ada tusyen.
Rate Masuk Rock n Roll
Bayaran masuk untuk dewasa RM20 seorang dan kanak-kanak bawah 12 tahun, RM18, nyanyilah sampai serak 4 jam. Simpan sini terus bayaran masuk sebab selalu tak ingat berapa rate masuk. 16 orang, kami dapat bilik besar dengan 4 mikrofon, dan dapat claim air atau aiskrim sebanyak 26 unit. Boleh pilih la nak soft drink ke mineral water ke aiskrim ke. Tapi memang tak terhabis lah, siap take away lagi yg soft drink, nasib dia bagi air tin.
Hari tu memang ramai orang, yang ramai memang famili Melayu. Kalau nampak bertudung of course la kan Melayu Islam. Nenek-nenek pun ada. Ada yang masuk sebab nak rilek je, macam mak dan bapak, rilek-rilek dengan anak-anak dan cucu. Dalam tu nak tidur pun boleh. Toilet memang ada, nak keluar solat, boleh je keluar dari situ pergi solat di surau mall. Tapi, kalau ada baby memang tak dapat lah nak rilek santai di sini, kang menangis pulak baby gelisah tak boleh nak tidur.
Senarai Lagu Best Karaoke (Untuk Perempuan)
Kalau saya, senarai lagu bawah ni semestinya lagu favourite kalau karoks. Mesti ada lagu sedih, lagu menjerit, lagu santai. Bila ramai-ramai karok lagilah seronok, tak perlu mic join je nyanyi semua lagu.
- Tenda Biru - Desy Ratnasari
- Cinta Terbaik - Cassandra
- Kesetiaan - Siti Sarah
- Sekadar di Pinggiran - Fransisca Peter
- Rama-Rama - Ella
- Bossanova - Wann
- Umpan Jinak di Air Tenang - Dayang Nurfaizah
- My Heart Will Go On - Celine Dion
- The Day You Went Away - M2M
- Jika - Melly Goeslow & Ari Lasso
- Hanya Memuji - Marcel
- Jangan Pisahkan - Deddy & Mayang Sari
- Tiada Lagi - Mayang Sari
- Zombie - Cranberries
- Langit ke-Tujuh - Sharifah Zarina
- Erti Hidup - Dayang Nurfaizah
- Teman Tapi Mesra - Ratu
- Sampai Menutup Mata - Acha Septriasa
- Alasanmu - Exist
- Menaruh Harapan - Zaiton Sameon
- Teringin - Shima
- Kesilapanku Keegoanmu - Siti Nurhaliza
- Seandainya Masih Ada Cinta - Dayang Nurfaizah
- Bila Cinta Didusta - Screen
- Cintaku 100% - Mas Idayu
- Berkikis Bulu Betis - Andrewson Ngalai
- Elegi Sepi - Azharina
- Kembali - Intan Sarafina
- Nicky AStri -Mengapa
- Salam Untuk Kekasih - Nadia
- Joget Angan Tak Sudah - Jay Jay
Ini jer yang terlintas di fikiran, kalau ada lagi nanti saya update dan tambah di list. Senang diri sendiri nak rujuk bila nak karok jugak nanti. Hehehe.
Kesimpulan
Kalau masih tercari-cari aktiviti keluarga yang menyeronokkan dan penuh manfaat, karaoke bersama keluarga adalah pilihan terbaik. Tak perlu suara emas, cukup hati yang gembira! Hidupkan suasana rumah dengan nyanyian, tawa dan kasih sayang. Tapi nanyi di pusat karaoke lagi syok wooo. Hihihi
Kami di Rock n Roll, Vivacity.
.jpg)

16 Comments
Fuhh..lagu-lagu tinggi note ni. Mencabar nak karaoke pun.
ReplyDeleteBoleh lg ni... kalau lagu ZZ br mencabar
DeleteAnak2 saya suka karaoke dengan babah deme, saya suka tengok je, nak nyanyi suara tak sedap.. hahaha..
ReplyDeleteXpe x sedap pn janji dpt menyumbangkan suara 🤭 bkn nk bertanding pn kan 😂
DeleteKalau buat sesama keluarga aktiviti ni menarik juga. Saya tak pernah ke tempat karaoke ni sebab yg suka menyanyi saya. Hehe. Setakat menyanyi kat dalam rumah je.
ReplyDeleteAjak la dania dan kwn2.. hehehe
Delete
ReplyDeleteJangan Pisahkan - Deddy & Mayang Sari..... haaaa yang ni akak suka.
Ini lagu 90an kompom laaa.. ehehehe
DeleteAlaaa... cari la lagu Dolla satu.... hehehehe
ReplyDeleteX pandai.. laju dan melodi lagu skrg x best 😂😂
DeleteLamak dah sik berkaraoke. Last pergi karaoke embak anak2 masa sidak gik kecik marek, pakai mujuk hati sidaknya sebab bapak daknya sik pat balit bulan ya 😅
ReplyDeleteSekali sekala best.. esp mun byk keja dh setel.. best berlagu nerais2 mcm merdeka lah konon tek 😂😂😂
DeletePengalaman pertama pergi karaoke, kena nyanyi suara kepit - daku memang takde kekuatan langsung nak menyanyi, macam nak pengsan kat dalam tu. Sampai hari ini, itu je la sekali lepas tu memang tak mau.
ReplyDeleteLebih suka tengok telatah mereka-mereka yg menyanyi.
Sepanjang umur, pernah pergi karoks sekali je...itupun setelah kena paksa..memang takde kekuatan nak nyanyi depan orang, kecuali dalam kereta dan dekat pejabat...hahaha
ReplyDeleteAiiiiih kakak pasti pandai nyanyi kaaan, lagi pilihannya nada tinggi mostly 😄👍👍👍. Lagu2 Mayang sari itu sedap2 sangat, fav saya juga. Ntah kenapalah dia memutuskan jadi pelakor daripada penyanyi macam dulu. . Padahal suara memang power, lahh bagus2. Sekarang jadi enemy 1 Indonesia.
ReplyDeletekami pernah lah gi karaoke satu family tapi sekali ajer...so far aktiviti family yg kami suka buat ialah tgk movie, ronda2 dau tour ke mana2 dan main pickleball (once every week)
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!