Konsultasi di Klinik Dermatologi SGH

Dah tiba masanya nak hapdet. Mr Hubby dah zzzz.... Yihaaa...! Dia pun dah bagi chance aku mengonlinekan diri. Hehehe. Siang tadi tak sempat la beb nak hapdet. Maklum la baru masuk ofis, blur jek. Terus siapkan bajet 2009. Thanks Naz sebab dah tolong separuh, mun sik, lambat juak nak siap tadik, sikpat alu kita molah 'field work' sampei kol 3 hoh? Hahahaha.

Semalam 6 Januari 2009 - aku pergi appointment di klinik pakar SGH. First time u, aku gi buat formal treatment kat SGH. Before ni aku pergi A&E jek jumpa doc kat situ dan mintak sickleave. Appointment di skin clinic ni pun ditetapkan oleh doc masa aku gi A&E ari Ahad ari tu. Tu pun sebab Mr Hubby request nak mintak refer ke Pubalan (Skin Specialist). Fuh, at last dapat jugak. Berdebar-debar jugak la walaupun SGH ni dah macam tempat permainan aku. Hehehe.

7.30 pagi lagi aku dah gerak dari umah. Sampai-sampai jer Mr Hubby tak tau tempat nak register. Nama jer staff SGH. Rupanya pergi register kat depan yang selalu ramai orang tuh. Bila dah tiba kat kaunter kat situ, ramai ler pulak orang, tak tau dah nak buat apa. Sib baik orang yang entertain kat kaunter situ wife kepada cousin jiran aku, so aku dengan tak malunya bertanya.

"Kitak bini Syukor nak?"

"Aok. Kitak nak ke sine?"

"Skin clinic. Pastok gine?"

Hahaha. Nampak sangat kan tak pernah berurusan dengan hospital.

"Tunggu jak. Pastok urang nunggah nama kitak"

"Ok."

So aku pun pergi la carik kerusi ngan adik aku. Mr Hubby dah gi department dia jap. Tak lama lepas tu nama aku pun kena panggil.

"Ada kerja dengan jabatan kerajaan?"

"Ada."

"Sine? Ada embak guarantee letter sik?"

"Oh. Sik ada."

"Kelak kitak embak masa gi appointment sekali gik. Surat ya valid 3 bulan jak la."

"Oklah. Kelak mek embak"

Konfiden jek ada 2nd appointment. Ahaks. Pastu dia suruh aku gi skin clinic kat 1st Floor.



Patient kat situ tak ramai. Kitorang duduk-duduk jer la sambil nengok MHI. Mijot & Mr Hubby dah takut-takutkan aku. Diorang cakap blister aku tu mesti kena minor operation sebab nak pecahkan ia. Aku pun riso gak la sebab turn nombor aku dah lepas. Nombor selepas nombor aku plak yang masuk dulu. Ini tak boleh jadi nih.



At last nombor aku pun dipanggil jugak. Masuk jer aku pun kaget gak la sebab ada ramai sangat orang kat situ. Rupanya 4 orang tu bakal doktor dari Unimas. Makanya aku pun dijadikan bahan P&P diorang untuk hari tu. Huhuhu. Semua bakal doc tu examine blister yang ada kat tangan aku. Tapi semuanya tak betul! Siap sorang doc tu peluk jer buku teks Dermalogy tapi salah jugak. Dr Felix Yap tu jugak yang betul. Dia suh aku stop makan antibiotic, makan ithciness pill tu. Soalan yang dia tanya tu macam betul jer. Siap dia suruh aku sue specialist clinic yang aku pergi before nih sebab tak bagitau nama ubat-ubat yang aku makan dan gunakan. Takpe la, aku gelak jer. Benda dah nak jadi. Lagipun memang aku ada history alergik then aku first time makan lobster. Aku request nak buat blood test dan Dr Felix tu on jer bagi aku appointment untuk blood test ari tu jugak. Selamat la duit aku, ingatkan nak buat kat Gribbles. Hehehe.

