Alamak! Ini cerita lama, cerita awal tahun lepas ni. Korek-korek dalam draft, ada tajuk, ada gambar, tapi isinya tak ada. Baiklah kita karang sekejaplah.
Alkisahnya bulan 2 tahun ni kami dapat jemputan kenduri kahwin ex-housemate Encik Suami masa di Putrajaya dulu, majlisnya di Klang. Sebab Encik Suami memang rapat dengan budak tu, so tak sampai hati tak pergi. Tujuannya nak pergi kenduri lepas tu boleh la kan menyelam sambil minum air.
So kami fly ke KL naik MAS di Subang, lepas tu dah tak ada lagi dah flight Kch-KL-Kch menggunakan airport Subang. Kira firat & last la #theIMANs ke airport Subang. Sebelum fly balik ke Kuching, sempatlah memenuhi wihlist Alan untuk ke Young Aviator Academy yang terletak di Level 1 Airport Subang ni.
Syok lah Alan, memang impian dia tu nak mengemudi pesawat. Nak jadi pilot katanya.
Lain macam cita-cita anak ni. Ayah dah risau jugak sebab mahal ongkos nak jadi pilot. Takpelah masa panjang lagi, manatau lepas ni dia berubah fikiran nak jadi engineer belon pulak kan?
Alhamdulillah dapat jugak Alan pengalaman di kokpit pesawat. Dapat merasai sendiri pengalaman mengendalikan pesawat semasa final approuch walaupun kaki tak berapa nak sampai. Hihihi.
Masa tu memang kami hanya ada limited time sebelum boarding. Kalau lama memang dia nak yang pakej 15 minit tu. Kami pun tak tau sebenarnya mengenai YAA ni. Dia sendiri yang cari info di Google. Ngam ngam jugak dia baru bagitau masa sibuk check-in luggage. Nasib baik sempat.
Abang-abang jadi penumpang je la. Hehehe. Insya Allah, ada rezeki kita pergi sini lagi k Alan.





2 Comments
Wah naik kapal satu pengalaman yang hebat buat adik Alan, kandang apa yang kita plan awal akan menjadi nyata.Tahnia Alan ada kemahuan besar
ReplyDeleteBaru loading gambar, ini benar2 bertuah Alan dapat rasa situasi juruiterbang..tahniah alan berkemahuan tinggi
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!