Tempat Ketiga Bridge Building Competition Daerah Kuching 2026

Alhamdulillah. Ada manis-manis akhirnya. Kenangan manis Imran di tahun terakhir di sekolah rendah. Akhirnya dapat juga mengharumkan nama sekolah setelah 2 tahun berturut-turut menjadi wakil sekolah untuk Bridge Building Competition ni. Tahniah Imran, Firash & Aydeen!! Tahniah juga buat guru pembimbing Cikgu Welter & Cikgu Fazrul. Kejayaan ini kejayaan kita bersama. Syukur alhamdulillah.


Walaupun hanya tempat ketiga, bukan mudah nak mengekalkan momentum jambatan rekaan mereka sehingga 70kg. Training di sekolah rekod mereka hanya 45kg pemberat je berjaya menampung namun di hari pertamdingan, jambatan mereka bertahan sehingga pemberat yang ke 70kg!! Mantap anak-anakku!!

Mendapat tempat ketiga daripada 49 buah pasukan yang bertanding, itu dah cukup baik untuk pencapaian mereka. 

Tergambar jelas kegembiraan di wajah guru-guru pembimbing mereka, Cikgu Welter dan Cikgu Fazrul.

Kenangan manis team Bridge Building 2026

Sebelum pertandingan

Semasa pembinaan jambatan.

Gambar kiri menunggu giliran, gambar kanan semasa pengujian jambatan

Tak sempat lapar, free time je cikgu bagi makan. Jam 5.15 dah Awan, Alan, ayah dah bergerak dari rumah, solat subuh di masjid berhampiran sekolah. 6.15 dah gerak dari sekolah ke SMK Chung Hua No. 3, jam 5 petang semalam ibu jemput semula di sekolah. Sempat ibu borak-borank dengan CIkgu Welter dan Cikgu Fazrul. Tapi Awan nampak tak letih pun. Alhamdulillah, bila kita happy macam tu lah, tak letih langsung pun. Lepas ni dah boleh fokus untuk UPDLP pulak dah ye Awan.

Eh, lepas ni Alan pulak akan busy dengan training untuk water rocket competition pulak.








Post a Comment

3 Comments

  1. Wah tahniah awan. Napa imran jadi awan nama nickname nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa di taska teacher taska panggil dia dekwan.. terus la jd awan

      Delete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!