Hari tu sebelum raya cikgu dah announce dalam grup kelas majlis ramah tamah gong xi raya untuk anak-anak batch sekolah menengah ni. Bila tengok abang kakak sibuk buat persediaan potluck, Awan Alan pun sibuk jugak tanya-tanya Ibu bila sekolah diorang ada ramah tamah hari raya. Ada tak cikgu bagitau kat grup kelas. Ai, exited pulak anak-anak ni. Budak-budak kan memang suka raya.
Awal pagi seawal 3.30 pagi saya dah berperang di dapur. Nak masak nasi serai, rupanya minyak sapi tak habis, terpaksa la guna butter. Nasib baik ada butter, kalau tak guna planta je la jawabnya. Lepas setel nasik, terus rebus macaroni dan buat macaroni bolognese pulak. Ayam masak merah dah siap dah malam tadi. Balik kerja petang semalam terus defrose ayam dan buatlah apa yang patut. Cili, bawang blend semua masih ada, so senang sikitlah kerja, takdelah rumit sangat.
5 pagi dah siap semua menu. Mesti jiran-jiran pelik, siang malam rumah ni masak. Hahaha.
Ayam masak merah baru je buat hari Ahad hari tu untuk bekal Iman ke kelas tambahan. Sekali kawan-kawannya nak lagi, sebab tu lah buat lagi untuk potluck kelas Iman. While macaroni bolognese pulak untuk kelas si abang. Macaroni bolognese ni menu paling senang dan paling laku la kalau buat untuk potluck anak-anak. Tak pernah tak habis. Semoga balik nanti semuanya licin.
Kalau ikutkan tahun ni kerajaan dah umum tak boleh buat 'rumah terbuka' untuk jabatan dan kementerian, tapi sekolah Iman dah plan dan announce sebelum pengumuman kerajaan tu dibuat lagi. Kami pun macam tak buat, tapi akan buat jugaklah guna nama program lain, bukan sambutan raya. Hihihi.
3 Comments
Betul, memang seronok beraya di sekolah siap pakai baju raya
ReplyDeleteKalau dah sampai 2x org request , maksudnya mmg sedap sgt ayam masak merah & nasi serai Kak Mim tu.
ReplyDeletesekolah anak2 rasanya tak buat sambutan. jabatan cie pun tak buat macam sebelum ni jemput 1 hosp. buat makan2 sesama staf jela.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!