Sebelum balik tu aku tanya sekali lagi nama penyakit aku nih. Aku tak ingat sebab nama saintifik sangat kan. Aku cakap aku nak surf internet. Dr Felix tu dengan baik hatinya tulis nama penyakit aku atas sekeping kertas dan bagi aku.

"Nanti u balik u buat research keyh."



Huhuhu. Aku pun keluar dari consultation room tu dengan senyuman lega sebab takde pun doc tu cakap nak buat minor operation nak pecahkan blister tuh. Next - aku kena gi blood test plak. Ni pun 1 hal, aku tak pernah cucuk darah! Hari tu baru jer injection tu pun aku sembunyik belakang Mr Hubby takmo tengok pergelanganku dicucuk, ni plak nak amik darah. Erkk...



Dekat blood lab tuh, punya ler ramai manusia. Masa tu baru la Mr Hubby insaf nak pakai name-tag dia. Terus jer aku dapat giliran. Priority case! Ok la takde la lama sangat menunggu.



Masa tunggu turn ke-232 tu la banyak sangat ragam manusia yang aku nengok. Macam-macam ada. Sibuk betul la hospital kan. Kalo la aku tiap hari kerja environment gini, tak tau la. Takleh nak imagine.

Haaa... masa nak amik darah tu, orang tua tu very la user-friendly. Mesti dia biasa berdepan dengan orang macam aku kot, yang first time amik darah. Aku siap gitau dia lagi yang aku nih first time. Haha. Very the cuak ok! Dia corner sana, corner sini, tak perasan plak bila dia dah masukkan jarum kat lengan aku. sakit lagi masa injek ubat hari tuh! Banyak lak tuh darah aku yang keluar. Takde la sakit sangat pun. Trust me! Aku tak nangis pun. Wakaka. Aku nengok lelaki yang amik darah sebelah aku pun tak berani nengok bila pekerja cucuk lengannya. Apatah lagi aku kan, sib baik la dapat orang tua yang mulut becok tuh. Lupa semua ketakutan. Hehehehe.

So, my next appointment ialah 13.01.09.



Ooops.. blister aku pecah on the way aku nak balik umah pas balik dari SGH. Nih pic hari nih. Masa pecah tu tak sakit apa-apa cuma keluar air yang tak berapa nak jernih jer.



Terima kasih semua kerana mendoakan saya cepat sembuh. Insya Allah Pompholyx ni akan sembuh dalam jangka masa 3-4 minggu. Insya Allah.

Tangan kiri aku pun dah agak ok cuma aku tak berani lagi nak lembapkan ia sangat. Dah boleh pegang sudu dan garfu masa makan kira ok la kan. Cuma aku agak malu la sebab tangan aku dah tak 'seindah' dulu.




6 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. mudahan ktk cepat bait aa..dah tauk apa sakit nak so xla bingong gik hoh..
    take care sis!

    ReplyDelete
  2. fieza,
    ya la... nyaman juak ati dh tauk kenak.. thanks

    ReplyDelete
  3. ~ amy pun takut la bab2 cucuk2 dengan jarum nih. tak sanggup okeyh nak g hospital.

    moga2 mc cepat sembuh. amin... ~

    ReplyDelete
  4. amy,

    tengkiu.. hopefully... insya allah... mgu dpn follow up lg

    ReplyDelete
  5. mira..dlm byk2 gmbr ktk ehh..ada cgek kmk terperasan kt sama koh..number ic di ujong...hehehheh...

    best g specialist tok..sik byk org nak oo...kmk tauk kenak ktk lmbt ditunggah..coz ktk 1st time kat sia..so mesti jumpa dgn dr pakar yg pakar..mcm kmk juak dolok..udah lepas kulit ktk makin bgs...ktk gik kelak ptg line org....hehhehe..ku pernah merasai nya...

    ReplyDelete
  6. rynnie,
    menar? paduhal.. hahaha..

    aok.. ok dh tgn mek.. xda la bingong gilak.. kali la juak ooh.. ada indah ditunggah nurse di belakang nanyak berat sbb 1st time dtg tek nk

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form