Hari ni ganti kelas minggu lepas dari jam 8 pagi tadi.
Kelas hands-on selalunya memang penat sikit.
Penat bercakap, hehehe. Sampai kering tekak.
Habis je kelas cepat-cepat keluar ambik Abang.
Sebelum tu singgah beli aiskrim dulu.
Buat ghaso-ghaso basahkan tekak.
Mata terpikat dengan yang ni.
Ada 6 delicious layer katanya.
Beginilah rupanya.
Harga RM3.00.
Gigitan pertama, hmm sedap. Coklatnya rasa premium.
Gigitan kedua, lain pulak rasanya, tergigit layer vanilla.
Gigitan ketiga, ada rasa choco ball pulak.
Setiap gigitan berbeza, memang berlainan rasa.
Rare pulak aiskrim rasa macam ni.
Sedap, saya suka, saya suka.
Lapisan luar pulak ada almond pieces.
All in one, semua ada.
Sebagai peminat aiskrim coklat, saya sangat puas hati.
Tak puas pulak makan, eh dah habis.



0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!