Assalamualaikum.. salam hari Khamis sahabat alam maya sekalian!! Salam bulan Oktober, salam Mindtober! Selamat datang ke MimSphere!! Alhamdulillah bertemu jua kita di arena blogsphere ni.
Apa khabar semua sahabat? Rindunya nak baca update story sahabat-sahabat blog semua. Rasanya 2 bulan ni memang tak ada pun blogwalking. Sibuk sangat dengan rutin hakiki. Faham-fahamlah bila nak prepare untuk audit. Dengan kelas lagi. Marking lagi. Macam-macam kerja yang takkan pernah habis.
Akhirnya, hari ni dapat juga merasa HBH. Dapat juga bekerja dari rumah hari ni. Bulan lepas memang takde chance langsung nak merasa HBH.
Walaupun BDR, join jugaklah online masterclass ni. Dapat juga tambah ilmu dan top up jam berkursus. Sesambil tu syukurlah sambil dengan speaker sharing, tangan pula laju menaip ni.
Hmm.. Oktober dah kan? 2 bulan lagi kita nak bertukar tahun lagi dah. Bulan ni memang bulan yang sangat sibuk buat anak-anak. Minggu depan anakanda Imran Mudzaffar akan menduduki UPDLP, si kakak pula akan mula dengan Ujian Mendengar SPM dan Alan pulak UPKK bulan 11 nanti. Fuhh!! Semoga dipermudah dan dilancarkan peperiksaan anak-anak kita ya!

0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!