Kau bangun seawal empat pagi, masak sarapan dan bekal untuk keluarga. Kemudian bergegas lagi hantar anak ke sekolah. Dan kau pun sampai awal di pejabat.
Sampai awal di pejabat, kadang-kadang itu tak bermakna kau okay. Kau baru nak hadap 'momen bertenang'. Bertenang dari fasa ibu-ibu rumah tangga dan nak beralih pula ke fasa wanita bekerjaya.
Kalau orang ajak kau bersembang, kau pun malas nak layan. Buat muka serius. Buka bekalan dan terus makan sarapan.
Diam.
Harap-harap orang faham.
Ya, pagi bukan tentang sarapan saja. Ianya tentang peralihan masa dan fungsi seorang wanita.
0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!