Semalam kami sekeluarga jalan-jalan ke VivaCity. Bukan sekadar jalan-jalan kosong, tetapi ada misi penting yang perlu diselesaikan. Hehe.
Misinya mencari baju untuk Awan yang bertemakan retro sempena majlis Hi-Tea murid Tahun 6 di sekolahnya nanti.
Alang-alang dah keluar, dapatlah cuci mata sambil mencari pakaian yang sesuai dengan tema. Nasib baik, misi mencari baju retro Awan berjaya diselesaikan! Satu perkara dah boleh tick dalam senarai persiapan ibu. 😁
Selesai misi, kami singgah sebentar di Potato Story untuk membasahkan tekak dan mengisi perut.
Kali ini kami cuba menu baharu, iaitu Fish Skin. Memang sedap! Rangup dan terasa puas makan ketika masih panas.
Patutlah pesanan kami agak lambat sampai. Rupanya fish skin tersebut baru hendak digoreng selepas kami membuat pesanan. Freshly fried, orang kata. Berbaloi juga menunggu!
Begitulah cerita jalan-jalan kami semalam. Misi utama selesai, perut pun kenyang. Yang penting, dapat juga meluangkan masa bersama keluarga walaupun sekadar keluar berjalan-jalan di pusat beli-belah.
Kadang-kadang, momen sederhana macam inilah yang menjadi kenangan paling manis. ❤️
MimSphere | Singgah • Baca • Komen




0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!