Hari ni cuti, baru ada peluang nak berdua-duaan bersama kekasih halal. Hihi. Tapi sebenarnya ada plan lain hari ni. Mula-mula takde idea nak makan apa dan di mana. Tiba-tiba je idea muncul untuk mencuba di cafe baru yang agak menjadi sebutan netizen area PJ. Baiklah, kita cuba.
Terletak di area kampung Melayu. Ada sebaris je rumah perumahan kat tepi jalan utama di hujung Jalan Merdeka.
Nice konsep & ID. Bak kata netizen di sini, tak dapat dine-in di Rembayung, dapat breakfast di Singgahsini pun jadi lah. Apa yang best sangat sebenarnya di Singgahsini?
Menu ni waitress ambil balik so nak ambik gambar kat dalam buku menu pun tak dapat, rimaslah orang tengok-tengok kita buat kerja blogger.
Surprisingly, menu utamanya nasi bubur je gais! Dan mee kari udang. Sob sob. Rupanya. Lain-lain tu sampingan ada la. Tapi yang kira agak heavy itu jer lah.
Encik Suami buat-buat biasa je terus order nasi bubur daging special (padahal dia dah tengok saya, saya tengok dia). Faham tak bila muka ada subtitle? Takkan ko nak membawang depan staf dia kot.
Saya pulak order je lah roti jala. Takkan nak order roti kawen pulak. Boring la. Nasib baik la sedap. Ok la boley la.
Air pulak self-service. Panas ke sejuk ke ambillah sendiri. Nanti masa bayar bagitau je.
ID dia lawa, sesuai sangat lepak dengan kawan-kawan.
Nice.
Bayar di sini.
Bila nak repeat sini? Tak tau lagi. Hihi. Jangan tak merasa orang kata. At least dah tau dah vibe di sini. Kami anak-beranak lebih suka tempat yang santai dan open untuk lepak-lepak. Sini yang jenis makan sikit-sikit tak berapa kenyang boleh la. Bak kata Encik Suami, nasi bubur memang tak mengenyangkan dia pun. Ahaaa.. baiklah. Tapi konsep cafe dan ID memang cantik.









0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!